Sunday, 12 April 2020

Kumpul fridge magnet bila travel

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Siapa kaki travel kat sini baik mengaku!


Sejujurnya aku tak layak pun digelar kaki travel. Sebab bila dah nama kaki travel ni, setiap tahun mesti ada je pergi sana pergi sini sedangkan aku hanyalah banyak travel sana sini masa aku pergi exchange program. Orang kata sambil menyelam minum air.

Jadi, aku pon sebenarnya tak berapa tahu sangat apa yang perlu dibuat ketika travel. Maksud aku, benda apa yang orang selalu beli as souvenir.

Jadi, bila aku search, antaranya ialah beli fridge magnet. Lepas tu baru aku teringat, oh betullah, kawan mak yang selalu travel tu, memang penuh fridge magnet kat peti sejuk.

Jadi, setiap negara yang aku pergi tu, aku cuba sedaya upaya untuk beli fridge magnet. Jadi, dapatlah hasilnya seperti dibawah.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^