PENGALAMAN TINGGAL DI MIXED DORM DI EROPAH DAN BALKAN

By Mierayusof - Tuesday, April 07, 2020

PENGALAMAN AKU TINGGAL DI MIXED DORM KETIKA TRAVEL DI EROPAH PADA MUSIM PANAS 
p/s: makcik pakcik yang sensitif jangan baca please!!!! sebab apa cara aku cerita pun kalian tak mungkin setuju dengan aku.

Aku harap korang dah baca megenai

Mixed Dorm untuk Muslim?
-Kelebihan tinggal di mixed dorm?

Bed In 10- Mixed Dormitory Room - Picture of Baygan Hostel, Baku ...
Aku harap korang maklumlah musim panas di eropah ni adalah musim semua benda mahal kat sana termasuklah penginapan.

Aku nak kongsikan beberapa pengalaman ketika tinggal di mixed dorm hostel(hotel campur lelaki perempuan).

Sebelum tu, salah 1 faktor aku pilih hostel campur sebab harga yang sangat murah. Sebab masa aku travel tu musim panas, faham2 je lah harga hostel pun melambung. Jadi, untuk jimat kos(aku student). Contoh 1 malam untuk mix dorm ialah 10euro, manakala female dorm 30euro. Aku nak bermalam selama 30malam weh so takkan semua dorm nak kena pilih female dorm walaupun dia mahal.

Dan bukan semua malam aku tinggal di mix dorm ni yer. hanya 3 tempat jer masa aku travel haritu. Lain-lain aku stay di female dorm dan couchsurfing. So jangan la kecam aku ni gatal ke tak jaga maruah ke please... aku cuma nak kongsi pengalaman jer. 

Kat bawah ni contoh harga mix dorm. 1 malam 5.29 euro jer - ni harga masa musim panas. Murah bukan? 




TAPI..... bukan semua dorm aku pilih mix dorm.
ada sesetengah hotel, dorm dorang memang mix dorm je yang ada macam kat atas ni cuma beza katil jer per room. takde khas female/male dorm. 
ada sesetengah hotel plak, dorang sediakan female dorm dan mix dorm.

Ok, bagi hotel yang sediakan female dorm dan mix dorm ni. Biasanya harga dorm adalah sama, contoh seperti dibawah. Jadi, kalau harga sama, kenapa nak gatal amik mix dorm kan. So, pilihan yang bijak adalah female dorm. 




Dan ada jugak hotel yang berbeza harga female dan mix dorm, tapi beza harga pun tak lebih 10 euro. contoh dibawah





Oh ya, jangan salah faham, kalau female dorm tu sama harga dengan mix dorm, memang tak lah aku nak pilih mix dorm ni.

Berbalik kepada pengalaman aku stay di mix/female dorm ni plak. 

Aku percaya yang mixed dorm ni selamat sebab pengalaman pertama aku tinggal di hostel campur di Cappadocia ni berjalan lancar. Masa kat cappadocia ni, aku booked mix dorm yang dalam tu ada 6 katil. guess what, ada 2 katil single (not double decker) yang terasing dari 4 katil yang lain. So secara tak langsung dah dapat privasi disitu! 

Lokasi pertama hostel campur aku masa travel di Balkan ialah di Hostel Montenegro4u, Kotor, Montenegro. Hostel ni kalau kau survey, memang tak sesuai langsung kot untuk orang islamik. Sebab hostel ni sangat menggalakkan parti , minum beer tu macam minum air putih.

Yang ni aku tinggal di mixed 10beds.tapi dalam tu dia buat 2 compartment, 1 compartment 6 katil, 1 lagi 4 katil. Aku stay 3 malam kat sini, alhamdulillah everything went well. Setiap malam, mesti bertukar orang. So, setiap malam dapat kawan baru dari serata dunia, kadang2 ramai lelaki, kadang2 ramai perempuan. 

Apa yang aku perhati, mereka ni pun traveller, so, memang takde masa lah nak mabuk teruk ni. 

Lokasi kedua plak di Dubrovnik. Yang ni tinggal di Youth Hostel, mixed 4 beds. Masuk jer bilik tu, mak aiii keciknyaa bilik untuk 4 orang. katil double decker,aircond takde, plug ada 2 ketul jer. dua2 katil bawah lelaki mat saleh ni dah ambil, 

So aku dan partner tidur katil atas(aku rasa lagi selamat katil atas untuk wanita).
si A ni dah taraf pakcik lah. Ok, aku tak tegur pon dua orang lelaki ni dan kami buat hal sendiri jer memandangkan aku pon sibuk nak hiking wall of dubrovnik sejurus sampai. 

Tapi yang bagusnya aku ni(lol), aku cam muka pakcik ni taw! hehe. Selepas aku ke dubrovnik, aku ke mostar, then sarajevo. 
Di terminal bus Sarajevo ni, aku terserempak balik dengan pakcik A ni. Rupanya route dia sama dengan aku daaa. Nasib baik tak sama bilik dah masa di Zagreb. sebab di Zagreb, kami tinggal di female dorm. 

Lokasi ketiga pula di Sarajevo. Yang ni adhoc booking  sebab asalnya nak stay dengan host Couchsurfing tapi tak jadi, maka pilih mixed dorm lah ceritanya sebab tak nak lari bajet. Yang ni pun mixed 10beds jugak. Yang ni lebih kurang macam kat Kotor, dapat kawan baru. Dan ada lelaki katil atas aku ni, aku rasa jenis skema, ade ke patut tegur sebab aku sembang dengan partner aku padahal kami cakap slow jer. Wadehek. Kalau nak silent2, pergilah tidur sorang2.

Last sekali ialah masa aku di Istanbul, masa tu aku sorang2 jer, kawan2 smua dah balik Malaysia. Aku memang sengaja beli tiket flight lambat sikit sebab nak menghayati hari-hari terakhir di Istanbul. Yang ni mixed 10beds. Alhamdulillah dapat kawan baru lagi.

Kebanyakan yang tinggal di mixed dorm ni, bukannya solo traveller jer tapi couple. sebab dorang nak jimat kan. Ada yang 1 katil 2orang. So, memang bestlah sebab dapat kawan baru dan bertukar tukar cerita dan boleh minta tips dari mereka yang dah travel ke tempat yang kita akan travel nanti. Dan paling penting, boleh promote Malaysia!

Ok, mesti korang tertanya-tanya, macamana aku berpakaian?

Sudah tentulah tutup aurat pakej pakai tudung cuma stokin je la kadang tak pakai. sebab lantai dorang kena pakai kasut. 

Aku bertudung ke masa di dalam dorm tu?
Sudah tentulah, pemakaian aku di bilik tu, sama seperti aku pergi kekedai runcit beli beras.

Dah tu bila masa aku keringkan rambut?

Jawapannya, masa lampu dah ditutup iaitu masa tidur. Aku tidur pakai tudung okayy. dan tudung tu kibarkan atas bantal supaya ada angin masuk dalam tudung. dan tudung tu aku longaarkan. oh ya, tudung sarung, bukan shawl apetah lagi bawal. 

Solat macamana?


Entahlah, bagi aku, takde masalah pun nak solat kalau stay di hostel campur ni. Tapi, biasanya aku solat masa tak ramai orang dalam bilik.


rasanya tu jer. Kongsilah pengalaman korang pulak macamana. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments