Resepi Roti Puri Paling Simple Tanpa Yis [8 keping]

By cikmira23 - April 27, 2020

Assalamualaikum. Hari ni sis nak kongsikan roti puri paling simple abad ini. hehe.

Aku share resepi dulu ye baru bebel kat bawah.

PERUNTUKAN MASA: SETENGAH JAM ALL IN.
SESUAI UNTUK 2-4 ORANG, BERGANTUNG KEPADA NAFSU MAKAN ANDA.

Bahan buat roti puri.
Resepi ni untuk hasilkan 8 keping roti puri, kalau nak buat 16 keping, boleh gandakan je semua kat bawah ni].

-  1 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan minyak masak
-3/4 cawan air panas, air biasa pun ok je.
- secomel garam



1. Satukan semua bahan diatas dalam bekas dan gaul sampai lah adunan tu tak melekat. Selagi dia melekat, tambahlah tepung tapi sikit-sikit je tau. - ni cara aku tau, nak ikut cara kalian pun bereh lalu.
2. Uli membulat adunan tu. dan tepek kat atas pinggan. tekan sikit biar dia jadi macam bumi ni 'rata'. - penting supaya dapat sama quantiti untuk setiap roti.
3. Belah 8 adunan tu. dan setiap 1 tu uli membulat. dan gelek inul guna roller biar dia jadi nipis.
4. Sambil Buat tu boleh panaskan minyak penuh, kalau lambat lagi nak siap. bukak api slow je. kalau dah nak siap uli ape semua, bukak api kuat sikit bagi minyak cepat panas.
5. Sebelum goreng tu, make sure minyak tu dah betul2 panas.
6. Letak 1 adunan yang kecil tadi dlm minyak tu, nanti dia akan tenggelam. tekan dia bagi lemas kat dalam minyak tu. terbalikkan dan angkat.

DAH SIAP!

1 roti tu tak sampai 1 minit pun nak goreng dia kalau minyak betul2 panas. dalam 10 saat camtu je. dan nak tahu jadi ke tak roti puri korang tu, roti tu kena kembung macam ikan buntal.

SAMBAL TUMIS SARDIN SIMPLE GILER TAPI TERLAJAK SEDAP - guna sardin tin kecil, cukup la untuk makan dengan 8 keping roti tadi.

Walaupun aku rasa setiap wanita mesti tahu basic masak sardin, tapi tak apa, aku share jugak.

- 1 bawang besar, kalau bawang merah kecil tu guna la 4-5 ketul.
- 2 sudu makan cili boh/kisar
- Sardin yang telah dilenyek
- Minyak masak secukupnya

Cara masak:
Panaskan api, letak minyak masak, dah agak2 panas tu, tumis bawang sampai sedap mata memandang, letak cili boh, dan gaul2 sampai cili tu masak. Lepas tu letak sardin dan siap!


Done kongsi resepi. Ok sebenarnya sebelum ni aku tak pernah tahu pon pasal roti puri  ni. Yela aku ni kan orang bandor, shah alam plak tu. mana la layan roti puri ni. Muntah jap.

Masa PKP ni mak suruh buat roti puri ni, ni kali ke 4 dah aku buat roti puri ni sepanjang tempoh PKP. haha.

So, masa first time tu aku buat ikut resepi mak bagi.
Kali kedua pun sama.Kali ketiga aku main ikut suka hati aku yang aku ingat, kali ke 4, aku dah lupa dah bahan2 dia. lepas tu bila search, banyak keluar resepi yang aku kena fikir, maksud aku, resepi tu ada yang untuk 10 orang makan sebab guna 6 cawan tepung gandum la, letak yis la, letak gula la, letak susu pekat la, macam2. tak kisah pun semua tu masalahnya aku nak resepi yang simple untuk 8 keping tapi tak ingat kat mana jumpa.

Jadi, untuk memudahkan aku refer resepi next time, so aku tulis la kat sini.

Semoga bermanfaat.

Oh ya, ni roti puri yang aku buat semalam. tak berapa bulat sebab aku main bedal je uli. Sedap weh tak tipu. sebenarnya kan, 2 keping tu tak cukup untuk sorang, so nak puas hati buatlah 16 keping. haha.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^