Pengalaman Final Year Project FYP -part 2

By Mierayusof - Wednesday, October 21, 2020

Assalamualaikum, kembali kita ke rancangan pengalaman Final year Project ku part 2

Haritu part 1 aku brief mengenai FYP dan aku ceritakan mengenai abstrak. So, untuk jimat masa, aku terus ke bahagian experiment. Sebelum tu kena la tahu dulu apa objektif projek.


So, projek aku ni ada 2 objektif:

1. To screen the activity of biosurfactant production during total petroleum hydrocarbon biodegradation.

2.      To analyze the ability of biosurfactant-producing bacteria in biodegradation of TPH by observing percentage of TPH biodegradation.

Sample bakteria aku bukan aku yang isolate so aku dah skip dah part isolate and screening morphology ape semua.
Aku guna sample dari student masters, so aku cuma perlu growkan semula, first aku grow dalam LB broth kemudian transfer ke Bushnell Hass broth( minimal media).

Kenapa guna BH ? 
Sebab Bushnell Haas Broth is recommended for the examination of fuels for microbial contamination and for studying microbial hydrocarbon deterioration.

Jelas? Kebanyakan guna MSM.

Disebabkan aku guna minimal media, so nak growkan tu agak ambil masa. Growkan ni adalah proses nak banyakkan lagi bakteria, contohnya dalam tu ada 1juta bacteria, aku nak growkan jadi 10billion. Contohhhh...

Dan aku setkan, aku nak semua sample bacteria tu growkan sampai 10bilion(cth) jer tak nak lebih tak nak kurang supaya senang nak buat analisis nanti.

Nak tau bakteria tu dah ada berapa banyak, kita kira guna Ultraviolet-visible Spectroscopy (UV-VIS), UV-Vis ni ada banyak jenis, ada yang jenis boleh masuk 1 sample satu masa dan guna komputer,(lebih tepat bacaan), ada yang boleh masuk banyak sample tapi bacaan kurang tepat. Apa-apa pun bacaan mesti dibuat 3kali dan kira purata.

Bila bakteria tu dah cukup bilangan yang aku nak, aku sub-culture ke dalam new BH media dengan % yang sama.

Kenapa guna %? tak guna fix ml terus?

Sebab kita guna kaedah ratio. 1:10, 1:100. Senang nak kira. dan lagi 1, % is a good justification and more scientific. - boleh guna jawapan ni kalau examiner tanya.

Contohnya la 10%, 
if broth tu 100ml, so subculture 10ml. 
if broth tu 1,000ml, so subculture 100ml dan seterusnya.

Masa mula-mula tu aku terfikir gak, kalau set letak 10ml sama je kan? ya, kalau sample kita tu consistent 100ml ok la so end up 10ml tu a.k.a 10% la, tapi klaau sample tu 150ml or 230 ml, takkan nak letak 10ml kan? apa-apa pun kena back to ratio tadi..

Ok sambung, lepas dah subculture tu kan, setiap 3 hari aku screen biosurfactant production activity dan analisis kebolehan bakteria untuk degrade hydrocarbon, yelah nak tahu progress kan. 

Untuk screening biosurfactant production activity ni, sebenarnya ada banyak cara. So aku pilih 1 quantitative dan 1 qualitative cara iaitu Surface tension measurement dan emulsification test.

Emulsification test ni senang jer iaitu letak 1:1 broth dan crude oil. mesti ada positif dan negatif control ye. Vortex dan biarkan overnight di suhu bilik. esoknya tengok dia emulsify tak oil tu. kalau makin tinggi % dia boleh emulsifiy maksudnya bakteria tu bagus la dia punya biosurfactant production tu.

Surface tension measurement plak kena guna surface tension analyzer, just pour sample dalam sample beaker dan test. makin rendah bacaan, maksudnya bakteria tu power la sbb boleh reduce surface tension, ST ni ada kepentingan dia kenapa kita nak ST dia rendah.

Dan sebenarnya ada jugaa la menda yang aku buat salah dan aku tak sedar menda tu salah. Hmm, nasi dah jadi bubur.

Rasanya itu jer untuk kali ni.

Silakan baca part 3 untuk tahu results experiment aku. 

KLIK SINI untuk baca PART 3

KLIK SINI untuk baca PART 1 






  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^