INTERNSHIP DI SIRIM SHAH ALAM -part2

By cikmira23 - August 25, 2020

Assalamualaikum. 

Sapa tak baca lagi part 1 sila baca dulu KAT SINI.

kat bawah ni part 2 ye iaitu mengenai pengalaman aku intern disini. 

DISCLAIMER: Semua yang aku cerita dibawah adalah benar dan ini adalah pengalaman peribadi aku. Boleh jadi aku je yang bernasib sebegini dan aku doakan nasib korang lebih baik daripada aku. Seriously, aku tak nak korang rasa apa yang aku rasa. 

Pertama sekali, tempoh aku praktikal adalah 90 hari a.k.a 3 bulan. 

Dan dah nama pun LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIKAL. So, mestilah task aku sepatutnya 80% atau lebih adalah PRAKTIKAL.

Menurut kamus dewan edisi ke-empat, praktikal  bermaksud"melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal"

so korang nilai lah sendiri task yang aku cerita kat bawah ni ni praktikal ke teori okay.

Ok, so masa waktu intern, ada 3 aktiviti utama. Sori aku tak boleh cerita details sangat ye.

1) TANAM PADI (DARI BIJI BENIH )

2)  LAB WORK - NI BARU DIKIRA PRAKTIKAL YE DAK.

3) READING TASK - AKU CONSIDER NI AS THEORITICAL


Ok, aku kupas sikit je la ape je aku buat berdasarkan 3 ni.


1) TANAM PADI

 Biasa korang tengok orang tanam padi kat sawah kan, ni aku kena tanam padi kat dalam lab. haa hebat ke hebat. 

Tanam tu dari biji benih (beras) tau. Faham-faham je lah masa utk tanam padi ni kan lama, paling sekejap pun 6 bulan. 

Eh tapi aku intern 3 bulan je so apa motif aku tanam padi???? Anda fikir-fikirkanlah.

Paling 'best', aku start tanam hujung bulan 2, lepas tu bulan 3 PKP kan, pastu ape cerita dengan padi aku?? 

Rasanya sampai tu je la cerita padi aku, bukan tak nak cerita lebih lanjut tapi... hmm.... 

korang pernah tak buat benda separuh jalan? apa outcome dia? tak nampak kan, hah aku pon tak nampak so acane nak cerita.

Ok proceed to next activity.


2) LAB WORK

Sebenarnya first assumption or expectation aku bila intern kat sini adalah aku akan BUSY DENGAN LAB WORK macam masa FYP dulu. 

Yelah, intern dekat tempat so called RESEARCH CENTRE kot. 

So, mestilah jobscope research or research assistant kepada supervisor. 

Tapi, jangkaan aku meleset dan terbabas jauh sekali. Tengoklah first aktiviti aku jer dah terbabas pergi tanam padi.

So, lab work yang aku buat masa intern ni ada EMPAT jer daripada berpuluh beratus lab work yang ada. dah 4 tu bukan buat banyak kali yer.

2 daripadanya aku hanya buat 2 KALI SAHAJA sepanjang tempoh intern.. 

Agak2 bila buat 2 kali je banyak tak pengalaman aku dapat? Banyak tak troubleshoot? Agak2 skills aku makin mantap tak kalau buat 2 kali jer? fikir-fikirkanlah ye. 

Sedangkan masa FYP pun, buat test repeat banyak kali kan. 

Itupon ada 1 experiment tu aku buat 3 HARI SEBELUM TAMAT INTERN. kalau tak buat alamatnya 3 je la jobscope yang aku boleh cerita masa interview kerja nanti. SEDIH!!! 

Ok so kita move on ke aktiviti no 3 yang 'PALING AKU SUKA' iaitu..


3) READING TASK/ASSIGNMENT

Kalau kat universiti, kita panggil assignment atau literature review atau paper review atau summary review atau yang seangkatan dengannya.

Ok,kalau dalam research, bila masa kita buat reading task ni? Ok tak apa aku jawab based on pengalaman aku buat final year project.

Reading task/paper review ni dibuat 

a) SEBELUM RESEARCH, iaitu masa nak buat proposal project. Yelah kat proposal kena ada introduction, literature review, methodology etc dan semua ni memerlukan kita baca banyak paper/journal.

b) SELEPAS RESEARCH, iaitu masa nak tulis thesis. yelah part intro, literature and discussion tu mesti kena ada reference kan. masa ni lagila banyak paper kena rujuk tapi tak banyak sgt la sbb paper yang dah baca sebelum ni boleh refer semula. 


Ok situasinya sekarang ni kan.. masa intern ni aku tak ada pun buat research tapi task aku banyak betul reading task. Redha dan pasrah je aku buat tugasan ni.

Ok tu je la nak cerita. Cerita banyak-banyak pon tak guna sbb menda dah jadi. 


ADA KENA BUAT LAB REPORT UNTUK SIRIM KE OR UNTUK UNI JE?

Aku tanya kawan-kawan aku yang intern sekali, ada tak dorang kena buat report untuk tempat intern dorang? dorang cakap takde, Ya Allah beruntungnya mereka.

Kat sini, khususnya aku, ada 3 report yang aku kena buat  dan ianya DAILY REPORT. 

a) SOFTCOPY REPORT - taip report kat microsoft word dan emel ke SV.

b) HARDCOPY REPORT - semua report yang aku dah taip kat laptop dan emel ke SV tu iaitu softcopy report, aku kena PRINT dan BINDING. Wow mantap! 

Funfact: Aku habis RM100 untuk print hardcopy ni ye. sebab ada banyak page berwarna, karang print hitam putih kena tolak markah plakkk( kot). TEBAL OK! 

c) HANDWRITTEN REPORT (LOGBOOK SIRIM) - SEMUA yang aku dah tulis kat laptop iaitu softcopy report tu, aku kena TULIS GUNA TANGAN didalam buku nota yang disediakan ak.a salin semula. 

FUNFACT: aku menulis sehingga 100 muka surat untuk handwritten report. power gak jari aku ni. 

Agak- agak bila masa ya aku buat semua ni? kalau korang ,bila masa korang buat semua ni? Jom fikir-fikirkan.

d) JOURNAL - SEMUA journal/paper yang aku baca, aku kena PRINT DAN BINDING. tapi masalahnya ada hampir 70 journal!Takkan nak print semua kan, so aku print first page yang ada abstrak tu je. Itu pon kalau ada 70 journal, dah ada 70 pages. tak ke banyak tuuu.. $$$ lagi. 


Rasanya tu jer. Aku akhiri intern aku dengan kekecewaan yang amat sangat sebab markah dari sv aku rendah sangat bagi aku. Teruk sangat ke aku sampai tak layak dapat 4/5 or 5/5 untuk pemakaian? Aku pergi kerja pakai sopan lagi ayu. berbaju blouse bersama kain, kadang berbaju kebaya longgar. tak pakai heavy makeup dan high heels. Aku sangat sedih bila orang underestimate aku. Ya aku sedih dan nangis bila tahu markah aku yang rendah macam aku ni tak jalani intern dgn betul. Mak aku je la tempat aku meluahkan kesedihan ni. 2-3 hari tu bila aku ingat balik memang geram dan sedih je rasa. 

Takpelah benda dah jadi, aku pon dah move on. Now fokus cari kerja. Ni aku tulis hanya untuk kongsi pengalaman dan untuk kenangan bila aku dah dewasa nanti.


Tq korang sebab baca hingga habis dan dengar luahan hati aku.











  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^