DIBERHENTIKAN KERJA KERANA TERLALU BAGUS? - part 1

By cikmira23 - September 27, 2020

 Assalamualaikum.

Aku nak kongsikan pengalaman aku yang diberhentikan kerja tidak sampai sebulan bekerja.

Eh kenapa pula? Aku buat hal ke?

Teruskan membaca...




Awal bulan September haritu, aku ternampak 1 iklan kerja kosong sebagai kerani admin di kawasan rumah aku. Nama tempat kerja dirahsiakan. Jarak dari rumah aku teramat dekat iaitu 250 meter sahaja. Kalau jalan kaki, 3 minit jer dah sampai kalau jalan lengang. 3 minit jalan kaki ok. bukan naik kereta atau motor. 

Aku pon apply lah. Gaji basic. tak ada epf/socso selama 3 bulan probation. Sedangkan aku kerja 3 bulan di Boat Noodle haritu, bulan pertama pun dah terus tolak epf& socso. Hmm tak apalah aku ni cuma ikan. 

Takde istilah OT sebab waktu kerja 9am-6.30pm jer. 

So, position ni actually sesuai untuk budak lepasan SPM sebab pengalaman tak diperlukan. Sebab aku pon tak de pengalaman so adakah aku ni setaraf dengan budak SPM? Anda nilaikan... 

Aku gembira jer sepanjang kerja kat situ. Aku kerani admin so aku duduk dalam office. ada sorang partner aku namanya N. dan ada 3 orang lagi staff perempuan yang jaga kat luar.

 Pada mulanya aku tak berapa bercakap sangat dengan 3 orang tu sebab yelah masing-masing sibuk. Nak sembang kenal-kenal pun payah sebab meja bos sebelah meja aku haha. 

Bos plak tak suka kalau kiteorang bersembang masa kerja. Biasalah tu kan. 

So, nak dijadikan cerita bos aku ada cakap kat aku yang actually dia nak hired 4 orang jer staff perempuan.

Masa aku datang tu dah cukup dah 4 orang tapi kenapa boss aku still hired aku?

haa... jeng jeng jengg..

sebabnya bos aku mcm nak release sorang staff ni dan stay kan position aku.

Oh ya, aku plak masa iv kerja tu. Aku terus terang cakap yang aku nak kerja sekejap jer.TAPI, maksud sekejap aku tu bukannya nak kerja sebulan ke dua bulan tapi selagi aku tak dapat kerja.

Secara logiknya, sah-sahlah aku kerja disitu untuk sementara saja sementara aku dapat kerja yang lebih baik. aku tahu boleh jer aku tak cakap menda tu kat bos aku. Tapi personally bagi aku tu penting, sebab aku tak nak bagi bos aku fake hope. 

Tak sampai seminggu aku kerja, aku dah boleh catchup semua yang bos aku ajar. Bos aku ajar aku sekali jer dan next time bos aku suruh buat, aku boleh buat. Bukan sebab otak aku geliga tapi sebab aku catat semua yang bos ajar. So, setiap kali ada arahan, aku akan refer nota aku.

Kerja punyalah rajin pun kena buang ke?

Tak apa, aku ok jer. Korang rasa kenapa yer aku kena buang? cer komen. 

bersambung.... 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^