KEDAI PERABOT SEDERHANA HOME FURNITURE REVIEW

By Mierayusof - Saturday, October 31, 2020

 Assalamualaikum, kali ni Mira nak dedahkan biar smua rakyat Malaysia tahu mengenai 1 kedai online yang jual sofa ni!

Please baca sampai habis yer Mira cerita ni. dan korang nilai lah sendiri! Nama kedai tu pun Mira dedahkan supaya semua tahu!

Alkisahnya rumah Mira ni ada sebuah sofa tapi sofanya dah lama lebih 10 tahun dah dah buruk, patah kusyen pun dah lembik sebab hari-hari dduk dan baring kat situ.

So, mak Mira nak beli lah sofa tapi saja je lah survey kat fb dulu. Yelah nak walkin pun rasa tak best sebab tengah PKPB kan. Lagi satu, kalau nak beli perabot ni best tengok depan-depan sebab yang online ni kadang indah khabar dari rupa.

Nak dijadikan cerita, survey punya survey, mak Mira jumpa lah satu kedai yang jual sofa kat FB. Nama kedai Mira reveal di hujung-hujung nanti ye.

Kedai ni lain macam tau offer dia.. 

Agak ragu-ragu jugaklah nak beli pada mulanya sebab iklan dia TAK MASUK AKAL. 

Antaranya.... 

1. TAK DE CAS DELIVERY!

Ikoa yang kaya raya tu pon ada cas delivery, kedai kedai yang buat delivery pun semuanya ada delivery cas, paling murah pun rm10 tu pon tengok lah jugak barang tu besar mana. kalau kena angkut naik lori, lagi lah mahal cas deli paling kurang pun RM50. 

Tapi kedai ni suka hati je TAK DE CAS DELIVERY!!!

Hello bro anta sofa tu guna angin ke? minyak petrol isi guna air ke?tenaga angkut sofa tu yang diguna tu guna tenaga solar ke? Susah sangat ke nak cas delivery! Tak faham lah! 


2)  TAK PERLU BAYAR DEPOSIT

Hello bro, orang berniaga nasi lemak kalau ada orang tempah pun dorang ambil deposit tau. Ini bro niaga sofa beratus-ratus kot. Berani sungguh tak ambil deposit! Kalau pembeli main-main atau scam macamana? Fikir la sikit perasaan sendiri! Jangan asyik nak utamakan customer jer! 


3) GAMBAR SOFA YANG DIPROMOTE LAWA SANGAT!! BOLEH CAYA KE? 

Ni lagi satu, agak-agak la bro. Bro cakap sofa tu promo RM499 tapi kenapa nampak macam RM899!  Kalau ye pun nak photoshop tapi jangan lah obvious sangat. Ekslusif dan mewah sangat lah untuk harga tu!


4) BARANG SAMPAI BARU BAYAR

Ni lah yang paling Mira tak puas hati, ape masalah owner jual sofa ni sebenarnya eh! Nak bisnes buat lah cara bisnes, ape kejadah barang sampai baru bayar? 

Hello, orang beli barang rm5 pun kena bayar dulu baru pos tau. Ni beli SOFA kot!!! BERATUS-RATUS. Yet still tak perlu bayar dulu? Are you serious dude? 


Aduh pening Mira dengan peniaga macam ni!

Takpelah, Mira dah beli dah pun sofa ni dengan bro ni.

Korang mesti tak percaya!

Gambar FB kedai tu. Lawa kan? Perghh pandai dia pancing customer!!! 


GAMBAR SEBENAR:



Sebijik kan gambar iklan dengan gambar sebenar. Sori Mira snap tak berapa lawa sebab ni pun snap curi-curi tak nak mak tengok.


Kalau korang ragu-ragu nak beli dengan kedai ni. KORANG SALAH! Sebab Mira dah pun beli dan 100% puas hati dengan servis dorang. Kenapa?

1. TAK DE CAS DELIVERY
2. TIADA DEPOSIT
3. KUALITI SOFA YANG BAGUS. KAYU KERAS & BERKUALITI (TAHAN LAMA)
4. BARANG SAMPAI BARU BAYAR.


Kalau korang nak beli barang sekarang kan kena hati-hati sebab ramai scammer. cakap kena ada deposit lah, lepas tu bila kita dah bayar, senyap dan fuhhh hilang ditiup angin!

Kalau nak beli boleh KLIK SINI 

Ingat tau nama FB kedai tu SEDERHANA HOME FURNITURE

Mira ulang sekali lagi.. 100% TRUSTED SEBAB MIRA DAH BELI!  tak percaya boleh datang rumah. 

p/s: amacam ok tak copywriting? sila respon!! jenuh tau nak buat ayat reverse-psychology ni. hehe

Kalau korang nak Mira review kedai korang. Boleh lah emelkan ke 

reviewbymrysf@gmail.com







  • Share:

You Might Also Like

1 comments

Thank you for your comment ^_^