REVIEW DRAMA KOREA - ALICE (2020)

By Mierayusof - Saturday, October 31, 2020

 An-young!

Dah lama Mira tak buat review drama korea.

Ok, harini Mira nak review lah satu drama sci-fic yang baru je tamat minggu lepas iaitu...

ALICE

Sumber gambar: Google Photos


Kalau korang pernah tengok drama Eternal king, hah drama ni lebih kurang 5% sama. 

Drama ni keseluruhanya mengenai  TIME TRAVEL.

Sinopsis:

Park Jin Kyum (Joo Won) adalah seorang detektif yang dilahirkan tanpa kemampuan untuk mempunyai emosi. Semasa berusaha menyelesaikan kes-kes misteri, dia menjadi orang pertama yang mengetahui tentang perjalanan waktu yang datang dari masa depan menggunakan alat yang disebut "Alice" dan berjuang dengan situasi sukar yang timbul kerana keberadaannya. Dia berjumpa dengan Yoon Tae Yi (Kim Hee Sun), seorang ahli fizik wanita yang telah lama meninggal. Dia mengetahui rahsia perjalanan masa dan membongkar rahsia semasa siasatan.


Ok cerita ni sebenarnya agak mengelirukan tau lagi-lagi part Yoon Tae Yi tu. 

Tae Yi ni agen Alice(HQ time travel) dan dorang pergi ke tahun 1992 untuk ambil buku prohecy(kisah time travel ada dlm buku tu).

Selepas ambil buku tu dgn partner a.k.a lover dia, dia sedar yang dia hamil.

Tae Yi nak anak dia hidup so dia tak jadi nak ikut Min hyuk balik semula ke tahun 2052(kalau tak silap).

So, tinggallah Tae Yi sorang-sorang tahun 1992 tu utk besarkan anak dia yang bernama Jin-Gyeom. Oh ya, masa ni Tae Yi tukar nama dia jadi Sun-young.

Tahun 2010, mak dia mati kena bunuh. So dari situ Jin-Gyeom nak jadi polis sebab nak tahu siapa bunuh mak dia. Yelah bagi dia mak dia takde musuh dengan sesiapa tapi kenapa kena bunuh plak.

2020, Jin-Gyeom jadi polis dan jumpa pompuan yang sebiji muka macam mak dia nama Tae Yi. Mngkin tu mak dia masa muda.

Jin-Gyeom start sedar pasal time travel ni bila kes kes misteri yang tak tercapai dek akal dan hanya time travel je jawapan bagi misteri tersebut.

Bila Jin-Gyeom tahu pasal time travel ni, memang dia kaw-kaw lah usaha untuk cari pembunuh mak dia.


Ok so aku ada persoalan dan kalau nak tahu jawapannnya korang kena tengok drama ni ok!

1. Siapa bunuh mak dia?

2. Siapa Yoon Tae-Yi yang Jin-Gyeom jumpa tahun 2020?

3. Siapa cipta time travel dan apa kaitan dengan dorang?

4. Kenapa Alice nak sangat buku the prophecy tu?

5. Semua orang terdekat Jin-yeom kena bunuh, kenapa mereka dibunuh?

6. Siapa time traveler dalam cerita ni ?

7. Yoon tae-yi jatuh cinta tak kat Jin-Gyeom?

8. Jin-Gyeom mati pada episod berapa? p/s: lepas mati dia hidup balik hohoho hero mana boleh mati.

9. Siapa dalang disebalik pembunuhan mak dia ni?

10. Apa ending cerita ni?


Ok, semua persoalan ni korang boleh lah jadikan checklist.

Mira tahu semua jawapan dia.

Mira recommend tak cerita ni?

= Ya, sebab agak lain dari lain.

Ada plot twist?

=YA


Aku bagi 7/10. 


Sekian.. 



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^