CARA DAFTAR KAD PREPAID BIGPAY

By Mierayusof - Friday, November 13, 2020

Assalamualaikum semua.


Hari ni Mira nak kongsikan satu kad prepaid yang anda semua patut miliki jika anda memilih untuk berbelanja secara cashless iaitu BIGPAY.



APA ITU BIGPAY


BigPay adalah salah satu jenama di bawah Air Asia yang menfokuskan kepada e-wallet. 

Ia didatangkan dalam bentuk applikasi dan kad fizikal yangberwarna biru muda.
p/s: Inilah kad paling cantik Mira pernah ada. 


KAD DEBIT, KAD PREPAID ATAU KAD KREDIT? 

Kad prepaid/prabayar. Anda perlu topup kad tersebut menggunakan applikasi. 

Kemudian barulah kad tersebut boleh digunakan seperti kad debit ATM. 

Jika tiada duit didalam akaun tersebut, tiada penolakan duit boleh dibuat. 


SYARAT UNTUK DAFTAR KAD BIGPAY

18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia. 


HARGA KAD BIGPAY 


PERCUMA

Tetapi untuk mendapatkannya, anda perlu membayar RM20 untuk kad prepaid tersebut di pos. 

Jangan risau, RM20 tersebut bukanlah yuran tetapi ia akan masuk ke dalam kad anda.

Anda juga boleh dapat EXTRA RM10 jika anda masukkan kod 'MNRKYPUGF2' di ruangan referral semasa sign up. 





KENAPA SAYA PATUT ADA KAD BIGPAY

1) TRAVELLER FRIENDLY

Kad Bigpay ini boleh digunakan dimana sahaja kecuali Korea Utara dan Israel dengan syarat tempat tersebut menerika kad dengan logo Mastercard.


2) PAYWAVE (CONTACTLESS)

Anda tidak perlu memasukkan pin untuk membuat pembayaran. Hanya sentuh sahaja kad anda dengan mesin pembayaran. 



3) BOLEH KELUARKAN WANG TUNAI

Walaupun tujuan utama kad ini dicipta untuk transaksi menggunakan kad(cashless), tetapi kad ini juga menerima pengeluaran tunai. Tetapi setiap transaksi pengeluaran adalah RM6 untuk dalam negara dan RM10 untuk antarabangsa.Anda boleh gunakan fungsi ini untuk tujuan kecemasan. 



4) EXPENSES CONTROL

Anda boleh mengetahui semua jenis transaksi pembelian harian, bulanan dan tahunan. Setiap transaksi juga akan dipecahkan kepada beberapa kategori seperti penginapan, servis, pengangkutan, makanan dan sebagainya. Malah data tersebut boleh di download dalam bentuk PDF untuk tujuan percukaian. 



5) AUTO-DEBIT 

Jika anda ada buat langganan bulanan, kad ini amat sesuai untuk digunakan kerana ia sangat mesra pembayaran online. Anda boleh menghubungkan kad ini dengan pelbagai applikasi seperti Apple Store, Foodpanda, Lazada, Netflix, Google dan sebagainya.



6) SECURITY

 Applikasi Bigpay ini mempunyai applikasi yang sangat tinggi. 

Jika anda ingin buka applikasi ini dan pembayaran, anda perlu memasukkan no pin. Sama seperti kad atm.


Bukan itu sahaja, anda juga boleh freeze atau unfreez kad Bigpay anda jika ia tidak digunakan atau kad anda dicuri. 

Anda tidak perlu lagi untuk menghubungi perunding perkhidmatan untuk block kad anda.

7) BERBELANJA SEHINGGA RM0

Jika kad debit ATM, anda tidak boleh berbelanja jika baki minimum RM10 atau RM20. Tetapi dengan kad Bigpay, anda boleh berlanja sehingga baki anda RM0. 


8)  KUMPUL BIGPOINTS AIR ASIA

 Ini adalah kelebihan Bigpay yang tidak ada pada mana-mana kad. Setiap transaksi pembayaran, anda akan dapat bigpoints Air Asia. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak anda dapat kumpul bigpoints. Anda dapat gunakan bigpoints tersebut untuk menebus penerbangan.


9) PEMINDAHAN KE AKAUN BIGPAY YANG LAIN

 Jika rakan anda mempunyai kad bigpay, anda boleh trasnfer duit ke rakan anda dengan mudah dan pantas. Nama rakan anda yang mempunyai bigpay akan terus keluar di bahagian 'send money to' 


                                 10) SPLIT BILL
Anda boleh berkongsi bayaran tanpa tunai dengan kawan anda menggunakan fungsi ini. 


CARA DAFTAR KAD BIGPAY

Hanya 3 langkah mudah:
1) Install applikasi 'Bigpay'
2) Sign up, isi maklumat  diri. Pastikan bahagian referal anda masukkan kod 'MNRKYPUGF2' ini untuk dapat RM10 TAMBAHAN
3) Tunggu kad bigpay sampai di alamat anda dan aktifkannya untuk mula menggunakannya. 
5-7 hari bekerja. Di waktu pandemik ni mungkin mengambil masa lebih lama sehingga 14 hari bekerja. 



CARA AKTIFKAN KAD BIGPAY


Setelah kad bigpay anda sampai. Anda kena aktifkannya. Ikuti langkah mudah ini:
1) Buka applikasi Bigpay, klik 'I have received my card'
2) Masukkan 3 digit CVC di belakang kad
3) Set kad pin dan kad anda akan diaktifkan serta merta!

Untuk aktifkan contactless payment, buat bayaran pertama menggunakan Chip & Pin. 


Semoga artikel ini membantu.

Yang menulis,




  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^