CARA DAFTAR PROGRAM GLOW PENJANA

By Mierayusof - Sunday, November 29, 2020

Assalamualaikum semua.


Post ni khas mengenai step by step untuk mendaftar program Global Online Workforce.

Ada ENAM langkah ye. Dan tak boleh skip step. 


CARA DAFTAR PROGRAM GLOW PENJANA [STEP BY STEP]


1) ISI BORANG PRA-PENDAFTARAN

Anda perlu mengisi borang pra pendaftaran disini>> DAFTAR GLOW PENJANA .

Isi maklumat yang diminta, sahkan emel.

2) HADIR 1 JAM WEBINAR SESI PENGENALAN [WAJIB] 

Hanya peserta yang hadir webinar ini sahaja layak untuk ke langkah seterusnya.

3) PROFILE SCREENING DAN ONLINE INTERVIEW

Proses ni mengambil masa TIGA hari dan peserta akan mendapat notis melalui emel.

4) OFFER LETTER DAN PERJALANAN BERMULA

Jika anda lepas step 3, anda akan mendapat offer letter dan perjalanan anda sebagai digital freelancer akan bermula disini.

Anda akan diberi seorang trainer/coach untuk pandu anda untuk menjadi seorang freelancer.


5) 3 HARI INTENSIF VIRTUAL TRAINING

Anda perlu menjalani latihan intensif secara maya selama 3 hari berturut-turut dari jam 9am-5.30pm (total 24 jam) dengan 14 topik berbeza. 

6) 3 BULAN PRAKTIKAL DAN MENTORING 

Setelah anda selesai virtual training selama 3 hari, anda dijangka untuk sudah bersedia untuk memohon kerja digital. Anda juga akan diberi tempoh 3 bulan untuk mencari dan mendapatkan kerja di platform freelancer seperti Freelancer.com.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh 3 bulan tersebut, anda layak untuk dapat sesi mentoring. Anda juga akan mendapat bantuan dan sokongan dari coach. Semua komunikasi hanya melalui maya.

7) TAHNIAH!

Setelah 3 bulan, anda boleh mulakan kerjaya anda sebagai digital freelancer berbekalkan ilmu yang anda dapat dari virtual training, mentoring and coaching session.


Semoga berjaya!

Dibawah ni infografik.























  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. salam and hai, nak tanya, student yg belum grad, boleh apply juga ke? dan sampai bila ya due date untuk join ?

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^