KENAPA FILEM BABI OLEH NAMAWEE TIDAK DITAYANGKAN DI MALAYSIA?

By Mierayusof - Friday, November 20, 2020

Assalamualaikum semua.


Aku rasa masih belum terlambat untuk aku ulas mengenai filem ni. Eh takpe ke aku tulis ni? Risau plak kang ada orang report. Kalau tak boleh post bagitahu ye.

Btw Korang dah tengok ke trailer filem ni? Kalau belum korang kena tengok dulu kat bawah ni



Filem ni juga sudah tercalon untuk empat festival filem antarabangsa untuk pelbagai kategori berbeza iaitu:

 1)Open World Toronto Film Festival

2)Around International Film Festival Berlin

3)International Thai Film Festival 2020

4)Taipei Golden Horse Film Festival 


TAPI!!!

Filem ini TIDAK DITAYANGKAN di MALAYSIA.

Entahlah bagi aku filem ni memang tidak patut ditayangkan sebab sentuh hal sensitif yang amat walaupun ada mesej yang nak disampaikan. P/s: tapi aku teringin nak tengok cerita ni. 😅


Ini komen dari page fb Namawee sendiri mengenai hal ni:

Filem [BABI] telah diiktiraf dan menerima pencalonan di festival filem antarabangsa di empat negara yang berbeza. Bagaimanapun, filem ini tidak akan dikeluarkan di Malaysia, dan kami tidak akan memohon pada mana-mana badan atau pertubuhan di Malaysia. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai terlalu ramai EKSTREMIS yang tak tahu malu, suka menghasut dan sering menggunakan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik mereka masing-masing.

Namun, hakikatnya, Malaysia adalah sebuah negara unik yang berbilang kaum dan majmuk, di mana rakyat saling menghormati dan menerima antara satu sama lain. Semasa penggambaran filem ini, para pelakon dan krew dari setiap kaum bekerjasama bersama untuk menghasilkan karya ini. Inilah yang mencerminkan semangat dan perpaduan rakyat Malaysia yang sebenarnya. Kali ini kita telah berjaya menempah nama di pentas antarabangsa. Ini adalah kebanggaan kita sebagai anak Malaysia! Malaysia BOLEH!!! 

                                                                                                                            -Namawee


Apa kata anda? 


 








  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^