GLI KUCING HAGIA SOFIA MENINGGAL DUNIA [2004-2020]

By Mierayusof - Sunday, November 08, 2020

Assalamualaikum.

Mira nak berkongsi perkhabaran duka ini dengan anda yang mungkin mengenali Gli, kucing yang tinggal di Hagia Sofia. 

Bagi yang pernah ke Hagia Sofia, mesti akan terserempak dengan Gli kan? 

Begitu juga  Mira ketika  melawat Hagia Sofia pada 2018, Mira juga berpeluang untuk terserempak dengan Gli. Gli seakan-akan sudah tahu ramai manusia yang ingin mengambil gambarnya.


Berita mengenai pemergian Gli ini dikhabarkan melalui Twitter @AliYerlikaya (Gabenor Istanbul) pada 12.51am waktu Malaysia. , 8 November 2020 

Berikut adalah tweet beliau: 

Saya minta maaf kehilangan Gli saya.
Kucing Hagia Sophia, Gli, yang telah dirawat di klinik veterinar swasta di Levent sejak 24 September, telah meninggal dunia kerana usia tuanya.

Kami tidak akan melupakan anda #Gli Cat


Sumber: Ali Yerlikaya | Twitter 

Sumber : Imran Mohd Bali | Twitter 

Ini Mira yang tangkap gambar Gli sendiri ketika melawat Hagia Sofia pada Januari 2018. 




Seperti yang dikhabarkan, Gli dirawat semenjak 24 September 2020.
Sumber: Instagram Gli 


BIODATA GLI, KUCING HAGIA SOFIA YANG TERKENAL [2004-2020]

Gli, bermaksud 'Union of Love' ini dilahirkan di Hagia Sophia pada tahun 2004, dan dia mempunyai 2 orang adik beradik, Pati dan Kızım. 

Gli disukai oleh para pelancong yang mengunjungi Hagia Sophia, ketika ia muzium dan sekarang telah menjadi masjid. Gli adalah simbol Hagia Sophia. 

Pertama kali Gli terkenal ketika Barack Obama mengunjungi Hagia Sophia pada tahun 2009, dan ketika Recep Tayyip Erdoğan membelai Gli. 

Setelah berita mengenai Hagia Sophia akan bertukar status menjadi masjid, Gli sekali lagi terkenal kerana ramai yang merisaukan adakah Gli akan tetap berada di Hagia Sofia.

Jurucakap presiden ahimbrahim Kalın, membuat pernyataan:

 "Kucing (Gli) itu telah menjadi sangat terkenal, dan ada orang lain yang belum menjadi yang terkenal. Kucing itu akan ada di sana, dan semua kucing selamat datang ke masjid kami."

Gli meninggal dunia pada 8 November 2020, ketika umurnya 16 tahun bersamaan 80 tahun umur manusia. 

Kini, tidak ada lagi Gli yang menjadi penyeri di Hagia Sofia. Tetapi memori bersama Gli tetap menjadi ingatan buat sesiapa yang pernah bertemu dengannya. 

Instagram Gli 

Sumber


Yang Menulis,



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^