HAVAIST, SHUTTLE BAS DARI ISTANBUL AIRPORT KE CITY CENTER ISTANBUL

By Mierayusof - Thursday, November 05, 2020

 Merhaba. 

Kembali lagi kita dalam episod #TipsTravelTurki.

Kali ni Mira nak kongsikan mengenai perkhidmatan shuttle bas di Istanbul New Airport (IST) yang bernama HAVAIST.

Sebab IST ni kan masih baru lagi. Jadi, yang dh travel ke Turki tahun 2018 kebawah tu mungkin tak sempat merasa pengalaman naik bas ni termasuklah Mira.

Kalau Mira tulis IST tu maksudnya singkatan kepada Istanbul New Airport ye.

 

HAVAIST


HAVAIST nama diberi ini adalah official airport shuttle service yang beroperasi di IST ke sekitar 50 destinasi di bandar.

HAVAIST ni adalah jenama kepada syarikat Istanbul Bus Enterprises, yang merupakan anak syarikat Istanbul Metropolitan Municipality. Kalau kat Malaysia ni kita panggil RapidKL.




 Antara maklumat yang Mira nak kongsikan mengenai bas HAVAIST ni adalah:

1)      CARA TRAVEL DARI IST KE CITY CENTRE

2)      LALUAN BAS HAVAIST

3)      HENTIAN IST

4)      JADUAL WAKTU

5)      HARGA TIKET


BAS HAVAIST

HAVAIST airport shuttle bus ini menawarkan perkhidmatan yang selamat, selesa dan paling penting, berkualiti mampu memuatkan 46 orang.

Apa yang bestnya bas kat Turki ni termasuklah bas HAVAIST ni adalah hospitality dia setaraf VIP. Ada TV, tempat cas, WIFI dan macam-macam lagi.

Bas ini bertolak setiap 45 minit dari IST ke city centre dari jam 6am sehingga 1.15am

Dan hala ke Airport pula akan bertolak setiap 45 minit juga dari Beyazit Square (Sultanahmet) dan Taksim Square jam.

 




LALUAN BAS HAVAIST


Bas HAVAIST ini mempunyai 9 laluan iaitu:

 

HVIST-5, HVIST-6, HVIST-7, HVIST-8, HVIST-9, HVIST-10, HVIST-13, HVIST-14 dan HVIST-15

 

1) HVIST-5 (TERMINAL BAS INTERCITY ESENLER - IST)

Hentian: Esenler Otogar - Otogar Yolu - Hasdal - IST

Tempoh: 60 minit

Jarak: 42 km.

Harga 1 Hala: 22 TL

  p/s: yang ini sangat bagus kalau dari airport korang nak pergi mana-mana negeri lain contohnya ke Bursa, Ankara dan lain-lin.

 

2) HVIST-6 (HALKALI - BASAKSEHIR - IST)

Hentian: Stesen Keretapi Halkali - Konut Birlik - Kanuni S.S.H. - Cimentepe - Ataturk Mah. (Arenapark) - Demirciler Sitesi  - Basaksehir Metrokent - IST

Tempoh: 60 minit

Jarak: 49 km.

Harga 1 Hala: 21 TL

 

3) HVIST-7 (BEYLIKDUZU - CATALCA - IST)

Hentian: Beylikduzu Marmarapark Shopping Mall - Cumhuriyet Mahallesi - TUYAP - Buyukcekmece - Tepecik - Catalca State Hospital - IST

Tempoh: 75 minit

Jarak: 62 km.

Harga 1 Hala: 26 TL

 

4) HVIST-8 (AVCILAR - BAHCESEHIR - IST)

Hentian: Masjid Avcilar - Haramidere San.Sit. (Torium) - Bahcesehir - Ispartakule Bloklari - IST

Tempoh: 100 minit

Jarak: 59 km.

Harga 1 Hala: 21 TL

 

5) HVIST-9 (KADIKOY - TEPEUSTU - IST)

Hentian: Kadikoy - Acibadem Metro - Yenisahra- Tepeustu - Jambatan Kavacik - IST

Tempoh: 100 minit

Jarak: 66 km.

Harga 1 Hala: 32 TL

 

6) HVIST-10 (PENDIK - SAW – IST)

Hentian: Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi Pendik - Tavsantepe Metro - SAW - IST

Tempoh: 110 minit

Jarak: 101 km.

Harga 1 Hala: 37 TL

Yang ini sesuai kalau dari airport Eropah Istanbul IST nak ke airport asia Istanbul SAW.

 

7) HVIST-13 (BAKIRKOY - YENIBOSNA - IST)

Hentian: Pelabuhan Bakirkoy Seabus - Ataköy 3. Kisim - Sirinevler - Kuleli - IST

Tempoh: 90 minit

Jarak: 44 km.

Harga 1 Hala: 24 TL

 

8) HVIST-14 (TAKSIM - BESIKTAS - IST)

Hentian: Taksim - Pelabuhan Besiktas - Zincirlikuyu Metrobus - 4.Levent - IST

Tempoh: 90 minit

Jarak: 42 km.

Harga 1 Hala: 25 TL

 

9) HVIST-15 (YENIKAPI - AKSARAY - IST)

Hentian: Yenikapi Coast - Yenikapı Marmaray - Aksaray - Ulubatli - Ayvansaray - Nurtepe Viyaduk - IST

Tempoh: 100 minit

Jarak: 47 km.

Harga 1 Hala: 25 TL

Yenikapi ni ada laluan metro.

 

Anda boleh double check di WEBSITE RASMI HAVAIST ini.

 

MENAIKI BAS HAVAIST

Bas HAVAIST ni senang sangat nak kenal, sebab ada tulisan HAVAIST besar-bsar kat tepi bas.


LOKASI BAS


DARI AIRPORT ISTANBUL (IST)

Bas ini berlepas dari tingkat -2. Anda cari je papan tanda "Transportation Floor" di arrival hall.


DARI PUSAT BANDAR ISTANBUL

Bas ini berlepas dari Beyazit Square(Sultanahmet, Stesen Trem Beyazit)dan Taksim Square

 Limit penumpang 46 orang sahaja. Tidak ada yang dibenarkan berdiri. Jadi jika bas penuh sebelum anda naik, anda perlu menunggu bas seterusnya. Tiket bayar setelah naik bas.

   

HARGA TIKET BAS HAVAIST

Bermula 21 lira sehingga 37 lira bergantung lokasi. Harga ada di atas Mira dah listkan untuk setiap bas. 

Tiket dibayar setelah naik bas sahaja.


CARA BAYAR TIKET

Jangan terkejut Turki lebih canggih daripada kita. Ada 3 cara dan kesemuanya CASHLESS iaitu:

 

1) ISTANBULKART

Anda boleh mendapatkan ISTANBULKART di kiosk dalam airport. Jangan lupa untuk topup kad tersebut sekurangnya 60 lira. 

Kalau Mira, Mira akan topup 100 terus. Sebab memang tak cukup kalau 60je. Yelah, 1x punch ditolak 3.5lira(2020). 

Jadi, utk 2 hari jalan-jalan kat Istanbul termasuk pergi naik cable car, dan ke airport semula. Memang tak cukup atau cukup cukup. 

Kalau nak install apps pun boleh:  ISTANBULKART 


IstanbulKart Online dengan Penghantaran Hotel / Jemputan Lapangan Terbang Percuma

Tahukah anda, Istanbul Welcome Card menawarkan pembelian IstanbulKart secara online  dan ianya percuma untuk dihantar ke lokasi hotel terpilih. Anda juga boleh self-pickup di airport.

Ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang menjimatkan masa dan tenaga untuk mengurangkan risiko beratur lama di mesin atau kiosk.

Hotel: Istanbulkart anda akan dihantar ke hotel anda (di kawasan Taksim, Sultanahmet, dan Besiktas, hotel AirBnb tidak termasuk)

Self pickup : Antara jam 8:00 pagi dan 11:00 malam

 

2) BAYAR DENGAN KREDIT KAD melalui HAVAIST QR Code

Sekiranya anda ingin membayar dengan Kad Kredit, anda perlu install apps HAVAIST dan topup kredit di dalam apps tersebut.

Jadi, bila sampai giliran anda untuk bayar, anda hanya perlu scan je QR code. Mudah bukan?

 

3) Dapatkan HAVAIST QR Code dengan Istanbul welcome card

Kelebihan:

-Anda akan terus dapat QR code ni.

-One-way transfer dari IST ke city centre.

-Diskaun 10% di kedai Istanbul Welcome card.

-FREE E-Booklet Istanbul

-FREE cancellation dan full refund 12 jam sebelum tiba.

 Harga: € 5 seorang,

 

 BAGAIMANA IA BERFUNGSI:

 1. Selepas pesanan anda, anda akan menerima QR Code

2. Naik bas HAVAIST yang di level -2

3. Scan QR code pada pemandu bas Ketika diminta untuk bayar

 

Mira harap post ini membantu anda yang ingin ke Istanbul nanti.

Sila kongsikan pengalaman anda.


Sumber info 1

Sumber info 2

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^