BELI ISTANBUL KART DI ISTANBUL

By Mierayusof - Friday, November 06, 2020

 Assalamualaikum. Merhaba.

Kembali lagi kita dalam episod #TipsTravelTurki bersama Mira.

Kali ni Mira nak kongsikan satu benda yang tidak asing lagi jika anda pernah ke Turki dan bakal ke Turki iaitu Istanbul kart.

Mira nak ingatkan anda untuk beli istanbul kart ni bila sampai Istanbul. Mira juga akan terangkan info Istanbul kart ni, harga istanbul kart, dimana beli istanbul kart , dan kelebihan istanbul kart. 


Istanbul Kart
Sumber gambar: Google Photo

ISTANBUL KART

Kad ini diperkenalkan pada tahun 2009. Ia adalah contactless atau RFID untuk pembayaran tambang pengangkutan awam. 

Ukurannya sama persis dengan kad kredit biasa, mudah disimpan, prepaid dan mudah direload.


 KELEBIHAN ISTANBUL KART

Terdapat beberapa kelebihan untuk mendapatkan Istanbul Kart berbanding membeli token atau tiket setiap kali anda menggunakan pengangkutan awam.

1) Multi-purpose – Dengan sekeping kad ini membolehkan anda membayar pelbagai jenis pengangkutan: bas, metro, feri, kereta api, tram dan cable car. Rasanya sekarang Turki memanf mengamalkan cashless, jadi memang wajib untuk anda ada kad ini sekurangnya SATU untuk 2-5 orang. 

2) Prepaid – Yang ini sama konsepnya dengan kad TnG di negara kita, sebelum digunakan mestilah mempunyai kredit didalamnya. Setiap stesen tram ada tempat untuk topup kad ini.

3) Mudah digunakan – disebabkan kad ini adalah RFID, jadi anda sebenarna tidak perlu menyentuh kad dengan card reader. Dengan hanya meletakkan kad ni dalam jarak 8cm, ia sudah boleh dibaca. Jika baki tidak mencukupi, skin akan bercakap Kontör Yetersiz.

4) Multiple travelers – Inilah kelainan kad ini berbanding TnG iaitu ia boleh digunakan maximum 5 penumpang.

Malaysia: 5 penumpang, 5 kad

Turki: 5 penumpang, 1 kad

Caranya, setelah orang pertama imbas kad dan melepasi palang, paskan kad tersebut kepada orang kedua. Tunggu beberapa saat kemudian orang kedua boleh imbas kad tersebut.

 5) Diskaun - Dengan menggunakan kad, anda sudah mendapat potongan harga. Daripada membayar 5 TL setiap perjalanan, anda membayar 3.50 TL (2020). 

Kalau anda buat 5 connection dalam masa jam, anda akan membayar kurang untuk pemindahan pertama.

6) Bayaran per imbas, tidak mengikut jarak – Sistem di Turki ini, apabila anda ingin keluar dari stesen, anda tidak perlu imbas kad seperti TnG. Maksud Mira disini adalah bayaran 3.5TL tersebut adalah per imbas tidak kira jarak.

 Contoh, jika anda ingin naik tram untuk satu hentian, bayarannya 3.5tl. Jika anda ingin naik tram untuk 10 hentian, bayarannya juga 3.5TL.  


DI MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN 

 ISTANBULKART?

Anda boleh membeli Istanbulkart dari lebih daripada 2,000 lokasi seperti stesen kereta api bawah tanah, trem, feri, metrobus dan kereta api melalui mesin layan diri kuning / biru atau tiket-tiket, dan melalui kiosk yang terletak di sebilangan besar perhentian bas awam.

Cara termudah untuk mendapatkan Istanbul Kart adalah di PERHENTIAN TRANSIT UTAMA seperti lapangan terbang, Sultanahmet, dan Eminönü.

Sekarang sudah ada apps Istanbulkart, tetapi ia masih baru. Mira lebih mancadangkan penggunakan kad fizikal.

 

BELI ISTANBUL KART DI AIRPORT ISTANBUL

Waktu terbaik untuk anda beli Istanbul kart ini adalah sejurus selepas anda selesai mendarat di airport. Kerana anda memerlukannya untuk menaiki shuttle bas airport iaitu HAVAIST kerana pembayaran adalah cashless sahaja.

Anda hanya perlu cari SATU daripada 24 mesin kuning / biru yang terletak di tingkat -2 KETIBAAN, atau dari KAUNTER HAVAIST (shuttle airport) yang terletak di sepanjang pintu keluar, atau authorized exchange office.

 

 HARGA ISTANBUL KART

Harga Istanbulkart adalah 6 TRY (Tanpa kredit). Kad ini adalah anonymous, disyorkan untuk pelancong. Istanbul kart ini hanya sah digunakan di Istanbul sahaja. Di negeri lain, mereka mempunyai kad mereka sendiri seperti Bursa kart, Antalya kart, Ankara kart, Isparta kart.

 

 

BERAPA KOS SETIAP PERJALANAN?

Kos pengangkutan awam 1-perjalanan adalah 3,50 TRY pada tahun 2020 tidak mengikut jarak.

 

CARA RELOAD/TOPUP KAD?

Anda boleh reload kad ini di :

1) Mesim kuning/biru seperti anda membeli kad ini

2) Kedai kedai kecil- yang ada tulis Akbil Dolum Noktası

Anda juga boleh memuatkan kredit dari laman web Istanbulkart dari https://www.istanbulkart.istanbul/

Mira harap dengan artikel ini anda lebih jelas untuk guna Istanbul kart. Ingat ya, Istanbul kart konsepnya tidak sepenuhnya sama seperti TnG di negara kita.

 

Jika ada pertambahan info, pembetulan maklumat atau pengalaman anda mengenai ini. Bolehlah komen dibawah.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^