ISTANBUL NEW AIRPORT (IST) VS ISTANBUL SABIHA GOKCEN (SAW)

By Mierayusof - Wednesday, November 04, 2020

Merhaba. Kembali lagi episod #TipsTravelTurki bersama Mira.
Kali ni Mira nak cerita mengenai lapangan terbang yang ada di ISTANBUL.

Adakah anda tahu di Turki ada lapangan terbang baru tau, dipanggil Istanbul Grand Airport atau Istanbul New Airport, kodnya sama dengan yang lama iaitu IST memandangkan airport lama sudah ditutup sepenuhnya. 

Sebelum Istanbul New Airport (NEW IST) dibuka,

Lapangan terbang yang ada di Istanbul adalah:

1) ISTANBUL ATATURK INTERNATIONAL AIRPORT (OLD IST) - TELAH DITUTUP SEPENUHNYA SETELAH NEW IST BEROPERASI SEPENUHNYA
2) SABIHA GOKCEN INTERNATIONAL AIRPORT (SAW)


Mira belum berkesempatan lagi untuk ke Turki buat kali ke dua. Kali terakhir Mira di Turki adalah pada 24 Julai 2018. Doakan agar Mira dapat ke Turki lagi. Kalau ada syarikat travel yang nak sponsor Mira, amat dialu-alukan. Bolehlah Mira cerita lebih lagi perkembangan terkini mengenai travel ni. p/s: boleh emel ke enquiry@mierayusof.com ye. Ku tunggu emelmu. 



ISTANBUL NEW AIRPORT. LAWA TAK? 

SUMBER: GOOGLE PHOTO



ISTANBUL GRAND AIRPORT /ISTANBUL NEW AIRPORT (IST)

IST adalah lapangan terbang antarabangsa TERBESAR di Istanbul, Turki. Semua penerbangan antarabangsa ke Turki akan mendarat di lapangan terbang ini. 

Lapangan terbang ini dirasmikan pada 29 Oktober 2018 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 April 2019

Keluasannya 76,5 juta persegi meter dan dapat mencapai kapasiti 200 juta penumpang. 

Ia juga  merupakan hab global antara benua Asia, Afrika dan Eropah. Ia juga dianugerahkan Global Traveler's Leisure Lifestyle dibawah kategori ‘Outstanding Innovation’ category. 


LOKASI ISTANBUL NEW AIRPORT 

Terletak di sebelah timur laut Eropah Istanbul, berdekatan  pantai Laut Hitam, lapangan terbang baru ini terletak di persimpangan Çatalca-Göktürk-Arnavutköy, antara kampung Tayakadın dan Akpınar.

Lapangan terbang Istanbul dapat diakses dengan mudah dengan pengangkutan awam seperti bas dan pengangkutan ulang-alik lapangan terbang, serta teksi dan kenderaan persendirian. 


Jarak rata-rata dari Lapangan Terbang Istanbul Baru ke daerah pusat bandar utama Istanbul adalah sekitar 45 km. Avcilar 53 km, Gayrettepe 38 km, Taksim 40 km., Sultanahmet 45 km, Levent 36 km, Maslak 35 km, Kavacik 42 km, Uskudar 47 km, Kadikoy 52 km, Pendik 73 km.


DARI ISTANBUL NEW AIRPORT  KE PUSAT BANDAR ISTANBUL  

Ia mengambil masa sekitar 50 minit untuk sampai ke pusat bandar Istanbul (Taksim) dari IST, bergantung kepada trafik.

Antara pengangkutan yang ada: 

1) IETT MUNICIPAL PUBLIC BUS

2) METRO - SOON 

 2) HAVAIST AIRPORT SHUTTLE - RECOMMENDED

 3) TAXI

 4) SHARED SHUTTLE,

 5) PRIVATE SHUTTLE.


METRO DARI ISTANBUL NEW AIRPORT KE PUSAT BANDAR ISTANBUL

Setakat Mira tulis ni, metro belum siap lagi. Nanti dah siap Mira akan cerita lebih lanjut di post berikutnya.


SABIHA GOKCEN INTERNATIONAL AIRPORT (SAW)

Nama Sabiha Gokcen ini diambil bersempena nama anak angkat kepada presiden pertama republik Turki iaitu Mustafa Kamal Ataturk. Baca lebih lanjut mengenai Sabiha Gokcen DISINI.

Lapangan terbang ini adalah yang KEDUA TERBESAR selepas Istanbul New Airport (IST).  

SAW juga merupakan hub untuk kapal terbang Turki iaitu:

1) AnadoluJet, 

2) Pegasus Airlines 

3) Turkish Airlines


LOKASI SABIHA GOKCEN AIRPORT

Terletak di sebelah ASIA Istanbul. 


DARI SABIHA GOKCEN AIRPORT KE PUSAT BANDAR ISTANBUL

Ia mengambil masa kira-kira 90 minit untuk sampai ke pusat bandar dari SAW menggunakan bas.


PENGANGKUTAN AWAM DARI SABIHA GOKCEN KE PUSAT BANDAR ISTANBUL

Selain private shuttle, shared shuttle dan taxi yang sudah tentu ada di semua airport. '

Disini hanya ada SATU pengangkutan yang paling praktikal untuk ke Eropah Istanbul dari SAW iaitu HAVABUS. Bas ini akan berhenti di Taksim. 

Harga tiket sehala : 18 lira termasuk bagasi.

Cara beli: WALKIN sahaja. 


TURUN DI ISTANBUL NEW AIRPORT ATAU SABIHA GOKCEN AIRPORT

Sudah tentu Istanbul New Airport (IST) adalah pilihan utama kerana ia berada di Eropah Istanbul dan lebih dekat dengan pusat bandar Istanbul.


DARI ISTANBUL KE CAPPADOCIA MENAIKI FLIGHT? DARI MANA KE MANA?

Jika destinasi pertama anda adalah Cappadocia (Goreme), TIADA penerbangan terus ke airport yang bernama Cappadocia atau Goreme ye. 

Tetapi, nama airport tersebut adalah iaitu KAYSERI (ASR) atau NEVSEHIR (NAV).

Harga tiket kapal terbang adalah serendah 90lira sehingga 300 lira. 

Baca lebih lanjut mengenai AIRPORT 'CAPPADOCIA'. 


DARI ISTANBUL NEW AIRPORT KE SABIHA GOKCEN AIRPORT

Jarak dari IST ke SAW adalah 101 kilometer. Perjalanan memakan masa 110 minit bergantung kepada trafik. Anda boleh naik bas HVIST-10.

Harga tiket sehala : 37 lira.

Cara beli: WALKIN sahaja. 

Cara bayar: Kredit kad, Debit kad, atau Istanbul kad. TUNAI TIDAK DITERIMA. 


Sekiranya anda mempunyai masa untuk singgah di pusat bandar Istanbul, anda boleh naik bas HAVAIST Airport Shuttle No: HVIST-14 ke Taksim (90 minit). Berehat di kafe atau restoran, atau berjalan-jalan, dan daripada mengambil HAVABUS Shuttle Taksim Line ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen (90 minit). 


Semoga post ini bermanfaat! Ada apa-apa pertanyaan, pembetulan info atau perkongsian silakan komen dibawah.

Terima kasih. 

Sumber info
















 







  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^