KEDAI GUNTING RAMBUT MUSLIMAH MURAH SHAH ALAM 2020

By Mierayusof - Saturday, November 14, 2020

Assalamualaikum semua.


Hari ni sis nak kongsikan satu kedai gunting rambut murah untuk muslimah di Shah Alam.

Kedai ni dah lama beroperasi tetapi masih cantik dan akan sentiasa cantik bila datang.

Kedainya adalah....


Huda Hair Saloon 

Setahu sis lah, kedai ni wujud sejak sis sekolah rendah kut. sebab setiap kali nak gunting rambut, memang pergi kedai ni je.

Yang penting, tukang gunting rambut ni adalah OWNER KEDAI dan dia PEREMPUAN TULEN! Lebih tepat lagi, perempuan melayu Islam, nama dia kak Huda.

and sis harap kalian(wanita muslim), sila potong rambut anda dengan perempuan islam ye tak kisahlah melayu, cina, india, Indonesia asalkan Islam. 

Harga potong rambut dia murah lah bagi Mira yang berada di Shah Alam ni, serendah RM15, tapi ikut kepanjangan rambut dan faktor lain. Biasa Mira potong, RM20. 

Bagi sis murah lah RM20 tu sebab Mira pernah potong rambut kat kedai lain RM30-40 padahal sama je nak potong bagi pendek je.

Kalau korang nak datang gunting rambut, sis galakkan untuk korang call dan booked dulu, so that takdelah korang kena tunggu lama.

Ni no kak Huda tu 017-644 5174. 

lama Btw kalau korang nampak papan tanda SOPHIE tu, maksudnya betullah tu, sebab SOPHIE tu pon milik kak Huda tu jugak, bilik gunting rambut ada dalam kedai tu. So, lepas habis gunting rambut, boleh cuci mata tengok katelog Sophie.


Laluan ke kedai, kena naik tangga sebab kedai di tingkat satu. 






  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^