KELUAR DENGAN STRANGER DARI COUCHSURFING -PART 1

By Mierayusof - Tuesday, November 24, 2020

Assalamualaikum semua.
Tajuk macam catchy je kan tapi sebenarnya Mira nak bercerita dan kongsi pengalaman Mira guna Coachsurfing di Turki. Tu je. 

Mira pernah menginap di rumah host masa Mira travel di Turki iaitu di Karahayit, Antalya, Mersin, Adana, Ankara dan Eskisehir. Masa ni Mira travel berempat dengan kawan-kawan Mira. Dan ia adalah pengalaman yang sangat best!

Dan hari ni Mira nak tulis pengalaman Mira keluar dengan rakan Coachsurfing,dan sudah tentu dia adalah stranger sebab ini adalah pertama kali Mira berjumpanya. 

Perkara ni berlaku di Istanbul, Turki pada Julai 2018.

Disclaimer: Tiada perbuatan terkeji dan terkutuk berlaku. Cuma perkara yang kelakar, memalukan dan menjengkelkan. Sila baca dengan hati terbuka, tenang dan positif. 



2 HARI SEBELUM PULANG

Peristiwa ni berlaku masa Mira baru habis dari Euro trip. Mira beli tiket flight ke Malaysia pada 26 Julai.

Mira touchdown airport Sabiha Gokcen, SAW  dari Stockholm pada 24 Julai. Jadi ada dua hari untuk Mira jalan-jalan di Istanbul buat kali terakhir. 

Ok, Mira ada kawan yang tinggal berdekatan airport SAW. Luggage partner Mira nak tumpang kat rumah kawan Mira tu dan luggage Mira plak mira tumpang kat rumah seorang pelajar Malaysia di istanbul eropah(tak ingat nama tempat).

So, selesai hantar partner Mira kat Taksim(untuk dia naik shuttle bas ke Airport Ataturk), Mira pun terus gerak ke guesthouse yang Mira tempah kat area Sultan Ahmet.

Sebenarnya Mira bercadang untuk guna Coachsurfing je, tapi sebab Mira takde host wanita yang approve dan kebetulan dah jumpa guesthouse murah kat Sultan Ahmet, terus Mira tukar plan. Memang tak lah Mira nak tumpang kat rumah lelaki kan. Bahaya!

Jadi, lepas check-in, Mira kena pergi rumah pelajar Malaysia tu dan ambil luggage Mira. Ada 2 size 24' dan 20'.


EMRE, JEJAKA TURKI DARI COUCHSURFING 

Kebetulan masa tu Mira berkenalan dengan seorang pemuda Turkish ni, Emre(bukan nama sebenar) dari aplikasi Couchsurfing sebulan sebelum kami bertemu. 

Kitaorang decide untuk jumpa sebab Mira cakap kat dia yang Mira ada kat Istanbul sekan haribulan dan kebetulan dia pun ada kat situ. 

EMRE TEMAN AMBIL LUGGAGE  

Alang-alang tu Mira minta tolong dia teman Mira untuk ke rumah pelajar Malaysia tu. So that dia bolehlah tolong bawa luggage tu mengharungi tram yang ramai orang.

So, petang tu dia pun datanglah kat hotel Mira dan kami pun pergilah sama-sama untuk ambil luggage Mira. 

EMRE CUBA MAKANAN MALAYSIA  

Usai letak luggage tu kat dalam bilik. Kiteorang pun keluarlah semula. Hari pun dah nak malam, Mira pun bawa Emre ke restoran Nur Muhammad sebab dekat je dengan guesthouse tu. 

Mira pun memang craving giler makanan Malaysia. Dalam masa yang sama Mira nak perkenal dia makanan Malaysia sebab dia tak pernah ada kawan dari Malaysia. Sweet tak Mira? 

Lepas makan tu, kteorang naik tram dan pergi area Eminonu ke mana entah tapi yang pasti tepi laut lah. Kami pun bersembang sambil minum cay. Eh macam dating plak. Kat situ ramai orang ye.

EMRE INGIN BAWAKU JALAN-JALAN 

Lepas tu, dia siap keluarkan buku nota dan pen untuk tulis tempat yang Mira dah pergi sebab dia nak bawa Mira jalan-jalan kat tempat yang Mira belum pergi lagi. Alah alah sweet je. 

So kteorang plan untuk ke Dolmabahce Palace dan ke asian side naik ferry.


EMRE BARU BANGUN TIDUR 

Pagi tu, lepas siap-siap Mira terus gerak pergi Dolmabahce Palace tu tunggu dia, konon nak masuk sama-sama. Lepas tu dia cakap dia baru bangun tidur. Nak siap-siap plus nak sampai situ ambil masa sejam lebih so Mira pun cakap takpelah Mira ok je masuk sorang dan Mira cakap kita jumpa pkul 1.

So, Mira pun explore lah Dolmabahce Palace tu sorang-sorang. U know what? Sorang-sorang lagi best! Yang tak bestnya part nak ambil gambar lah. Terpaksa minta tolong orang. Ada yang senget ape smua.


EMRE DATANG DAN KAMI KE... 

Habis je explore Dolmabahce Palace, Mira tunggu dia datang and kteorang pun gerak ke terminal fery untuk ke Buyukada.
Masa tu agak lapar jugaklah so bila nak lunch kami beli durum jer. Itupon kenyang sebab portion banyak. Tapi still rindu nasi. hehe. 


EMRE AJAK BERBASIKAL 

Lepas tu Emre ajak sewa basikal untuk explore Buyukada tu. Mira cakap dah yang Mira tak reti sangat bawak basikal(masa tu) tapi Emre pujuk jugak cakap Mira mesti boleh punya. So Mira pun ok je lah padahal sebenarnya....

Ok, masa tu Mira tak berapa pandai sangat bawak basikal. Boleh bawak cuma tak pro. Nak cek brek basikal ape smua pun Mira tak pandai(masa tu), sekarang Mira pandai dah. 

ADAKAH EMRE FED-UP DENGANKU? 

Lepas tu, boleh plak jalan kat situ berbukit wehhh dan basikal Mira tu rupanya tak ok. 

So, memang semput, lembap giler Mira bawak. Tak sampai 500 meter, Emre suruh patah balik dan pulangkan basikal so ajak jalan kaki jer. 

Masa tu Mira perasan dah Emre macam bengang la. Maybe Mira ni dah terannoyingkan dia. hahaha

So balik dari Buyukada tu, Mira perasan Emre senyap je dan malas nak cakap dengan Mira. Kemudian, Emre terus anta Mira balik guesthouse sebab dah malam.

HARI TERAKHIR DI TURKI 

Esoknya, sepatutnya Mira keluar lagi dengan Emre sebab ada tempat lain yang dia nak bawak(seperti yang dia cakap kat Mira malam kteorang ngecay tu).

Tapi disebabkan Mira dah spoil mood masa kat Buyukada tu, ala kes basikal tu lah.

Dia cakap dia kena pergi library. Padahal Mira tahu tu alasan dia je sebab dia tak nak jumpa Mira dah. Mira pun ok je lah.

TAPI, dia cakap malam nanti dia akan teman Mira pergi airport.

So, hari terakhir Mira kat Turki tu, siang tu Mira jumpa dengan sorang lagi lelaki Turkish lain iaitu Aydin(bukan nama sebenar). Pasal ni Mira cerita dekat Part 2 ok.

So, flight Mira jam 1am+ rasanya.


EMRE HANTAR KE AIRPORT 
Malam jam 9am tu dia datang gueshouse Mira and kiteorang pun pergila kedai makan ni beli kebab. Lepas tu kan, dia tanya, nak makan dulu ke atau makan kemudian

Sebab masa tu Mira tak de selera(maybe sebab nak tinggalkan Turki dah) so Mira pun cakap la makan kemudian. 

Padahal sepatutnya kebab tu perlu dimakan segera! Sebab dah sejuk jadi tak sedap. Adoi la Emre awat hang tanya kalau hang dah tahu mana jawapan terbaik.

Ternyata Emre memang hantar Mira sampai Mira checkin luggage tau. So sweet.

TRAGEDI KEBAB

Masa beratur nak checkin tu, kiteorang pun bukak lah plastik kebab tu sebab nak bahagi. Lepas tu boleh plak weh plastik yang wrap kebab tu koyak! Memang kelakar la bila ingat balik. Orang belakang pun senyum je tengok.

Habis je checkin, masih ada masa lagi, tapi masa tu Emre kena kejar last tren so Emre pun pulang lah. Dan Mira sangat-sangat berterima kasih dekat Emre sebab sudi tolong Mira sampai lah Mira tinggalkan Turki.

Dan Emre tu Mira jumpa dekat aplikasi Couchsurfing.

Tq Emre... Tq Coachsurfing.

Nantikan part 2 mengenai Aydin. 

The end. 

Yang bercerita, 



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^