KISAH HAMPIR DISCAM OLEH SCAMMER DI FREELANCER.COM

By Mierayusof - Wednesday, November 18, 2020

 Assalamualaikum semua. 

Aku pernah sign-up Freelancer.com ni masa tahun 2015, tapi masa tu tak berapa serius cari kerja disini. Lagi satu sebab tak confident dapat buat kerja dengan baik. 

Baru-baru ni, Freelancer ni datang Kembali berlegar di social media jadi aku ambil keputusan untuk mencuba semula cari kerja disini, tak cuba tak tahu kan?

Memang teruja tengok iklan kerja mudah, gaji plak dalam USD. 

Contohnya kerja taip semula tulisan dalam gambar ke dalam Microsoft Word, gaji yang ditawarkan 4-5 USD untuk 1 muka surat. 

Kalau ada 100 muka surat? Tak ke boleh dapat 400-500USD! Wow! Betul ke ni? Too good to be true?


Sistem dekat Freelancer ni, kerja yang ditawarkan tu dipanggil PROJECT. 

Jika kita berminat, kita kena bid project tu. Dari situ majikan akan pilihlah yang mana dia nak sebab 1 project tu memang ramai yang akan apply dan majikan nak 1-5 orang je daripada 100 orang yang apply. Normal la kan?

Aku pun mulakan project hunting. Dan aku fokus untuk task yang senang je macam data entry, translation. English aku pun bukannya hebat sangat, design pun tak pandai.

Setiap kerja yang kita nak mohon tu, kita kena bid, PERCUMA je tau. Tak perlu nak seal project ke ape. 

Masa tu aku baru minta 3 kerja.


Retype a document tu rupanya scam. Aku apply sebelum aku tahu tu scam. Lol


Esoknya aku dapat chat daripada 1 majikan.

 Dia suruh aku tengok video demo, kalau aku boleh buat macam tu.  

Inilah chat yang aku dapat. Mula-mula tu excited. Ingatkan memang macam ni kalau kita dapat project yang kita bid tu. Aku pun tengoklah demo video tu. Memang senang giler kerja copy typing.


Lepas tu aku bukak link gdrive tu, so keluarlah satu dokumen seperti dibawah: 

Kalau nak terima kerja tu, dah lah kena bayar security fee, lepas tu harga tu plak ikut project yang kita nak, kalau tamak nak yang gaji 650USD tu, kena bayar 100USD dulu. Peh. Lepas bayar tu confirm lesap.

Semua sekali ada 4 project daa. 


300USD wei untuk 7 hari kerja. Masyuk ke masyuk?

Kat bawah ni plak arahan kalau kita bersetuju nak kerja dengan dia.

 

KES 2

Yang ni plak aku apply kerja Rewrite 2500pages, konon dari buku. 

Takkan buku tu takde soft copy walaupun buku tu hardcopy kan? Macam tak masuk akal. Ceh tapi aku pergi apply jugak. Cerdik! 

Ade plak kena send test email. Konon profesional la tuu. Dia tahu newbie ni tak ambil tahu sangat pasal milestone payment. 

Aku  pun emel lah s Kiran ni. Boleh baca perbualan kami,

Mula-mula dia terangkan dulu mengenai project tu. 



Part ni aku dah macam.... aku yang nak kerja tapi aku yang kena bayar dulu? Kalau aku lari pun, dia bukannya rugi. 



Masa tu akaun dia kat Freelancer dah kena tutup, sah-sahlah scammer kan. Lepas tu takkan dia monitor 100 orang tu melalui emel? Amboi. bayangkan 100 orang tadi dah transfer 30 security fee.

 100x30=3,000USD 1 malam dia boleh dapat. Tu kalau dia scam 1 project.

Bayangkan dia dan 5 orang kawan-kawan dia setiap sorang create 10 project. 
30USDx100orangx6scammerx10project= 180,000USD 1 HARI. Wow. 

Untuk info korang, istilah security fee ni TAK WUJUD langsung kalau korang nak kerja kat Freelancer. Sebab tu wujudnya Milestone Payment, bila korang buat 25% kerja, korang akan dapat 25% payment. Kalau korang tak buat langsung, korang tak dapat ape2. Majikan pun tak rugi ape just kena hired orng lain je, tu pon bukannya susah nak hired sebab memang ramai pencari kerja dalam tu.

Kat bawah ni sambungan. 

Lepas dia emel tu, aku tak reply. Lepas tu rajin plak dia emel semula aku. 


Tak convincing langsung dia nak buktikan yang dia tu bukan scammer. Tunjukkan transaction kat paypal? Ke dia nak tunjukkan berapa banyak orang yang dia dah berjaya scam?


Bila aku minta review dari freelancer yang lepas. terus tak nak layan aku dah. hahaha. 

Akhir kata, kalau korang nak bid kerja, perkara pertama korang kena buat adalah check profil majikan tu, 


Kalau emel je yang verified. SCAMMER DETECTED! Bukti dia BUKAN SCAMMER bila dia atleast verify PAYMENT, dan DEPOSIT MADE. 2 benda ni dah cukup untuk buat majikan kita tu trusted. 

Lagi satu, kalau korang tengok majikan baru create akaun within seminggu, dan paling best, create akaun hari yang sama dia post project. 99% .Walaupun dia tak minta apa-apa bayaran. Please tak payah apply ok. Jangan bazir bid anda dengan job yang diragui. 


Aku baru sign up 16/11 haritu, belum dapat project lagi sebab kebanyakkannya scammer. Kalau ada yang bukan scammer pun, posibility untuk dapat tu rendah sebab ramai yang dah ada review bagus pun apply juga. 


Itu je lah. Kalau korang pernah kena dengan scammer di Freelancer ni bolehlah kongsikan. Moh lah kita ambil iktibar. 


Lepas korang baca ni, jangan lah plak korang cop Freelancer.com ni scam. Jangan pukul rata. Biasalah dimana ada situasi terdesak, disitulah akan ada yang ambil peluang. Ramai je yang dapat kerja kat sini dan ada yang full time. Jelesnya daku. 

Btw kalau korang takde akaun Freelancer.com ni, boleh daftar kat sini >> FREELANCER 

Once korang verify payment method. Korang akan dapat USD20. Duit ni korang bolehlah guna untuk bid kerja. Kan dah jimat. Kalau dapat kerja tu jangan lupa kabor ye. hehe. 

Try la, mana tahu ada rezeki korang dengan freelancer ni. Yang penting kena hati-hati dengan scammer ye. kalau ada cubaan majikan korang tu mintak duit sebelum beri kerja, sila abaikan dan report terus. 

Ni akaun aku. Hampir semua dah verified. Preferred Freelancer tu hanya boleh verify kalau dah pernah dapat job. Dan Facebook connected tu aku tak boleh nak connect sebab sebelum ni kan aku pernah sign up tapi tak ingt pswd ape smua so tu yang aku buat baru je. 



Nak diguide STEP BY STEP untuk cari kerja di Freelancer.com?

Joinlah program GLOW penjana ni. FREE jer. Program ni di sponsor sepenuhnya oleh MDEC. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^