PANDUAN BACKPACK BAJET TRAVEL KE ISTANBUL

By Mierayusof - Wednesday, November 25, 2020

Assalamualaikum semua.
Post ini khas ditulis buat panduan anda(dan diri Mira) ke Turki.

Disebabkan Istanbul ni adalah bandar yang paling Mira suka. Jadi, Mira sediakan maklumat selengkapnya. Kalau anda nak tambah mana-mana info pun dialu-alukan. 

Sila bookmark post ni sebab terlalu banyak info. 
Mira ada buat shortlink, jadi next time kalau korang nak cari post ni, korang taip je.

tips kalau tak ingat,  =travelguide + lokasi+ mierayusof [semua ni huruf kecik dan dekat ye]. Untuk lokasi lain pun Mira ada buat shortlink ni. 

 
Haydi gidelim! (let's go)

SEJARAH RINGKAS  

Istanbul adalah bandar ke-15 terbesar mengikut penduduk dengan populasi 15.19 million sekaligus menjadikan bandar terpadat di Turki. 

Istanbul satu-satunya bandar di dunia yang meliputi dua benua Istanbul Eropah dan Istanbul Asia yang dipisahkan dengan Selat Bosphorus, . Istanbul juga mempunyai sejarah ketamadunan yang panjang dari purba Yunani, Rom Byzantine sehinggalah Uthmaniyyah. 

Nama Istanbul bukanlah ditukar dari Constantinople tetapi ia digunakan secara rasmi pada tahun 1930 setelah Republik Turki tertubuh pada tahun 1923.

Old Istanbul merupakan kawasan tumpuan di Istanbul Eropah. Dikenali sebagai ‘historical peninsula’, disinilah terletaknya bangunan bersejarah seperti Aya Sofya, Masjid Biru, Istana Topkapi dan sebagainya. Kawasan ini dilindungi oleh bentuk muka bumi semulajadi seperti laut dan tembok dibahgian utara timur, selatan dan barat. .

Istanbul dikelilingi dua laut utama iaitu Laut Marmara (selatan) dan juga Laut Hitam (utara). Kedua laut ini dihubungkan oleh selat Bosphorus yang juga menjadi pemisah diantara benua eropah dan asia. 

Selain itu, di bahgian kota lama Istanbul terdapat satu teluk kecil semulajadi yang dikenali sebagai ‘Halic’ dalam bahasa Turki atau ‘Golden horn’  dalam bahasa inggeris. 

   Istanbul juga dikenali sebagai ‘city of seven hills’ kerana kota lama Istanbul dibina diatas 7 bukit. Setiap bukit itu mempunyai monument atau bangunan bersejarah yang tersendiri. 7 bukit tersebut terletak di di kawasan Sultan Ahmet, Cemberlitas. Masjid Beyazit, Fatih, Theotocos Pammakaristos monastery, Masjid Mihrimah, dan di Kocamustafapasha.

Rujukan: Sejarah Uthmaniyyah

Normal view di kawasan Sultan Ahmet



MATAWANG

Turkish Lira (TL)

1 Euro = 9.64TL [10 Nov 2020]

1 MYR= 1.98 TL [10 Nov 2020]

XE Currency 


BAWA DUIT LIRA ATAU EURO/USD?

Tukar sedikit sahaja duit lira di Malaysia, dalam 100-200TL. Selebihnya tukar ke Euro. Sampai di sana, baru tukar Euro kepada Lira.

ATAU

aktifkan international withdrawal di kad debit ATM anda. Keluarkan duit di ATM disana, RECOMMENDED BANK- Ziraat bankasi. - Mira selalu guna bank ni. Kalau nak guna bank lain pun ok je, kalau rajin cek la dulu berapa dia cas. 

Mira recommend korang ada 1 kad prepaid ni kalau korang travel iaitu BIGPAY

Baca>> CARA DAFTAR KAD BIGPAY

Nak apply sangat mudah. Hanya perlu install apps Bigpay, sign up, bayar rm20 dan masukkan details untuk kad tersebut dipos. Oh ya, masa sign up tu jgn lupa masukkan kod ' MNRKYPUGF2' untuk dapat extra RM10. So nanti masa korang aktifkan tu, dalam acc akan ada RM20+RM10. 

Lebih baik tukar siap-siap di Istanbul. Tapi make sure ada spare duit Euro jugak. 

CARA KE SINI

Baca>> VISA KE TURKI, PERLU ATAU TIDAK? 

Dari Kuala Lumpur, Malaysia:

Pilihan utama untuk banding harga sudah tentulah di Skyscanner atau Kiwi.com

Recommended flight: Qatar Airways, Turkish Airlines(direct flight), Emirates, Etihad, Saudi Airlines, dan Oman Air. 

Dari Istanbul airport ke pusat bandar, boleh gunakan shuttle bas airport iaitu HAVAIST. Oh ya, jangan lupa BELI ISTANBUL KART tau bila sampai tu. 

Tiket bas boleh survey di Neredennereye atau Obilet.

Baca >> Shuttle Bas Dari Istanbul Airport ke Pusat Bandar Istanbul  

HVAIST Airport Shuttle Bus | Istanbul Tourist pass

Istanbul Kart
Sumber: Turkey Travel Journal 

BACA>> CARA KE BULGARIA DARI ISTANBUL MENGGUNAKAN TREN 


FREE WALKING TOUR

Istanbul adalah bandar yang kaya dengan sejarah. Jadi, Mira recommend sangat-sangat untuk korang join FREE walkin tour ni. Maksud free tu adalah tiada bayaran tetap, tak kisah nak bayar berapa-berapa pun. 1TL pun diterima, tapi takkanlah korang sanggup bayar tourguide tu 1TL kan? Paling kurang pun 10TL. 

FreeIstanbulTours, FreeTour, GuruWalk, FreeTourbyFoot, Viaurbis, Bigboytravel, IstanbulFreeWalking Tour, TourScanner, IstanbulFreeTours, FreeIstanbulWalkingTours

TouristIstanbul by Turkish Airlines(layover)

p/s: Mira waktu kat Turki haritu Mira tak teringat langsung pasal free walking tour ni sampai lah Mira nak pergi travel ke Balkan dan Eropah. Hmm, takpelah next time mesti kena ambil walking tour ni. Korang jangan jadi macam Mira, kan da melepas. 

TEMPAT MENARIK

Baca >> 6 TEMPAT BERSEJARAH DI KAWASAN SULTAN AHMET 

Baca>> 30 TEMPAT MENARIK DI ISTANBUL 

MUSIM BUNGA:

TULIP [ISTANBUL]- Pertengahan hingga hujung April

MAWAR [ISPARTA] -Pertengahan hingga hujung May

LAVENDER [ISPARTA]- Pertengahan hingga hujung Julai 


TEMPAT BERSEJARAH 

Harga tiket 2020

1️) Hagia Sophia -FREE

Mira ingat lagi masa ni hari terakhir Mira di Turki dan masa tu Mira sorang-sorang je, kawan Mira dah balik Malaysia. Duduk kat depan Hagia Sofia ni sambil menangis sebab nak tinggalkan bumi Turki dah.
 Tapi air mata tu takde sapa perasan sebab masa tu hujan lebat. Oh ya, Mira pakai baju hujan. 

BACA>> GLI, KUCING HAGIA SOFIA MENINGGAL DUNIA [2004-2020]

2) Topkapi Palace -100TL , add 42TL kalau nak masuk Harem

Advance booking di Trip Advisor, 

Topkapi Palace

3) Basilica Cistern- 30 TL

Basilica Cistern


4️) Dolmabahce Palace -90 TL, add 60TL kalau nak masuk ke Harem.

Advance booking di Trip Advisor


Masa ni Mira dapat beli tiket guna kad student Turki Mira. So dapatlah 10TL je termasuk ke Harem. Next time pergi tak dapat dah harga ni. 

Cantik betul gate ni. Awan pun cantik. No edit. 


Mira pakai hp Xiaomi Note 3 je masa ni tapi gambar still cantik sangat walaupun tak edit langsung. 

5) Galata Tower

Galata Tower. Masa ni nak dekat pilihan raya Turki

6) Sultan Ahmet Camii (Blue Mosque)

7) Gulhane Park - masa bunga tulip tengah bloom, korang kena datang sini tau. 

8) Hippodrome


9) Bosphorus Cruise

Walkin tiket, kiosk di Eminönü (Turyol) dengan harga hanya 25 Lira seorang tidak termasuk harga makan dan minum di atas cruise.

Goverment ferry-tiket kat pondok tepi jeti tu, nama boat tu Sehir Hatlari 

Private boat -dijual oleh agent2 yg akan approach korang tepi jalan 

🔺 Short Cruise- traveling time 2jam. bot gerak pukul 2.30pm dari Eminonu Dock ke Ortakoy sblm berpatah balik dan balik ke Eminonu pukul 4.30pm. Harga tiket TL12 utk return trip

🔺 Full Bosphorus Cruise- traveling time 6jam. ada 2 cruise dijadualkan setiap hari

1) depart 10.35am, arrive 4.40pm

2) depart 1.35pm, arrive 6.40pm(weekdays) dan 7.40pm(weekends). bot full Cruise akan berlayar sampai black sea, sampai di sana semua penumpang akan turun kapal utk lunch dan jalan2 utk 1.5-2.5jam sblm pulang ke Eminonu. Harga return trip cuma TL25

Rujukan: Sis Salmah Clearsky 


10) Grand Bazaar- Ada ~4,000 kedai, 22 pintu keluar masuk, 60 lorong.

Cara kesini: Naik tram, turun di Beyazit atau Çemberlitas

Tips: Kalau tak pandai tawar menawar, tak usahlah shopping disini ya. Cukuplah kesana untuk window shopping, ambil gambar dan survey harga. 

Tutup: Hari sabtu 

Grand Bazaar

11) Spice Bazaar

Tak sebesar Grand Bazaar tapi busy jugak. barang2 yg dijual di Spice Bazaar lebih kpd rempah, teh, Turkish delight, perfume. 

Cara ke sini: Naik tram ke Eminonu, turun tram, jalan ke arah membelakangi Bosphorus nanti korang terus jumpa bazaar ni. Kalau dari Grand Bazaar, jalan kaki tak jauh pun. 

12) Arasta Bazaar- Belakang. banyak jual handicraft dan barang handmade.

13) Taksim Meydani (taksim Square)

Keluar je dari stesen Taksim, korang akan nampak tugu ni. 

14) Istiklal Street


Dari tugu kat Taksim tadi, korang jalan je nanti nampak plak bangunan cam ni. Masa tu anda telah berada di Istiklal Street. Singgahlah McD kat situ beli hot coklet a.k.a sicak cikolata. 4TL je.



15) Pierre Loti Hill
Teleferik - cable car ni korang boleh naik untuk ke Pier Loti hill. View kubur. hehe. 


16) Eyup Mezarligi (kuburmaqam)

Kalau korang pergi Eyup camii, belakang tu lah kubur yang menempatkan sahabat nabi, para 'aulia, panglima Uthmaniah dan juga Allahyarham Ahmad Ammar.

Kawasan kubur ni sangat-sangat luas tau. 

17) Eyup Sultan Camii

Masyid Eyup. Tempat ambil wudhu kena bayar sbb kat dalam tandas jadi sila bawa spray(untuk wanita)


19) SULAIMANIYE CAMII

Masjid Sulaymaniiye. View waktu siang cantik tau sebab masjid ni ada kat atas bukit. 

19) MAIDEN'S TOWER [KIZ KULESI]


Masa ni maghrib. Otw balik dari Buyukada


 20) Kubbe Istanbul

Kalau nak gambar cantik kat sini, tapi katanya sekarang kena bayar kalau nak ambil gambar kat sini. 

Kredit Nur Hidayah Jamaludin 

 21) SAPPHIRE (safir) ISTANBUL- puncak ketiga tertinggi di İstanbul  -38 TL

Cara kesini: Naik Metro Line Hijau (M2) menghala ke Hacıosman dan turun di stesen 4.Levent.

Metro tu akan berhenti bawah tanah betul-betul depan bangunan İstanbul Sapphire ni.


View dari Sapphire Istanbul. Kredit: Bro Mehmet

22) NAIK FERRY KE BUYUKADA 





Dilburnu Tabiat parki, Buyukada


TEMPAT TINGGAL  

Kalau nak jalan-jalan kat old city Istanbul, sila tinggal di Istanbul Eropah,  Tak kisah kat mana-mana hotel tu asalkan berdekatan dengan Tram. Sebab tram ni yang hubungkan antara kawasan public attraction.

Ada 2 lokasi yang pelancong selalu tinggal iaitu Fatih dan Beyoglu. 

Di Fatih ada tram dan feri tapi di Beyoglu public transport nya lebih extensive. 

Di Beyoglu ada tram, metro, Havabus (airport shuttle bus), furnicular dan feri. 

Mira pernah tinggal di Yusufpasa dan Sultan Ahmet. Dua-dua tempat ni dekat dengan tram. 

Biasa cek dekat BOOKING.COM. HOSTELWORLD. tapi kalau anda backpacker, Mira suggest cuba guna Couchsurfing. 


TRAVEL TIPS

Baca >>  39 travel tips ke Turki - Mira tulis dan pernah feature di Vocket dan Libur. 

Baca>> Aplikasi berguna semasa di Turki 

1. Simkad di Turki agak mahal.So, cadangan Mira better beli pocket wifi atau Simcard data di KLOOK . 

Package >> RM73.50 untuk 6gb, validity 30 hari atau RM82.50/simkad utk 10gb, both validilty 30 hari. 

atau ROAMINGMAN (RM18/DAY)

3. Kalau nak naik teksi, gunakan apps BiTaksi pastikan sediakan duit kecil. 

4. Tandas turki tiada yang percuma melainkan di Konya. Paling murah 1TL, paling mahal 3TL. 1.5-2TL tu standard. 

4. Beli Istanbul kart , kalau rajin kumpul la kad-kad transport maca mira buat ni. 

BACA>> 1negeri 1kad

SOUVENIR 

1. tudung/shawl- sangat-sangat murah! Paling murah 5 helai 20TL. dan kualiti memang sangat-sangat bagus. 

2. Coin pouch - mira pun suka kumpul ni- paling murah 1TL

3. Turkish delight

Kalau macam ni, dorang akan potong ikut gram yang kita nak. better beli yang macam ni daripada beli yang dalam kotak.

4. Lampu

5. Keychain- Paling murah 1TL

Mungkin boleh nego kalau beli banyak. Tapi 1 TL tu pon dah murah dah sebab kat Grandbazaar 2-4TL  belum nego. Kat sini takyah nego dah. tak ingat ni area mana. Anyone? 

6. Sila cadangkan..


Nak beli kat mana ? Ada kedai souvenir murah ke? Mestilah ada. 

1. Oriental Sal gift shop, dekat dgn Gulhane tram station. 

2. Kedai SONMEZ A. S. ni terletak di dalam SULTANAHMET SQUARE.. kawasan di mana terletaknya The Blue Mosque, Hagia Sophia & Basilica Cistern. Tak susah pun untuk cari kedai ni. 

Comel je kucing ni 

AWAS! SCAMMER!

1. Tawaran tengok tarian Sufi PERCUMA rupanyaaa... 

2. Tolong hantar ke Hotel 

3. Drink scam- ajak minum

4. Offer bagi dedak burung

5. Bersihkan kasut

6. Anda pernah discam? Sila kongsikan. 

BACA>> TIPS ELAK PICKPOCKET



RESTORAN/MAKANAN HALAL

Di Turki, restorannya semua halal seperti di Malaysia. Bezanya ada sesetengah kedai yang jual arak.

Tapi, untuk elakkan rasa syubhah. Boleh pergi ke restoran yang takde jual arak.

So, kalau korang first time, Mira nak korang beli dan rasa AYRAN ni. Ianya yogurt+air+garam!

Rasa?  Kenalah beli dan rasa sendiri.

Tips untuk terima rasa Ayran, kena setkan dalam otak yang AYRAN NI SEDAP!

Tips ni berkesan untuk Mira. Mira memang suka ayran ni, tak tahu lah pasaipa.. Sedap! Kalau orang turki kan, dorang akan tambah lagi garam dalam ayran. Lagi sedap katanya. 

p/s: Sila komen kat sini bila korang dah rasa ayran tu.. nak tahu jugak apa pendapat korang. hehe

Ada banyak jenama Ayran. Biasanya setiap wilayah ada jenama sendiri sebab dorang keluarkan Ayran sendiri. Mira suka ayran di Isparta yang bekas warna hijau tu.


Nak lagi legend, boleh order yang dalam teko ni. See, macam air susu je kan. 




RESTORAN NUSANTARA

Untuk yang craving makanan Malaysia atau Indonesia, boleh ke:

1. Restoran Nur Muhammad

Alamat: Alemdar Mah. Prof İsmail Gürkan Cad. No: 6 , 34100 Fatih Istanbul

Whatsapp // +90 538 897 61 40, Land line // +90 2125319578


Dari Basilica Cistern tu korang nampak ada satu lorong, korang jalan je sampai nampak bangunan ni. Nak senang guna Google Maps. 

2. Warung Nusantara 

Alamat: Merkezefendi, Gümüşsuyu Davutpaşa Cd. 42/A, 34015 Zeytinburnu/İstanbul.

Cara ke sini: Naik tram ke Merkez Efendi . Betul-betul depan tram tu je.


3. KOALI LOUNGE &DINE

Alamat:  Hacımimi, Galata Beyazıt Sk., 34425 Beyoğlu/İstanbul, Turkey

Instagram @koalidineWebsite Koalidine


4. WARUNG IBU DEDEN

Alamat: Küçük Ayasofya Mahallesi, Nakilbent Sk. No:29, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey



Jika anda kenal Czn Burak atau Salt Bae, dan ingin makan di restoran mereka, ni Mira bagi sekali. p/s: Mira tak pernah pergi sebab masa tu tak tahu pon rupanya dorang ada restoran kat Istanbul ni. 


CZN BURAK

Pernah tengok lelaki ni di IG, Facebook, Twitter atau dimana-mana? Ya, dialah CZN Burak.

Kredit: Starsgrab

1. CZN Burak Hotel Istanbul 

Alamat: Katip Mustafa Çelebi, 34433 Beyoğlu/İstanbul, Turkey

2. Hatay Medeniyetler Sofrasi Aksaray

Horhor Caddesi, No:49 Aksaray / İstanbul, Istanbul 34096 Turkey



SALT BAE [Nusret Gökçe]

Gambar viral Salt Bae

Kat bawah ni list restoran dia, ada banyak tau kat Doha, UAE, US pun ada. 

1. Nusr-Et Steakhouse Etiler

Etiler, Nispetiye Cd No:87, 34337 Beşiktaş/İstanbul

 2. NUSR-ET BURGER KANYON

Kanyon AVM, Esentepe Mahallesi, Sisli / Istanbul

 3. NUSR-ET STEAKHOUSE İSTANBUL İSTİNYEPARK

Pinar Mah., Katar Cad. No: 11/515, Taman Istinye AVM Sariyer / Istanbul

 4. NUSR-ET STEAKHOUSE SANDAL BEDESTENİ

Beyazıt Mah. Çarşıkapı Nur-u Osmaniye Cad. Sandal Bedesteni Çarşısı Fatih / İstanbul

5. NUSR-ET MAÇKA PALAS

Harbiye Mahallesi, Maçka Caddesi, No:33/B, Şişli/İstanbul

 6. NUSR-ET BURGER BEBEK

Bebek Mah. Cevdet Paşa Cad. No:69/A -69/B Beşiktaş / İstanbul


Rasanya tu jer perkongsian Mira. 

Kalau kalian rasa Mira terkurang sesuatu, silakan komen. Nanti Mira tambah. 

Tq kerana sudi membaca. Share dekat kawan-kawan yang nak pergi Turki. 



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^