REVIEW HARRY POTTER STUDIO DI LONDON PART 1

By Mierayusof - Sunday, November 08, 2020

Assalamualaikum.

Assalamualaikum semua.

Mira asyik cerita pasal Turki jer kan. Hari ni Mira nak kongsikan mengenai satu studio yang sangat terkenal jika anda peminat cerita HARRY POTTER!

Siapa je tak minat Harry potter kan? Mira masa form 3 dulu khatam novel dia dalam 2 hari je tak sangka hebat juga ye Mira membaca!

Mira singkatkan Harry Potter ni kepada HP.

Tahukah anda di London, ada Warner Bros Studio - The Making of Harry Potter.


Mira di hadapan Harry Potter Studio di London


Sebelum Mira mula bercerita, Mira nak ingatkan post ni adalah khas mengenai pengalaman Mira. Kalau korang nak baca terus info, cara-cara nak ke HP studio ni. Korang boleh baca PART 2 terus ok. 

Tapi, kalau nak baca part ni pun dialu-alukan kat bawah ni adalah cerpen pendek yang menarik. Perasan pula. 


BERANGAN ITU PERCUMA 

Jujurnya Mira tak pernah tahu pun mengenai HP studio ni sampai lah tahun 2016, Mira join volunteer program di Terengganu. Pserta kebanyakannya adalah pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Ada yang belajar kat UK, Czech, Russia, Ireland dan merata lagi.

Jadi, ada seorang akak ni, dia belajar kat UK. Akak tu tunjuk gambar dia masa kat HP studio.

Masa tengok  tu hati Mira memang rasa excited sangat nak pergi jugak. Tapi masa tu mampu berangan je lah sebab Mira takde angan-angan pun nak ke London semata-mata nak pergi HP studio tu kan.


IMPIAN JADI KENYATAAN

Kemudian, pada 2018 yang lalu adalah tahun Mira pergi program pertukaran pelajar.

 Dan alang-alang dah sampai kat negara orang tu, kita ziarahlah negara negara terdekat kan. Dan London termasuk dalam senarai. Yeay!

Masa tu tak fikir benda lain selain HARRY POTTER! Akhirnya impian Mira untuk ke HP studio ini bakal menjadi kenyataan. Alhamdulillah.


RELA DALAM PAKSA

 Tarikh yang Mira nak pergi tu pada musim panas tau iaitu bulan 7. Dan Mira rela dalam paksa beli tiket yang berharga 65£ pound! Ya, 65£ harga tiket sahaja ye! Tiket mira tu nama dia Behind theseams.

p/s: masuk berita The Suns uolss. 

Harga sebenar untuk tiket biasa adalah 47£ .

Kenapa mahal?

Sebenarnya tarikh yang Mira nak booked tu, tiket biasa dah sold out! Yang ada hanyalah tiket Behind The Seams. Masa tu Mira tak terfikir plak untuk tengok kat website lain. Fokus kat website Warner Bros tu je. ‘Cerdik’ juga Mira ni rupanya.  


SEHATI SEJIWA

Mira tanya partner travel Mira sama ada dia ok tak kena bayar lebih. Alhamdulillah dia pun sehati sejiwa dengan Mira. Dia ok jer. Maka, Mira pun beli lah tiket yang mahal tersebut. Nak pergi punya pasal! Haa mahal bukan sebarang mahal. Mahal bersebab. Nanti Mira cerita ye. Sabar.




 COUCHSURFING PENYELAMAT

Di London, Mira tinggal di rumah host dari applikasi Couchsurfing selama 3hari 2malam di Camden Town. Alhamdulillah dapat jimat kos. Tq host! Tq Coachsurfing!

 Sampai hari yang ditunggu-tunggu, Mira bangun pagi dengan penuh semangat dan bertenaga walaupun masa tu nak masuk hari ke-20 travel.

Kami keluar rumah seawal jam 7.30am tak silap. Tour yang Mira tempah tu jam 9am.

Note: Tiket anda sah pada tarikh dan waktu yang anda booked sahaja ya.  

Kenapa awal sangat? Sebab HP studio tersebut BUKAN BERADA DI TENGAH  LONDON. Tetapi 20miles north-west London, kalau naik tube dari Euston tu 20 minit dan kena naik shuttle bas khas 15 minit. Jadi, rancanglah perjalanan anda dengan baik.


 

PENGEMBARAAN BERMULA  

Camden Town tempat Mira menginap dengan Euston tu tak jauh pun sebenarnya, 2 stesen jer.

Sumber: Warner Bro Studio- The Making of Harry Potter

Tapi, daripada 20 minit jadi sejam 20 minit disebabkan tersalah tengok map.

LOKASI SEPATUTNYA TURUN: WATFORD  JUNCTION.

Tetapi macamana entah haritu, kat map jumpa Watford dulu so Mira pun terus menuju ke situ. Bila dah sampai ke Watford tu. Aik, macam salah je lokasi ni.


NASI SUDAH JADI BUBUR 

Bila tengok balik rupanya memang salah pun! Mira pergi ke Watford, sepatutnya ke Watford Junction. Yela mana lah Mira tahu rupanya ada stesen Watford dan Watford Junction tu lain-lain stesen.

Disebabkan itu, kami lewat 15 minit, 9.15am baru sampai.

Padahal kalau tak salah stesen, memang boleh sampai sebelum jam 9am tau. Silap-silap jam 8.30am dah sampai dah.

Tube di London bukan macam MRT kita tau. Peh tube dorang lagi kronik dan bertingkek-tingkek!

 Ni Mira tunjuk ye, Mira dari Camden Town nak ke Watford Junction. Agak-agak berapa kali Mira kena tukar tren? Untuk yang tak biasa naik tren, memang boleh pening!

 

Sumber: MAP TUBE LONDON

LALUAN LURUS [BETUL]

Camden Town- Euston (2 stesen, 5 min termasuk jalan)tukar tren – Watford Junction (15 stesen, 20 min)

TOTAL 17 STESEN SEHALA , sepatutnya 20 minit dah boleh sampai Watford Junction.


LALUAN BENGKOK [SALAH]

Laluan yang Mira AMBIL:

Dari Camden Town -Euston (2stesen 5 min)tukar tren ke - Euston Square (2 stesen, 5 min)tukar tren ke -Watford(13 stesen, 25 min)

Patah balik ke Northwick Park (8stesen, 15 min), Tukar stesen ke Kenton(1stesen, 5 min), Lastly, tukar tren menuju ke Watford Junction (6stesen, 15 min).  

TOTAL 30 STESEN SEHALA!!! 1 jam 10 min+


Tukar tukar tren serious sangat memenatkan! Siapa yang pernah ke London tu tahu lah kot.

Nasib baiklah masa tu pagi jadi tenaga masih banyak.

 

TENAGA AUTO RE-CHARGE BILA TENGOK SHUTTLE BAS HP

Sampai je kat Watford Junction tu, kami terus ke shuttle bas khas yang akan bawa ke HP studio.

Naik shuttle bas pun dah excited sebab lawa sangat! 

Sampai je kat HP tu, terus lupa dah psal tersilap tren tadi. Tenaga rasa macam ter-recharge semula.



AKULAH VERY IMPORTANT PERSON (VIP)

 Disebabkan tiket Mira special iaitu Behind the seams jadi kami dibawa ke bilik khas.

Di bilik tu ada special penerangan tentang pembuatan pakaian pelakon HP ni.

Mira kongsikan video di YOUTUBE ni untuk gambaran korang. Sekarang ni tak de dah special session macam ni.


Datang lewat(bukan sengaja ok) so kena la duduk belakang sekali


Antara pakaian yang diterangkan semasa sesi Behind The Seams. 




MENYARUNG JUBAH HOGWARTS

Apa yang bestnya, kami diberi pakai ORIGINAL HOGWART ROBE!

Iya, yang korang tengok Harry potter pakai tu, kami diberi untuk pakai dan bergambar!

Hanya pemegang tiket BEHIND THE SEAMS sahaja ye.

 Habis jer sesi tu, kami terus dibawa ke pintu gerbang sebelum ke dalam studio. Kira lalu jalan short cut lah berbanding orang lain.


Ada sebab Mira pakai jubah hijau ni. Mira pun tak ingat dah kenapa. Sorry tutup muka sebab terlalu 'cantik' . 


 

MENEROKAI HARRY POTTER STUDIO- CLIMAX CERITA NI

Kalau korang beli tiket biasa, lepas dapat tiket kat kaunter luar. Korang masuk dalam korang akan jumpa ni. Masa ni jer pun kau dah excited tau. 


Masuk je dalam studio tu, memang speechless sangat sebab teruja!

Mira habiskan masa lebih 3jam tau dalam studio tu sebab menghayati semua yang ada dalam tu!

Serious sangat-sangat best!!!! Kalau korang berkesempatan, sila lah lawat HP studio ni.

Kat bawah ni Mira kongsikan beberapa keping gambar disana. Nak kongsikan semua nanti tak syoklah sebab korang dah tengok semua kan. 

Oh ya, dalam ni ada beberapa seksyen tau. Mira tak ingat dah seksyen dia tapi nanti korang akan dapat brochure. 


Nanti ada pintu gerbang besar, bukak je pintu tu korang akan nampak meja makan sebijik macam dalam cerita HP. 


Jam ni ada kat mana? Cuba teka. 


Apa nama pintu ni? 


Kedai wand. Cuba bayangkan anda masuk kedai macam ni. 

 

Mira suka sangat kat sini. Rasa macam nak masuk je dalam kedai tu. 



Kebanyakan muka pelik pelik termasuk Hagrid yang badan raksasa tu, dorang ada kostum sendiri tau. Ini antaranya.


Model Hogwarts. Lawa kemain. 



OUTDOOR STUDIO

Kat luar pun ada jugak tau props HP ni contohnya rumah, chess, motor yang Hagrid bawa, jambatan dan macam-macam lagi. 

Ni rumah dalam episod ape Mira pun tak ingat. 


Jambatan paling terkenal dalam HP. Banyak peristiwa penting berlaku kat jambatan ni.



BELI TIKET HARRY POTTER STUDIO

Ok, tadi Mira cakap Mira beli tiket kat website Warner Bros ni terus kan.

Sekarang mereka dah ada sediakan servis bus jugak tau tapi di kawasan terpilih sahaja iaitu Birmingham, King Cross dan Victoria je. Dan cas pergi balik 40£. 

 BELI DIRECT WEBSITE WARNER BROS INCLUDE TRANSPORT: 89£

BELI DI KLOOK INCLUDE RETURN TRANSPORT :  : 79£ -89£

Mira harap korang buat keputusan yang terbaik untuk trip korang ni ye. 

 Anyway, Mira  rasa lebih baik korang beli yang pakej sekali dengan transport. Lebih memudahkan. Kalau korang rasa pergi sendiri lagi jimat, tak semestinya tau. Apa2 pun boleh buat kira-kira dulu. Harga tiket tube boleh tengok kat SINI. 

Selain beli kat direct website, korang jugak boleh beli kat KLOOK.

Kat bawah ni adalah pilihan kalau korang nak beli tiket beserta return transport kat Klook. Harga sama je macam korang beli direct website. Tapi Mira memang prefer beli kat sini lah sebab ada banyak pilihan, ada yang ada additional tour ke Oxford University. Rugi Mira tak beli yang tu. 

 1) London “The Making of Harry Potter” Warner Bros. Studio Tour

Meet up : Victoria Coach Station

Special: Luxury air-conditioned coach


2) Warner Bros. Studio Tour London: The Making of Harry Potter with Round Trip Transport 

Meet up: Victoria, King cross, Birmingham, Birmingham New Street, Baker street, Paddington


3) Warner Bros. Studio Tour London: The Making of Harry Potter Ticket 

Please look for the ‘Evan Evans Tours’ coach

The Tour will finish at London Victoria Train Station

Yang ni mungkin under tour kot. 


4) Warner Bros. Studio - The Making of Harry Potter Tour and Oxford Coach Day Trip from London – 

Depart dari Central London ke Oxford, 1jam walking tour, kemudian baru ke HP studio

Recommended kalau korang berminat nak join Oxford university tour. 


Panjang betul post mira ni. Ini baru part 1 tau, Mira cerita pasal pengalaman Mira. Part 2 nanti Mira akan cerita info lengkap mengenai HP tour ni.

Yang Menulis,



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^