Review Kdrama Hospital Playlist 2020

By Mierayusof - Wednesday, November 11, 2020

Assalamualaikum.


Kembali kita dalam episod dah tengok Kdrama ke belum?

Harini ni aku nak review drama yang bertajuk Hospital Playlist oleh TVN.

Drama ni ditayangkan pada 12 Mac 2020 sehingga 28 May 2020 yang lalu sebanyak 12 episod.

Aku baru je selesai tengok drama ni minggu lepas.

Kenapa drama ni aku tangguh untuk tonton? 

Pertama, kerana masa tu aku tak minat nak tengok drama bergenre medikal.
Kedua, aku macam tak faham dengan tajuk dia, Hospital+ Playlist? Hospital tu kan sah-sah lah pasal medikal, doktor ape smua. Lepas tu kenapa kena ada perkataan playlist? Aku tak boleh nak relate.

Sehinggalah aku mula menontonnya... kalau korang nak tahu kenapa kenalah tonton. 

Sinopsis

Drama ini mengisahkan kisah doktor dan jururawat yang bekerja di Yulje Medical Center. Ia menfokuskan tentang lima doktor yang telah bersahabat sejak mereka masuk ke sekolah medik pada tahun 1999. 
Inilah 5 sahabat tu 

 

Ini pakaian bila dorang dah habis bekerja. Ceh perlu ke jelaskan. 

Hari pertama dorang berjumpa, didalam stor yang sempit. Hanya kerana ingin 'lari' daripada program. Buat perangai betul.





Siapa yang layan Kdrama memang familiar lah terutama dengan Jo Jung-suk. Biasanya dia bawa watak serius. Tapi dalam cerita ni watak dia paling gila-gila


Inilah watak utama


Dari kiri...

Jo Jung-suk sebagai Lee Ik-joon, penolong profesor pembedahan am.

Yoo Yeon-seok sebagai Ahn Jung-won, penolong profesor pembedahan pediatrik.

Jung Kyung-ho sebagai Kim Joon-wan, seorang profesor pembedahan kardiotorasik.

Kim Dae-myung sebagai Yang Seok-hyung, penolong profesor obstetrik dan ginekologi.

Jeon Mi-do sebagai Chae Song-hwa, profesor bedah saraf.



Kenapa anda perlu tengok drama ni? 

1) Inilah antara drama korea yang paling santai, takde konflik berat. 

2) Memang santai giler jalan cerita, takde sakit hati ke, plot twist ke. Setakat gaduh-gaduh manje, salah faham kecil tu biasalah kan. 

3) Yelah watak dalam cerita tu pon semuanya bawa watak umur 40an. Kalau dorang suka kat someone, memang terus terang je cakap suka. Accept it or reject it! Tak de nak bagi hint I like you, do you like me back. 

4) Kalau korang dah layan Reply 1988, ada cameo mak Sung Woo dengan bapak Choi Taek. Sudah tentu ada bunyi kambing mengembek.

Jap, SungWoo bukan ambil jurusan medik ke? Kenapa mak dia tak pergi hospital yang dia kerja? 

Ada part bapak Choi Taek nak bagi hadiah kat Dr. Ilk Jun, dan hadiah tersebut adalah hadiah yang Choi Taek dapat masa menang Baduk. 

1 episod agak lama, lebih 1 jam, ia adalah STANDARD untuk drama TVN. Drama Reply1988 tu lagi lama.

Aku bagi 8/10. 


Korang rasa cerita ni macam mana? Setuju tak dengan apa yang aku rasa? Kalau tak setuju, kenapa? Silakan komen. 






  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^