REVIEW WARNER BROS STUDIO- THE MAKING OF HARRY POTTER LONDON PART 2

By Mierayusof - Monday, November 09, 2020

Assalamualaikum.

Inilah yang ditunggi-tunggu buat peminat Harry Potter sekalian. Mira harap kalian jumpa post ini sebelum anda beli tiket anda.

Kalau korang sudi, jemputlah baca pengalaman Mira semasa di studio ni. Kat situ Mira ada beri panduan untuk beli tiket yang sesuai. 

Dalam post ni pula, Mira akan kongsikan mengenai info penting  Harry Potter studio di London yang anda perlu tahu. Jom mulakan!




Gambar pembakar semangat untuk kalian ke sini. Mira sudah, anda pun mesti kesini!

 

HARRY POTTER STUDIO (HPS)

HPS ini dibuka pada 31 Mac 2012. Setelah filem HP yang terakhir iaitu Deathly Hollow-Part 2 berakhir pada 2010.

Ada 6 perkara best yang ingin ditunjukkan di studio ini iaitu:

1) SETS - Great Hall, Forbidden Forest, Platform 9 ¾, Diagon Alley

2) PROPS - Potions Classroom, Memory Cabinet, Professor Umbridge’s Office, Puking Pastilles

3) COSTUMES - Quidditch, 19years later, Yule Ball, Beauxbaton

4) SPECIAL AND VISUAL EFFECT - Chamber of Secret Door, Invisibility Cloak, Whomping Willow, Green Screen

5) CREATURE EFFECTS - Basilisk, Buckbeak, Goblin Head, Aragog

6) ART DEPARTMENT - Hogwart Castle Model, Graphic Design, White card model, Technical Drawing

 

PETA HARRY POTTER STUDIO 

Ini adalah peta didalam studio. Kalau kurang jelas, boleh DOWNLOAD PETA  ni.  

 

BEHIND THE SEAMS

Harry Potter - Behind the Seams ini akan membongkar rahsia dari Jabatan Kostum yang mencipta lebih dari 25,000 pakaian unik untuk kesemua filem ini. Anda yang join ini akan berpeluang untuk mengetahui kisah disebalik kostum itu dibuat yang menghidupkan wakak tersebut.

Eskslusif untuk pembeli tiket Behind The Seams, anda adalah yang pertama melihat kostum ekslusif dari jarak dekat. Ketahui bagaimana pakaian baru dibuat agar kelihatan berabad-abad lamanya atau terkoyak dalam pertempuran dengan bantuan cat, lumpur dan berus dawai, bagaimana setiap hari pakaian diberi sentuhan ajaib dan rahsia yang tersembunyi di jubah Hogwarts.

Buat masa sekarang tiket Behind the seams unavailable. Tapi Alhamdulillah Mira sempat merasa. Boleh baca pengalaman Mira mengenainya. 

 

HARGA TIKET

1) Dewasa [16 tahun keatas] – 47£

2) Kanak-kanak [5-15 tahun, mesti ditemani dewasa] -38£

3) Keluarga/Family [2 dewasa + 2 kanak-kanak ATAU 1 dewasa + 3 kanak-kanak] – 150£

4) O-4 tahun – PERCUMA, tapi still perlu book ye.

5) Adult Complete Studio Tour Package [ Studio Tour Ticket, Digital Guide & Paperback Souvenir Guidebook, saving £4.95] – 56.95£- RECOMMENDED

6) Child Complete Studio Tour Package [Studio Tour Ticket, Digital Guide & Paperback Souvenir Guidebook, saving £4.95] – 47.95£

 Kenapa Mira recommend untuk beli no 5 ? 

Sebab Mira nak kalian dapat memanfaatkan semua yang ada dalam studio ni. Sebab mungkin rahsia dan cerita disebalik pembikinan ni ada diceritakan di Digital guide. 

Sebab kalau korang beli tiket je, korang hanya akan impress tengok props tapi kalau disertai dengan guide, korang akan lebih menghayati dan sudah tentu lebih lama didalam studio ni. 

 

TUKAR TARIKH TIKET

Ya, anda boleh menukar tarikh tiket anda dengan cas £ 10. Harap maklum bahawa semua perubahan tarikh bergantung pada availability dan penukaran mesti dibuat sebelum tarikh lawatan anda.

 

PRE-BOOK ATAU WALKIN

Tiket tidak ada dijual walk-in. Semuanya perlu PRE-BOOK

Jika anda musim panas, sila tempah 3-4 bulan lebih awal. Kadang-kadang 2 bulan sebelum tu pun dah sold out tau tiketnya.

 

KENA PRINT TICKET ATAU MOBILE TICKET

Mobile tiket sahaja. Tak perlu print. 

Pastikan bawa PASSPORT ya untuk sahkan tiket di kaunter.

 

 

CARA BELI TIKET [ONLINE SAHAJA]

Seperti yang Mira beritahu, Mira galakkan korang beli sekali dengan return transport supaya mudah untuk korang pergi nanti. Tapi, tak wajib ye. Sekadar galakan je. Kalau nak pergi sendiri pun tak ada masalah. Boleh beli kat direct website WB. Tapi kalau nak sekali dgn transport. Boleh pilih mana-mana sama ada dari Klook, Getyourguide, or Trip Advisor. Semua ok je. Ni Mira dah listkan siap-siap. Tekan je mana-mana yang kalian rasa menarik. 

1.       WEBSITE WARNER BROS STUDIO

2.       KLOOK – RECOMMENDED

Return Transport to and from Oxford, Oxford University Tour + HPS entrance [0730-1930] - 89-100£ (ikut bulan) - Sesuai kalau korang nak join tour dalam Oxford Universiti. 

Return transport dari Victoria, King's cross, Birmingham, Birmingham's new street, Baker Street, Paddington (boleh pilih mana-mana) -89£

3.       TRIP ADVISOR 

4. GET YOUR GUIDE - RECOMMENDED 

Return transport dari Birmingham - 85.£

Return transport dari Victoria Coach Station- 85£

Return transport dari King's Cross -89£


RANCANG PERJALANAN ANDA 

Harry Potter Studio ni terletak 20 batu di barat laut London dan kurang dari tiga batu dari lebuh raya M1 dan M25.

Disini ada shuttle bas khas dari Watford Junction ke Studio dengan masa perjalanan sekitar 15 minit. p/s: kenangan 'manis' Mira tersalah stesen. 

Kekerapan: Setiap 30 minit

Harga tiket: 3£ PERGI BALIK

Hanya anda yang ada tiket HPS sahaja dibenarkan untuk naik bas ni. Kalau saja-saja nak pergi tengok kat luar HPS tu, tak boleh ye walaupun naik kereta.

Anda boleh gunakan 3 website ini untuk rancang perjalanan:

1. Google Maps

2. National Rail 

3.  Transport for London (TFL)


MENAIKI TREN (TUBE)

Stesen keretapi terdekat Studio Tour adalah Watford Junction dan perkhidmatan terus tiba di sana dari London Euston (20 minit perjalanan) dan Birmingham New Street (1 jam perjalanan).

Panduan jika anda dari London Euston. Sampai di Watford Junction tu lah yang Mira cakap anda boleh ambil shuttle bas khas 3£ return. 

 

SHUTTLE BAS 

Ini bukan shuttle bas dari watfort junction yang 3£ tu ye.

Biasanya anda yang datang ke London, anda tidak menginap di sekitar Kawasan Harry Potter studio tu. Jadi, jika anda tidak ingin naik tren ke Watford Junction, anda boleh guna servis shuttle bas dari bebrapa tempat terpilih ini:

Korang boleh beli pakej tiket+ shuttle bas ni di 3 link website yang Mira bagi tadi. Antara kawasan yang shuttle bas ni cover adalah: 

London King Cross, London Victoria, Birmingham Coach Station.

p/s: di Klook ada pakej Oxford University Tour + Harry Potter Studio  cuma 89pound jer! Sangat berbaloi. 

 

MENAIKI KERETA

PARKING  - PERCUMA

Wajib ada tiket baru boleh masuk.

PRIORITY PARKING, perlu buat tempahan dan tidak boleh beli pada hari kejadian -  £ 10.


PERJALANAN DARIPADA AIRPORT

Studio Tour mudah diakses dengan kereta dan keretapi airport ini:

 1) London Luton - 27 kilometer

2) London Heathrow - 38 kilometer

3) London Stansted - 76 kilometer

4) London Gatwick - 58 kilometer

 

PERKARA TAMBAHAN – HIGHLY RECOMMENDED

 

1) PASSPORT ACTIVITY -

Masa korang dah masuk studio tu nanti, minta passport aktiviti ni dekat staff tu.

Aktiviti percuma yang merangkumi perburuan, teka-teki dan trivia Golden Snitch ini akan buatkan korang lebih bersemangat nak teroka HPS. 

Korang juga boleh dapatkan cop dekat checkpoint tertentu seperti di Platform 9 ¾ dan Gringotts Bank.

 

SOUVENIR GUIDEBOOK

Guidebook ni penuh dengan cerita behind the scene, fakta menarik dan maklumat mendalam mengenai siri filem Harry Potter. 

Kalau korang first time nak datang sini, Mira memang recommend untuk korang beli buku ni sebagai kenangan untuk dibawa pulang. 

Korang boleh beli Adult complete set studio yang berharga 56.95. Lebih berbaloi!

GREEN SCREEN EXPERIENCE

Kalau korang teringin nak naik penyapu terbang, pakai jubah Hogwart, naik kereta api Hogward Express. Inilah masanya! p/s: Tidak percuma. Perlu bayar untuk setiap aktiviti. Tapi jika anda peminat setia HP, apa salahnya mencuba!

 

SOUVENIR SHOP

Yang ni paling best, beli lah sebagai kenang-kenangan.

 

Anda pernah ke Harry Potter Studio? Kongsikan pengalaman anda dengan Mira.

Jika ada pertambahan info atau pembetulan maklumat mengenai ini. Bolehlah komen dibawah.

Untk baca pengalaman Mira plak, boleh paca PART 1 ni.

Sumber info utama 

 

Yang Menulis, 





  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^