TOP 5 MAKANAN ASAS MALAYSIA YANG ADA DI TURKI

By Mierayusof - Tuesday, November 10, 2020

Assalamualaikum. Kembali lagi dalam episod #TipsTravelTurki bersama Mira.
Kali ni Mira nak kongsikan beberapa makanan di Malaysia yang korang boleh beli kat mana-mana pasaraya Turki.

Makanan ni mungkin ada yang tahu dan ada yang belum tahu. Macam Mira, dulu sebelum Mira ke Turki, Mira tak tahu pon semua ni ada kecuali no 5 tu. Jadi, Mira pun bersusah payah bawak barang-barang ni semua. Rupanya ada je kat sana. Cis!



1. BERAS - Pilavlık Pirinç
Pastikan beras tu tertulis macam kat atas ni. Sila survey harga ya sebab harga lain-lain. 


Kalau korang rasa tak boleh berpisah dengan beras. Jangan risau. Orang Turki pun makan nasi. 

Mesti korang risau kan  beras dorang mesti tak sama dengan kita. Ya anda betul!

Kat sana ada bermacam-macam jenis beras. Jangan risau, ada 1 jenis beras ni nama dia PILAVLIK PIRINC. Hah beras ni sebijik macam beras kita. Cara masak pun sama je cuma dia kontot sikit. 

Mesti mahalkan, yelah kat sana nasi tu bukan makanan ruji dorang.
Ya anda betul! Sedikit mahal dari negara kita. Umpama korang beli beras basmathi. 

Tapi,  ada je jenama yang murah, palingmurah mira pernah beli 5kg 15 lira. kalau tak silap lah. KAt sana dorang jual kecik kecik 1kg camtu. Sesuailah untuk anda yang travel kan? 


So, JANGAN BAWAK BERAS PERGI TURKI! Berat beg jer.


2. CILI GILING -ACI BİBER SOSU


Inilah cili kisar yang Mira guna semasa di Turki. Pastikan beli yang aci(pedas) tau sebab itulah level paling 'pedas'


Siapa suka makanan ayam masak merah, asam pedas, nasi goreng, dan makanan yang perlukan cili boh/giling. Mesti korang rasa korang akan terindu-rindukan makanan ni bila kat Turki.

Ya kat sana ada jual cili giling ni!

Pada mulanya Mira pun tak tahu tau. Tapi lepas Mira pergi satu kedai runcit ni. Dan Mira nampak sesuatu didalam botol kaca dan didalammnya seperti cili kisar.

Ya Mira betul! Tu memang cili kisar.

Bahagia jap bila tahu lepas ni takde masalah dah nak guna cili kisar.

TAPI. kena expect yang rasa cili dia tak pedas sangat macam cili kita. Atau sebenarnya tak pedas langsung hahaha. 



3. KICAP

Kicap ni dalam botol kaca. Ni contoh je. Boleh beli kat supermarket A101

Siapa hantu kicap? Tak boleh tak ada kicap? Angkat tangat!

Mira bukan hantu kicap. Hehe. 

Ya, di Turki ada kicap! Tapi tak banyak pilihan macam kita ada kicap manis, kicap masin. Kat sana ada kicap masin je tak silap. Kicap manis tak perasan plak. 
Macamana Mira tahu?

Sebab selama ni tak perasan, kawan Mira yang bagitahu. So, dapatlah Mira masak daging dendeng di Turki!


4. SOS CILI - acı sos 


Apa beza rasa sos cili dengan sos tomato Turki? Bagi Mira, sama je rasa sebab dua-dua tak pedas. Cuma yang ni kurang rasa macam berbanding sos tomato. 


Mesti pernah dengar kan kawan-kawan ke pesan untuk bawa sos cili bila ke Turki. Sebab kat sana bila order kebab, tak ada sos. hanya ada cili flakes je.

Tahukah anda di Turki sebenarnya ada sos yang dinamakan SOS CILI ak.a CHILI SAUCE.

Tapi mengapa ramai yang bawa sos cili termasuk Mira? 

Sebab.. sos cili Turki TAK PEDAS lah. Nama je sos cili. hehe.

5. BISKUT 

Biskut ni takde lah makanan asas sangat.
Tapi kalau travel ni mesti wajib bawa bekal biskut kan. kalau korang nak travel ke Turki, Mira nasihatkan tak payahlah bawa bekal biskut dari Malaysia ni. Sebab kat sana ada lagi banyak biskut yang menarik, sedap dan murah! Makan lah sampai muak. 

 

Korang rasa apa lagi makanan asas Malaysia yang ada kat Turki yang kita tak sangka rupanya ada. Sila komen! 

Marilah kita berkongsi maklumat supaya kita semua dapat kurangkan luggage kita dengan makanan yang tak perlu dibawa sebab kat sana dah ada!

Nanti Mira kongsikan senarai supermarket di Turki untuk korang beli barang-barang ni semua. 

Sumber semua gambar: Google Photo


Yang menulis



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^