TOP 5 SUPERMARKET DI TURKI

By Mierayusof - Tuesday, November 17, 2020

Assalamualaikum. Kembali lagi dalam episod #TipsTravelTurki bersama Mira.


Hari tu Mira ada kongsi mengenai Top 5 Makanan Asas Malaysia yang ada di Turki.

Kali ni Mira nak kongsikan di mana anda boleh dapatkan makanan tersebut.


Sudah tentulah di kedai runcit/pasaraya di Turki.

Masa Mira mula-mula sampai di Istanbul dulu, Mira tak nampak pun mini market ni sebab Mira tinggal di hotspot pelancong.

Mini market ni tak ada ya di pusat tumpuan dan tepi laluan tram. Jika ada pun, anda kena kenal pasti itu adalah mini market.Seeloknya google. Tapi sebelum google, mesti kena tahu dulu apa nama mini market tu kan.

Di Malaysia, kita ada 99speedmart, KK mart antara mini market yang sangat terkenal dan ada di semua negeri.

Sama juga di Turki, mereka ada market mereka yang terkenal juga. Antaranya:


1. A101 (cara sebut: aa yuz bir)

Jumlah kedai yang ada: 7,084



Warna Identiti: Biru laut 




2. Şok (Baca: Shok)

Jumlah kedai yang ada: 6,364

Warna Identiti: Kuning

3. BİM A.Ş

Jumlah kedai yang ada: 6,065

Warna Identiti:Biru pekat

4. Migros Ticaret A.Ş

Jumlah kedai yang ada: 2,090

Warna Identiti:Oren

5. Carrefour  SA

Jumlah kedai yang ada: 582



Warna Identiti:Biru






Lain lain kedai


6. Bizim Toptan

Warna Identiti:Biru Merah

7. Macrocenter

Warna Identiti:Hitam

8. Kipa 


Warna Identiti:Hijau




Kedai kegemaran Mira sudah tentulah A101, Bim, Sok!. Pantang lalu mesti nak masuk padahal takde ape pun nak beli. Saja nak tengok-tengok. Benda paling Mira suka beli sudah tentulah susu! Sebab murah sangat sangat, kalau tukar ke nilai kita, lagi murah. Murah lagi berbanding kat Eropah! 

Anda pernah pergi yang mana? 
Apa benda yang anda suka beli di kedai ni? 

Sila kongsikan. 



Yang menulis,


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^