ALHAMDULILLAH, ITEM PERTAMA TERJUAL DI EBAY!

By Mierayusof - Wednesday, December 02, 2020

Assalamualaikum semua.


Aku nak kongsikan berita gembira ni kat sini.

Hari ni 29/11/2020 merupakan ORDER PERTAMA yang aku dapat order dari EBAY.

Setelah berbulan-bulan, ni baru dapat order pertama. Alhamdulillah.


Nasib baik aku on notification kalau ada order masuk. 








Ni pun aku list tak sampai 5 item pun sebab tak tahu nak jual apa. 

Ebay ni macam shopee lah tapi dia level international. Buyer korang boleh datang dari pelbagai negara. 

Buyer pertama aku ni dari Australia. Harap-harap semua berjalan dengan lancar. Semoga parcel selamat sampai pada buyer. Nanti buyer dah dapat parcel, aku update ye.

Ni untuk customer pertama je lah. Customer seterusnya takde masa dah aku nak update macam ni melainkan aku terajin. hehe.


Korang kalau nak try berjual beli kat ebay pun amat digalakkan. Boleh lah buat duit poket. 

Aku ada group support telegram mengenai ebay ni. Group ni bukan aku yang buat, senior yang buat.

Oh ya, kalau korang tengok ada orang jual Ebook cara berniaga di Ebay.

Korang tak wajib pun beli sebab aku pon tak beli. Aku cedok ilmu dari pelbagai sumber je.

Ada masa aku kongsikan ilmu yang aku dapat ok.

Sekian. 




  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^