BELI IKAN SUNGAI SEGAR DI WARUNG MEK AKU, KAMPUNG PADANG, KUANTAN

By Mierayusof - Tuesday, December 15, 2020

Assalamualaikum semua.


Hari ni aku nak kongsikan satu hidden germs kat kuantan ni kalau korang nak beli ikan sungai segar. Ye, tak perlu ke bandar Kuantan.

Ia terletak di Kampung Padang, lokasi kedainya betul-betul di tepi sungai Pahang.

Lokasinya sudah ada di google Map. 



Rasanya tak ramai yang tahu pasal kedai ni sebab ia hanya femes dikalangan penduduk Kampung padang atau kuantan je kot. Mak aku yang 55 tahun orang kuantan ni pun baru tahu. Kenapa? Tu pon sebab pakcik aku(orang kampung padang) yang bagitahu. 

Kalau korang dari tol kuantan, lampu isyarat pertama tu, belok kiri(hala ke bandar).

korang drive straigt je sampailah jumpa tokong cina. Korang kena uturn dulu untuk masuk kat tepi simpang tokong cina tu.

Dah masuk tu, turun bukit, belok kanan kat simpang pertama. Tak boleh straight sebab ada construction.

Lokasi seterusnya boleh rujuk map yang telah diberi. Inshallah sampai. Kalau pertama kali, memang ragu-ragu sebab lokasinya agak tersorok.

Tapi haritu aku pergi, ramai je orang datang.

OK, kat sini, ada jual ikan sungai yang ditangkap di sungai pahang.

Antara ikan yang ada:

Lampam
Sebarau
Baung
Ubi
Kepor
Selat/belida


Jujurnya aku tak pernah dengar kecuali ikan lampam dan baung. 

Harga boleh rujuk gambar dibawah.

Kalau nak beli, digalakkan datang musim hujan, ikan banyak. Kalau panas, ikan tak banyak.

Aku dah pernah makan ikan lampam dan sebarau je. Antara salah satu ikan tu banyak tulang, dan tulangnya bercabang bentuk Y, kena hati-hati bila makan.

Rasanya sangat enak!

Katanya kat sini juga viral dengan mi kari udang galah.

Tapi masa aku pergi tu, udang galah takde so secara tak langsung mi kari pun takde.

Aku makan kuey teaw udang je. Udang biasa. dapat la 4 ekor size sedang.

Korang pernah pergi sini?

Ada tempat lain yang nak suggestkan? 

 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^