CARA DAFTAR AKAUN EBAY DAN PAYPAL UNTUK NEWBIE

By Mierayusof - Sunday, December 06, 2020

Hai Ebay Warrior!


Anda dah bersedia untuk menjadi Usahawan Ebay? 

Tanpa berlengah, 

Ikuti TIGA langkah mudah ini dahulu iaitu:

-Daftar akaun Ebay

- Daftar akaun Paypal

- Linkkan akaun paypal dengan akaun Ebay.


Dah siap 3 langkah ni. JANGAN LISTING BARANG DULU. Bertenang.


 Peniaga bijak dia tak listing barang melulu sejurus selesai daftar akaun.


Mereka akan study dulu barang apa yang laku keras di Ebay ni. Teliti terma dan syarat dan sebagainya. 


Di Ebay ada 'pantang larang', kalau anda tak nak terkena dengan ‘hidden fee’, 'penalty fee' sila ikut nasihat percuma ini.

 

Jom kita mulakan.

 

1) DAFTAR AKAUN EBAY

Untuk berbisnes di Ebay, anda mestilah ada akaun Ebay, kalau tidak, macamana nak promote kan?


 Anda perlu daftar di laman ebay.com BUKAN ebay.com.my ye. 


Klik Register. 


Isi maklumat yang diminta iaitu first name, last name, emel dan password.


Jangan lupa verity emel.


Dah siap!

 

2) DAFTAR AKAUN PAYPAL

Ebay adalah bisnes antarabangsa. Pelanggan anda nanti kebanyakannya bukan dari Malaysia. 


Jadi, wajib untuk anda ada payment gateway untuk terima pembayaran dari luar negara.


Dan platform yang mesra Ebay sudah tentulah Paypal.


 Klik sini>> Sign up Paypal account

Baca> Panduan cara daftar akaun Paypal 

 


3) LINK KAN AKAUN PAYPAL DI EBAY

 

Dah selesai daftar akaun ebay dan paypal, anda kena link kan akaun paypal tadi ke dalam akaun Ebay,

1) Klik Ebay.com


2)  Kiri dan atas sekali, anda akan nampak Hi (nama anda) , klik nama anda.


4) Klik Account Setting


5) Akan keluar seperti di bawah, klik Paypal Accounts dibahagian Payments.



6) Klik Link My paypal Account




7) Akaun anda akan terlihat seperti dibawah setelah anda linkkan akaun paypal dengan ebay


Alhamdulillah selesai langkah pertama sebelum anda menjadi usahawan Ebay.


Apa perlu buat?


Ikuti langkah dibawah untuk mengurangkan risiko sehingga 100% untuk akaun anda disuspend iaitu...


Biarkan dahulu akaun anda selama sekurangnya 3 bulan untuk mencapai tempoh matang.


BULAN PERTAMA 

Pada bulan pertama, anda tidak perlu menyentuh langsung butang SELLING.


Anda juga digalakkan membeli  1-2 barang di Ebay seperti casing fon untuk membuatkan akaun anda adalah akaun asli, dan dipercayai. 


Dengan cara ini juga, anda boleh mendapatkan feedback as buyer iaitu feedback yang akan anda dapat setelah anda membeli barangan di Ebay. 


Jika anda sudah tidak sabar sangat untuk listing produk, anda boleh lakukannya pada BULAN KEDUA. Tetapi dengan syarat anda sudah selesai menyiapkan diri dengan study hot produk di Ebay.


Mengapa?


Ebay tidak suka akaun yang baru dibuat terus membuat jualan lagi lagi terlalu banyak. Kerana ia adalah ciri-ciri scammer (bagi ebay).


Anda perlu jual produk yang laku di Ebay, bukannya produk yang anda rasa ingin jual. 



QNA

1) Saya baru sign up akaun ebay, tup tup kena suspend? Listing pun belum. Kenapa?

 Itu adalah normal. Kerana Ebay amat ketat. Jangan risau, anda boleh dapatkan akaun ebay anda kembali. Nanti aku kongsikan cara dapatkan akaun ebay yang kena suspend. 

 

 2) Boleh ke saya buat DUA akaun ebay?

 JANGAN sekali kali . Ebay akan dapat kesan jika anda buat dua akaun. Dan ia akan mengundang untuk akaun anda disuspend.

Aku pernah buat dua akaun. Sebabnya akaun pertama aku kena suspend, kemudian aku pon buat akaun ke dua. Lepas tu dua-dua kena suspend. Haha.

Bila Ebay call untuk konformasi, ebay cakap 1 orang 1 akaun sahaja. Jadi, ebay tutup akaun aku yang satu lagi.


3) Pilih akaun business ke personal?

Personal

 

4) Kalau akaun kena suspend, kena daftar akaun baru ke ?

 TAK PERLU DAN JANGAN SEKALI-KALI! Anda boleh dapatkan semula akaun ebay anda walaupun ditulis PERMANENTLY SUSPENDED. 


Jika anda ada pertanyaan, atau ingin menambah/membetulkan maklumat yang dikongsi. 

Silakan komen. Kita sama-sama kongsi ilmu dan berjaya! 


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam sis. Saya ada terbaca tentang post sis mengenai ebay. Kalau sis tak keberatan, saya nak mintak tunjuk ajar. :)

    ReplyDelete
  2. slm.nk bertanya tentang ebay boleh

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^