CARA HILANGKAN KOTORAN DI TANDAS TANPA PERLU SENTAL DENGAN MAGIC CLEAN

By Mierayusof - Sunday, December 20, 2020

Assalamualaikum semua.


Anda yang pernah mencuci bilik air mesti stress kan kalau lumut cepat je naik. Lagi-lagi kalau bilik air tu dah lama dan jubinnya jenis yang 'mesra' lumut.

Di setiap permasalahan, pasti ada yang solusinya. 

Maka muncullah produk tempatan yang boleh hilangkan kotoran ni tetapi harganya agak premium. Dengan kualiti yang tinggi iaitu tidak perlu sental pun, spray je, tunggu beberapa minit dan bilas. Terus hilang kotoran tersebut. Harga sekitar RM40-80. 
Disclaimer: Aku tak tahu jenama produk ni ye, mak yang bagitahu sebab dia nampak iklan kat FB. 

Nasib baik mak tak beli lagi produk tu, sebab rupanya kat pasaraya ade je produk yang kualitinya setanding tetapi harga rakyat marhaen.

Serendah RM7-10 sahaja sebotol untuk 400ml. Dah boleh selesaikan masalah ni. 

Sekian pendahuluan. 
 

Hari ni aku nak review satu produk yang ada di pasaran iaitu Magic clean.

Produk ni bukanlah produk baru tetapi aku je yang baru nak guna produk ni.

Iaitu Stain & Mold Magic Clean.

Apa yang bestnya, TAK PERLU SENTAL lepas korang spray produk ni. Tunggu je paling sekejap 2 minit, paling lama 30 minit bergantung tahap kesabaran anda.


Lepas tu spray air paip utk bersihkan. Taraaa hilang.

Terbukti berkesan ke?

Percubaan pertama aku adalah ke atas selipar tandas rumah aku yang dah berwarna hitam,

p/s: sorry gambar agak menggelikan untuk yang pembersih. Bukan nak kata aku tak permbersih tapi siapa yang pernah ada selipar tandas macam ni, dia faham lah macam mana kan. 

Korang nilai sendiri keberkesanannya.

Aku nak tunjuk review mangkuk tandas tapi rasa macam over plak.

Cukuplah selipar ni sebagai review.

Oh ya, aku cuba juga dekat selipar tandas bilik air mak aku, yang tu lagi hitam macam bontot kuali.

Dan tak berapa nak hilang. Mungkin kotoran tersebut sudah terlalu degil dan sebati untuk meninggalkan selipar tersebut.

Oh ya, semua ni aku try hanya sekali sahaja ye. Kalau buat dua kali ke tiga kali ke mungkin hasilnya lebih memuaskan.

1 botol tu 400ml harga dalam RM10-13, bergantung kepada penjual.

Untuk jenis ni, aku tak nampak pula di pasaraya, atau mungkin pasaraya yang aku pergi tu tak jual jenis macam ni.

Untuk pengetahuan, ada jenis lain juga untuk bilik air, dapur, lantai, mangkuk tandas dan sebagainya. , aku sertakan gambar di bawah.

Anda pernah guna magic clean ni? Kongsikan pengalaman anda. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^