PENGALAMAN ONLINE TRAINING PROGRAM GLOW PENJANA MDEC - HARI PERTAMA

By Mierayusof - Friday, December 04, 2020

Assalamualaikum semua.


Aku nak kongsikan lah pengalaman hari pertama aku menjalani latihan atas talian untuk program GLOW-Penjana anjuran MDEC ni.

Masa mula-mula aku daftar program GLOW ni, tak perasan pun rupanya ada training.

Sign up, isi maklumat ape semua dan ada webinar kat website.

Lepas tu beberapa hari kemudian, dapat whatsapp dari individu tidak dikenali dan dia adalah coach yang akan beri tunjuk ajar masa latihan tu.

Training ni 3hari berturut-turut iaitu pada hari Selasa-Khamis ATAU Sabtu-Isnin.

Biasanya weekend ni aku tak de masa nak hadap laptop jadi aku pon pilihlah Selasa-Khamis.

Waktu training agak lama iaitu 9am-5.30pm selama 3 hari tu.

So, aku nak kongsikan apa yang aku belajar pada hari pertama.

Macam biasalah, dimulakan dengan intro/pengenalan mengenai sharing ekonomi dan crowdsourcing platform. 

Sesi intro mana-mana tempat/program memang boring, aku tak nafikan. Tidak terkecuali juga untuk training ni. Tapi bergantung individu jugak la kut.

Lepas habis intro, coach suruh tulis 5 goal lepas habis training ni.

Cliche goal - nak dapat kerja, tambah ilmu, tambah skillset, lebih berkeyakinan dan sebagainya.

Sesi petang plak, baru lah coach memberi pengenalan mengenai platform untuk kita bekerja secara digital/dari rumah iaitu Freelancer.com.

Dimulakan dengan sejarah Freelancer, coach akan guide kita STEP-BY-STEP untuk menjadi seorang digital freelancer ni.

Di bawah adalah ringkasan langkah:

1) EMEL KHAS

Jika anda ingin ceburi bidang freelancer ni, adalah sangat digalakkan untuk anda mempunyai satu akaun emel khas untuk kerja freelancing, bebas dari mana-mana akaun social media. Lebih baik jika sign up emel baru.


Ya, walaupun untuk sign up ni anda boleh je sign up sendiri tanpa perlukan latihan, Tetapi, dengan training ni, coach akan briefing sedetailsnya mengenai cara yang betul untuk sign up termasuklah cara memilih skillset, cara yang betul mengisi profile details,setup profile dan portfolio profile. 

Profile yang menarik akan meningkatkan lagi peluang anda untuk mendapat kerja.


Jika anda membaca post ini dan masih belum Sign up akaun Freelancer.com.

Anda TIDAK PERLU untuk sign up sekarang. Boleh tunggu masa training tu.

TAPI...

Ingatlah, masa coach suruh anda sign up nanti, anda taip link ni >> bit.ly/signup_freelancer

Kenapa? Jika anda sign up menggunakan link di atas, anda akan dapat FREE $20 credit yang boleh digunakan untuk highlight bid, upgrade membership dan lain-lain.

Anda pilih, nak sign up dengan $20 credit atau $0.00 credit ?

Jika anda sign up tanpa guna link di atas, anda tidak akan dapat free $20 tu. 



 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^