Projek pelik tapi benar di Freelancer.com - Part 1

By Mierayusof - Sunday, December 06, 2020

Assalamualaikum semua.


Assalamualaikum semua.

Sekarang aku job hunting di Freelancer.com je sebab dah dapat plus membership dari program GLOW-PENJANA, iaitu keahlian selama 6 bulan, 100 bid sebulan! Tq MDEC!!! 

Aku terjumpa satu project ni.

Bagi aku projek agak pelik dan tiber tapi takpelah. 

Nak tahu apa dia?

TAJUKLooking for a Malaysian dating consultant

Job description: Hi. I m looking for a dating consultant to find a wife or GF via Instagram or your preferred choice of search. I prefer a female consultant from Malaysia.


Btw coach aku ajar, bid kerja dari client yang dah buat deposit je sebab klau tak bayar deposit tu kemungkinanan besar scammer.

Jadi, job ni bukan scammer lah sebab dia dah verify payment dan dah bayar deposit.


So, aku pon cubalah apply. 


Update!!!

 Client tu chat aku weii!!! Tapi tak tahu lah kot dia chat orang lain jugak. 

Sekarang aku masih dalam proses deal dengan client, aku tak akan cerita details lah cuma aku nak kongsikan mengenai job ni.

Doakan client ni reward aku job ni. Aku cuma nak job jer untuk cukupkan requirement. 


Client aku ni dia nak cari bini tau. Masalahnya dia suruh cari kat Instagram. Weh instagram tu bukan platform cari jodoh. Wanita-wanita kat sana bukannya mention kat bio yang dorang dah kawin ke single ke jande ke, termasuklah aku. Tak ke satu kerja kena stalk orang dan buang masa kan? betul tak?

Unless dia memang suka bini dia kaki instagram, sikit2 nak post kat ig. Mungkinlah kot. 

So aku pon cadangkan lah kat client aku ni kalau betul nak tambah bini (opss), cari dekat platform yang betul. Mudah dan pantas, 

hah disebabkan tu aku dah tersenaraikan senarai laman web yang menawarkan khidmat cari jodoh. 

Ada masalah lain iaitu hampir kesemuanya kena langgan untuk guna khidmat tu. Nothings free! Nak seribu daya tak nak seribu dalih. 


Nanti aku kongsikan ye, manalah tahu ada diantara anda-anda semua ni tengah cari jodoh yang belum kunjung tiba.

Jodoh aku? Aku pon tak tahu. Tunggu dan lihat sajalah. Dah sampai masanya Inshaallah semua dipermudah. Cewahh. 


Kalau korang nak cuba cari kerja di Freelancer.com, amat dialu-alukan.

Kalau boleh join program GLOW-PENJANA ni sekali untuk dapat FREE MEMBERSHIP, COACHING, elaun dan sebagainya.

Pastikan korang sign up guna link ni> https://bit.ly/signup_freelancer

Kenapa? Korang akan dapat 20USD dan korang boleh gunakan tu utk upgrade membership atau beli seal/highlight bid. 

Ada ke kerja pelik yang korang jumpa di Freelancer? Kongsikan.


Klik gambar untuk terus ke website freelancer. 




  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^