Review Kdrama Record of Youth 2020

By Mierayusof - Saturday, December 12, 2020

Assalamualaikum semua.


Kembali dalam episod dah tengok Kdrama ke belum?

Hari ni aku nak kongsikan mengenai drama korea yang baru je iaitu Record of Youth dari TVN.

Drama ni bersiaran mulai 7 September -27 Oktober 2020.

Drama ni aku tengok separuh jalan je tapi mula-mula tu bestlah sebab takde konflik sangat.

Drama ni lebih kepada realiti dunia hiburan kat Korea. Walaupun kau hensem, ada bakat tapi kalau kau takde follower yang ramai, influence tak luas, still susah nak terkenal. Ya kau masih akan terkenal tapi kureng.


SINOPSIS

Sa Hye-Jun (Park Bo-Gum) seorang yang pintar dan tampan. Dia lelaki yang baik dan model yang popular, tetapi apa yang sebenarnya dia mahukan adalah menjadi pelakon. Dia telah mengikuti audition untuk banyak watak lakonan, tetapi sukar untuknya mendapat peluang dalam bidang itu. Sementara itu, An Jeong-Ha (Park So-Dam) bekerja sebagai artis solekan. Jeongha sangat meminati Hye-Jun berbanding rakan baik Hyejun iaitu Haeyo. Akhirnya hyejun dan jeongha bercinta tetapi adakah cinta mereka bertahan apabila Hyejun mula dapat menggapai cita-citanya?


Aku perasan drama TVN ni kan memang suka betul buat cameo. Macam dalam Hospital Playlist, dia datangkan cameo pelakon drama Reply 1988.

Untuk drama ni, ada 3 cameo. Kalau korang tak layan Kdrama, memang tak perasan pun tu adalah cameo. Fight me!

1) Hyeri.- Heroin drama Entertainer dan Reply 1988.

Masa ni scene Jeongha nak makeupkan si Hyeri. Aku tak boleh lah tengok Hyeri ni, mesti teringat Reply 1988, tu aku rasa watak paling 'gila' dia pernah bawak! 





2) Park Seo Jun- Hero Itaewon Class


Dia muncul masa Hyejun throwback masa dia bukan siapa-siapa dan kerja kat 7e. Seojun yang masa tu artis terknal dtg 7e utk beli barang, lepas tu Hyejun minta sign ke ape, biasalah peminat kan. Lepas tu Seojun macam cakap yang dia rimas. 

Masa tu Hyejun terus cakap dalam nada slow, kalau aku jadi kau, aku layan je peminat aku. Something like that la.

 'The sin you mocked today is the sin you do tomorrow' Pernah dengar? Bila Hyejun dah terkenal macam Seojun, dan ada masanya dia rimas dengan peminat, lepas tu tu yang dia teringat balik masa dia jadi peminat dan artis buat dia macam tu, dia pun terasa. So bila dia dah jadi artis, dia buat benda sama jugak. Eh faham tak? 

3) Seo Hyun Jin- Heroin Temperature of love




Drama ni memula sweet-sweet je masa hyejun mula bercinta dengan Jeongha, lama-lama tu bila dia dah terkenal, mulalah ada ujian itu ini.

Aku bagi 7/10.

Korang rasa drama ni macamana? 

p/s: aku tulis ni bulan 11 haritu tapi ni baru nak publish. Maaf lambat. 











  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^