Sunday, 31 January 2021

LAPTOP 1 MALAYSIA DALAM KENANGAN [2013-2017]

Assalamualaikum semua.






REVIEW AIR ORIGINA DAIRY STRAWBERRY

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak review air Origina Dairy Strawberry ni.


Sebelum ni dah pernah minum yang Chocolate, sedap.

Yang kurma pun dah pernah cuba tapi sis macam kureng sikit la dengan rasa dia sebab dah tersuka dekat rasa Kurma FF.

Yang strawberi ni pula rasanya sama seperti susu strawberi yang lain.


Sis bagi 5%. cuma rasa macam tapi entah lah tekak masing-masing. 

REVIEW LAMPU LED MEJA BERKUALITI DAN BERPATUTAN

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak review satu produk yang tidak asing lagi untuk para pelajar dan para guru dan kita semualah yang memerlukan cahaya LED didalam bilik.

Laptop sis ni kualitinya tidaklah bagus. Kalau waktu malam, walaupun lampu bilik telah dipasang. Gambar tetap nampak gelap.

Jadi, salah satu alternatifnya adalah dengan membeli lampu ini.

Sebelum ni sis pinjam lampu meja adik, tapi dia dah ambil semula lampunya untuk dibawa ke sekolah jadi sis kena lah beli baru.


Cari punya cari kat Shopee, sis terjumpa satu lampu ni dan ia berjaya menambat hati sis ketika itu.

Overall, sis memang puas hati lah dengan lampu ni.


Sis bagi 5 BINTANG!!!

Servis ok, lampu ok, semua ok lah.

Kalau nak beli boleh klik sini >>>> BELI LAMPU MACAM MIRA BELI  

Taraaa.....


















DOKUMEN SOKONGAN UNTUK MEMOHON KERJA

Assalamualaikum semua.



TIPS TEMUDUGA ATAS TALIAN ONLINE

Assalamualaikum semua.



 




LAPAN SOFTSKILL YANG BOLEH DITULIS DIDALAM RESUME

Assalamualaikum semua.


Kredit: LinkedIn

Saturday, 30 January 2021

CARA SEMAK NOMBOR CUKAI

Assalamualaikum semua.

Ikuti langkah mudah ini untuk menyemak nombor cukai anda. Kadangkala nombor cukai ini telah didaftarkan dalam keadaan anda tidak sedar.

Mari kita semak!

Klik disini>> SEMAK NOMBOR CUKAI

Masukkan no kad pengenalan, email dan nombor telefon.

Ketik 'hantar'.

Siap. 

Friday, 29 January 2021

CARA DERMA DARAH SEMASA PKP DI SELANGOR

Assalamualaikum semua.

Mungkin ada diantara kalian yang ingin menderma darah tetapi tidak tahu bagaimana jika semasa PKP ini.

Post ini khas untuk warga Selangor, untuk di negeri lain konsepnya mungkin sama.

Untuk derma darah ini, tidak semestinya perlu dilakukan di klinik atau hospital kerana pihak hospital biasanya buat secara mobile(bergerak).

Ini bermaksud, anda hanya perlu mengetahui adakah program derma darah ini dilakukan di kawasan rumah anda.

Bagaimana untuk tahu?

Mudah sahaja, untuk warga Shah Alam, anda boleh follow facebook page DERMA DARAH HTAR ini.

Setiap minggu mereka akan kemaskini lokasi derma darah bergerak.


Apa anda perlu lakukan sebelum ke lokasi derma darah?



Anda digalakkan untuk mengisi borang ini dirumah dan bawa bersama ke lokasi derma darah. Borang boleh disini >> BORANG PENDAFTARAN

2. ISI SLIP KEHADIRAN DERMA DARAH

Jika anda risau ada sekatan jalan raya sepanjang anda dalam perjalananan ke lokasi derma darah.

Anda boleh mengisi SLIP KEHADIRAN DERMA DARAH secara atas talian untuk ditunjukkan kepada anggota polis nanti.

Thursday, 28 January 2021

SENARAI KERJA SAMBILAN SEMASA PKP

Assalamualaikum semua.

Sis nak senaraikan kerja sambilan yang anda boleh lakukan semasa PKP.

Doakan sis dapat kerja yang baik-baik ya. Terima kasih!

RIDER MAKANAN/RIDER BARANG/RIDER HANTAR ORANG

1. GRAB

2. FOOD PANDA

3. BUNGKUS IT

4. DELIVERIT

5. POP MEAL (DAH MAKAN)

6. LALAMOVE

7. MAT DESPATCH

8. RIDING PINK

9. MYCAR

10. TAPAUJE

11. THE LORRY

12. MAXIM

13. MULA 



FREELANCE JOB

1. FREELANCER.COM

2. UPWORK.COM

3. FAVSER

4. GOGET

5. KAODIM

6. SERVICE HERO


JUAL GAMBAR

1. 123RF

2. ISTOCK

3. 



LAIN-LAIN


1. MYBUMP MEDIA

2. MAKCIK TRAVEL

3. JOMPAW

4. SUPAHAND

5. UDEMY

6. SEWATUTOR

7. BATERIKU

8. MOOVBY



Tuesday, 26 January 2021

LANGUAGE CHALLENGE DI ITALKI.COM

Assalamualaikum semua.

Adakah anda sedang belajar bahasa asing?

Jika ya, dimanakah anda belajar bahasa asing tersebut?

Tahukah anda ada satu platform pembelajaran atas talian yang bernama ITALKI.COM.


Di Italki.com, anda bebas untuk memilih cikgu dari 130+ bahasa seluruh dunia dan menyusun jadual kelas mengikut masa lapang anda.


Terkini. Italki.com mengadakan CABARAN BAHASA atau LANGUAGE CHALLENGE.


Tujuan language challenge ini adalah untuk menggalakkan kita semua belajar bahasa baru dengan lebih kerap supaya lebih cepat mahir.


Jika anda berminat. 

Boleh KLIK DIBAWAH untuk info lanjut.
Join italki Language Challenge And Win Rewards!



Sebarkan pada kawan-kawan yang sedang belajar bahasa asing untuk sertai cabaran ini! 

Monday, 25 January 2021

LEARN MALAY LANGUAGE WITH NATIVE SPEAKER

Assalamualaikum semua.

Hi, anyone wants to learn a Bahasa Melayu (Malay language) with a native speaker?

I am a native Malay speaker and offering an online private tutor for total beginner and conversation practice using the Italki platform.

This lesson might be helpful especially during your interview with immi in Bahasa or in daily typical conversation.

Please let me know if you need any help with Bahasa. You can ask anything about Malaysia culture too 😊

You can check my teacher profile and book your lesson by clicking the link below: https://www.italki.com/teacher/4616938/?ref=D6FBea


Thank you.



Sunday, 24 January 2021

IBUKU MENANG HADIAH DARI SAJI MALAYSIA

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak kongsikan mengenai berita gembira iaitu ibu sis memenangi hadiah dari saji Malaysia.

Hadiahnya tidaklah semewah mana tetapi cukup membahagiakan. 

Terima kasih SAJI!!!






Saturday, 23 January 2021

MAKSUD PDPR

Assalamualaikum semua.

Agak terlambat rasanya untuk menulis ini. Tetapi biarlah lambat asalkan selamat.

Kalau PKP, kita tahu maksudnya Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimana pula dengan PDPR?

Rasanya para guru tahu maksudnya.

Untuk yang bukan guru sekolah seperti kita ini, tidak ketinggalan untuk mengetahuinya.

PDPR bermaksud Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah.

Sebelum ni mungkin anda pernah dengan akronim PNP iaitu pengajaran dan pembelajaran.



Wednesday, 20 January 2021

AKU SUSPEK C*V*D 19 KE?

Assalamualaikum semua.

Kalau anda pernah baca post sis sebelum ni, sis ada beritahu yang sis ni batuk berkahak dari pertengahan bulan 12 lagi.

Tuesday, 19 January 2021

PRIVATE TRAINER KUANTAN 2021

Assalamualaikum semua.

Anda jangan salah faham ya, bukan sis yang jadi private trainer tu.

Untuk anda-anda yang sedang mencari private trainer LELAKI untuk membantu dan pandu anda di gym.

Pos ini adalah amat sesuai untuk anda.


PRIVATE TRAINER KUANTAN 2021 



Siapa patut mengupah private trainer?

1. Anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti gym tetapi tiada kawan untuk bantu/nasihat yang mana satu perlu anda buat.

2. Masih samar-samar tujuan anda ke gym, anda ingin kelihatan sado dan fit tetapi adakah memadai dengan buat sit up dan lift up.

3. Isteri / kekasih/ ibu  anda bising yang perut anda makin kedepan tanpa zuriat (baca: buncit/boroi) dan menyuruh anda ke gym untuk exercise.

4. Exercise di gym mengikut panduan di coach oleh trainer.

5. Ingin 4-6 pack di perut tetapi risau tersalah langkah. 


KENAPA ANDA PATUT MENGGUNAKAN SERVIS PRIVATE TRAINER INI?

1. UNTUK WARGA KUANTAN SAHAJA 

Trainer ini menggelarkan diri mereka Gorillaz Squatz dengan tagline 'Fight Until End'. Anda lihat sendiri badan-badan trainer ni yang sado dan fit.

Mereka beroperasi di Titanium Fitness Centre Gym yang terletak di Sri Kuantan, Jalan Teluk Sisek. Anda search je Titanium FC kuantan nanti keluar la. 


2. MURAH DAN BERBALOI 

Anda mesti tidak percaya harga promo SEHINGGA JUN 2021 ini.

Iaitu RM400 sahaja sebulan. Info lanjut sila tanya trainer ye. 


TERHAD UNTUK 10 ORANG PERTAMA SAHAJA


DISKAUN RM50 JIKA ANDA SEBUT NAMA BLOG INI KETIKA MESEJ PRIVATE TRAINER.

Bagaimana?

' Assalamualaikum, saya berminat untuk mengupah private trainer, Saya lihat di blog mierayusof.com.


AMARAN!!!

kalau dia tak bagi anda diskaun RM50 walaupun anda telah menyebut nama blog ni, sila pm sis ok.Tapi mungkin juga dia tak dapat nak bagi sebab dah cukup kuota 10 orang tu, apa-apa pun kalau anda nak juga diskaun RM50 tu, bolehlah pm sis.Sis boleh tolong. 


Ok, itu sahaja.


Monday, 18 January 2021

Aku dan cikgu bahasa Melayu untuk penutur asing

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak kongsikan lah mengenai 'kerja' terbaru sis setelah habis belajar ni.

Iaitu sis menjadi cikgu bahasa Melayu untuk penutur asing.

Saturday, 16 January 2021

RESEPI ASAM PEDAS JOHOR SIMPLE SEDAP

Assalamualaikum semua.

Semalam sis nak masak asam pedas, lepas tu tiba-tiba rasa macam nak cuba masak asam pedas Johor.

Seingat sis, sis tak pernah lagi makan asam pedas Johor ni.

Asam pedas Melaka pernah lah sebab kakak ipar sis orang Melaka dan sis pun pernah makan asam pedas Melaka di Melaka.

BEZA ASAM PEDAS MELAKA DAN ASAM PEDAS JOHOR.

Tentulah namanya!

Ok sis gurau sahaja!

Sudah tentulah yang membezakannya adalah RESEPINYA.


Resepi asam pedas Melaka sis kurang pasti kerana sis tak pernah masak asam pedas Melaka.

Yang pasti sekarang ni sis nak kongsikan asam pedas Johor yang sis ikut daripada blog kak Azie. 

Kalau anda pernah masak asam pedas, anda mesti tahu item wajib ada untuk buat asam pedas iaitu:

-CILI GILING
- BAWANG KISAR
- DAUN KESUM
- BUNGA KANTAN
-ASAM JAWA

Diatas ni adalah bahan wajib. Jika ada kesemua bahan di atas ni, maka jadilah ia asam pedas yang sedap!

Tambahan untuk asam pedas johor,

bahan kisar tu anda kena tambah bawang putih, sedikit belacan (jangan banyak nanti kuat rasa belacan), sesudu kunyit dan halia. 

Dan anda boleh masak asam pedas macam biasa!


Ini hasil sis masak semalam. Rasanya sis lupa nak tumis sampai pecah minyak sebab tak sabar nak makan. hehe.

Biasanya orang masak asam pedas ni guna:

-ikan pari
-ikan mayong
-ikan parang

Kalau guna ikan pari atau ikan mayong, letak sedikit lada hitam yang ditumbuk. kuah ikan parang sedikit cari berbanding yang lain.

Kalau nak guna telur ikan mayong, pastikan telur tesebut direbus terlebih dahulu untuk mengelakkannya hancur atau pecah apabila dimasukkan kedalam kuah asam pedas. 


Anda orang Johor? Anda orang Melaka? Anda bukan orang Johor dan Melaka?

Anda rasa asam pedas yang mana sedap?

Oh ya, sedap tu subjektif bukan? 


Akhir kata, selamat mencuba!!! 

Friday, 15 January 2021

PKP LAGI. ANDA OK KE TU?

Assalamualaikum semua.

Hari ni santai je. Kalian mesti dah dengar mengenai berita yang PM kita umumkan baru-baru ni.

6 buah negeri yang perlu menjalani PKP seperti mana bulan Mac tahun lepas.

Thursday, 14 January 2021

BEZA MFG DAN EXP

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak kongsikan mengenai beza MFG dan EXP.

Kedua-dua perkataan ini anda akan dapati pada semua jenis produk.




Apa itu MFG?

MFG adalah singkatan kepada manufactured iaitu tarikh produk tersebut dibuat.

Contohnya produk A, MFG 080121 , maksudnya produk A dibuat pada tarikh 8 Januari 2021.


Apa itu EXP?

EXP adalah singkatan kepada expired iaitu tarikh luput produk tersebut.

Contohnya produk A EXP 080123, maksudnya produk A akan tamat tempoh pada tarikh 8 Januari 2023.


Benda senang je nak faham, apa masalah sebenarnya?


Masalahnya ramai orang kita tertukar antara dua ni.

Sebab sis tengok di Shopee, ada yang bagi 1-3 bintang kat seller sebab cakap seller jual barang dah expired. Siap tunjuk gambar lagi.

Lepas tu gambar tu, tulis 0920 tanpa EXP dan MFG kat depan, maksudnya September 2020 secara umum. Dia nak cakap yang seller tu jual produk yang dah expired September 2020 lepas. 


Aduhai sayangku,kalau takde tulis EXP kat depan tarikh tu, maksudnya itu tarikh manufacturing.


Sis, harap lebih ramai yang sedar pasal benda ni. 

EXP ni biasa ada pada produk makanan. 

MFG ni biasanya ada pada semua produk.

Ada juga ye produk yang takde label dua-dua ni. Kalau boleh elakkan.


Sekian perkongsian ringkas. Semoga bermanfaat


Wednesday, 13 January 2021

RESEPI AYAM PERAP BBQ SIMPLE

Assalamualaikum semua.

Sis nak kongsikan mengenai resepi mudah untuk buat ayam perap BBQ.

Sejujurnya sis dah selalu sertai aktiviti BBQ tapi sis hanyalah sebagai tukang makan.


Baru-baru ni baru sis berkesempatan untuk belajar buat sendiri bahan perap. Mudah saja rupanya.

Sis kat rumah memang jarang buat ayam bbq ni.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. Serbuk lada
2. 1 botol madu
3. Limau nipis 7-10 biji
4. 1 botol sos tiram
5. 1 botol sos cili thai
6. 2 kiub ayam atau 1 kiub ikan bilis. 
7. 3 sudu makan serbuk Lada Sulah


Caranya sangat mudah, gaulkan semua bahan di atas didalam bekas sehingga sebati.

Jika anda guna sebotol untuk semua, ia cukup untuk perap 5-6 ekor ayam saiz sederhana.

Jika anda ingin perap beberapa ketul ayam sahaja, hanya guna SATU SENDUK NASI sahaja untuk setiap bahan dan campurkan.

Tak perlu garam dan gula sebab bahan-bahan ni semua dah ada perasanya tersendiri.

OK, kat bawah ni sis kongsikan hasil masakan sis. 





Tuesday, 12 January 2021

REVIEW SAMBAL TERASI, SESUAI DIBAWA KETIKA TRAVEL


Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak review lah mengenai sambal yang terkenal di Indonesia (mungkin) dan kurang terkenal di Malaysia iaitu SAMBAL TERASI.

Monday, 11 January 2021

SABUN SERBUK EKONOMI TERBAIK DI MALAYSIA

Assalamualaikum semua.

 

Hari ni sis cuma nak kongsikan mengenai hal remeh ini.


Iaitu mengenai sabun serbuk untuk membasuh baju dengan harga rakyat marhein dan kualiti yang bagus.


Jika anda adalah seorang pengguna sabun cecair, pos ini mungkin tidak sesuai untuk anda.


Tetapi jika anda ingin teruskan juga membaca. Sis mengalu-alukannya.

Sunday, 10 January 2021

Angan-angan menjadi freelance tourguide yang tidak kesampaian

Assalamualaikum semua.

Saja sis nak kongsikan.

Masa awal tahun 2020, sis ada lah bercadang untuk berjinak-jinak untuk menjadi tourguide.


Lebih tepat lagi, sis nak buat free walking tour di KL.

Antara 3 objektif utama sis nak jadi tourguide ni adalah:

Saturday, 9 January 2021

Review Nasi Lemak Atok KFC, sedap dari MCD ke?

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak review mengenai nasi lemak atok KFC.

Kalau tak silap lah, rasanya ni kali pertama sis makan nasi lemak KFC.

Friday, 8 January 2021

REVIEW LAPTOP SKIN MURAH BERKUALITI DARI SHOPEE

Assalamualaikum semua.


Hari ni sis nak review Skin laptop yang sis beli di Shopee.

Sis sebenarnya dah lama sangat berhajat nak pasang sticker kat laptop ni. Sebelum ni sis tampal sticker yang sis dapat masa beli buku di Pesta buku je.

Lama-lama tengok rasa macam nak upgrade plak.

Thursday, 7 January 2021

REVIEW NESTUM SWEET POTATO & TARO SPECIAL EDITION

Assalamualaikum semua.


Hari ni sis nak review mengenai produk baru Nestle Malaysia iaitu Nestum Sweet Potato & Taro Special Edition. Hari tu sis juga dapat hadiah dari Nescafe Malaysia. 


Sis dapat sample percuma yang sis redeem melalui newsletter Nestle. Anda pun boleh tebus sample percuma daripada Nestle ni tau.

Wednesday, 6 January 2021

MASAK LEMAK DAUN SALANG

Assalamualaikum semua.

Pernahkah kalian dengar mengenai daun salang?

Sis ni pertama kali dengar mengenai daun salang ni ketika menyertai kem di Perak baru-baru ni.

Tuesday, 5 January 2021

Beli Ebook Tafsir Ibnu Kathir online

Assalamualaikum semua.

Sis mulakan dengan cerita dulu ya.

Alkisahnya baru-baru ni sis berbual dengan sahabat sis.

Masa tu kami dalam kereta dan dalam perjalanan dari Perak ke KL.

Sampailah satu ketika ni, dah tak tahu nak borak apa.

Jadi, sis tanyalah sahabat sis ni namanya A(bukan nama sebenar). Oh ya, A ni muda dua tahun dari sis.


Sis tanya 'A layan drama Korea tak?'

A: Tak kak. Saya tak tengok drama atau apa2 cerita.

Sis: Oh, dah tu A suka buat apa?

A: Saya suka membaca je.

Sis: Oh, baca buku macamana?

A: Saya suka baca tafsir, biografi dan sejarah-sejarah dulu.

Masa tu, sis rasa macam Allah hantar A untuk sedarkan sis yang sis pun kena berubah ke arah yang lebih baik.

Sejujurnya sis memang tak pernah baca Tafsir ni melainkan terjemahan dalam Al-Quran.

Monday, 4 January 2021

REVIEW MAGICLEAN STAIN & MOLD NO MORE SCRUBBING

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis  nak kongsikan satu produk pembersih yang aku beli di Shopee tempoh hari.

Produk itu adalah MAGICLEAN STAIN & MOLD NO MORE SCRUBBING.

Saturday, 2 January 2021

sabar ye.

Assalamualaikum semua.

Jap ye, tengah menulis lagi ni.