AKU SUSPEK C*V*D 19 KE?

By Mierayusof - Wednesday, January 20, 2021

Assalamualaikum semua.


Kalau anda pernah baca post sis sebelum ni, sis ada beritahu yang sis ni batuk berkahak dari pertengahan bulan 12 lagi.

Sampai sekarang ni, nak masuk botol ke 4 ubat batuk sis minum, jenama Prospen, Hurix dan Allaxin.

Lozeng ubat sakit tekak tu pon rasanya nak masuk 10 biji dah makan.

Masa mula-mula batuk tu, memang sis pantang daripada minum air sejuk walaupun yang tiada ais.

Bila dah beransur pulih, sis pun ada la minum air teh ais sikit-sikit yang dibeli di kedai.


Sis perasan, lepas sis minum air sejuk, terus kahak sis datang balik.

Hari ni masuk sebulan dah sis batuk.

Dan saat ni, batuk sis masih teruk. Teruk tahap macam mana? Sis terjaga pukul 4 pagi sebab nak batuk. Lepas tu tak boleh tidur, lepas subuh baru sis boleh tidur semula. 

Batuk pula bukan batuk macam batuk biasa tu. Batuk macam nak terkeluar tekak ni. Dada pun kadang sakit sebab terbatuk kuat.

Kahak plak keluar je banyak tapi masih ada banyak juga yang terhasil.

Jadi, sis ambil pendekatan untuk jauhkan diri sis dengan air sejuk termasuk yang berais ni sehinggalah sis betul-betul sembuh/ dah tak batuk.

Oh ya, berbalik ke suspek cvd tu. Sis ada la baca pasal simptom2.

Sis memang batuk dah lama, tapi sis masih rasa sihat, bila batuk teruk sangat tu je rasa lemah jap badan lepas tu ok semula, ohya hingus pun keluar time batuk gila-gila. Lepas dah ok sikit, hingus pun hilang.

Selera makan sis masih ada cuma entah rasa macam makin berkurang je. Tapi deria bau sis masih berfungsi. Kalau sis makan halia, sis masih rasa nak muntah.

Mak sis pun dah usahakan untuk sis amalkan minum delima + madu + zaitun.

Ketiga-tiga tu sis beli di Olive house.

Doakan sis cepat sembuh ya. Semoga kesakitan ni dapat menghapuskan dosa-dosa sis yang terdahulu. 


Sebenarnya post ni takde kaitan dengan sesiapa. Memang pasal diri sis semata. Alang2 sis nak buat 1 hari satu post maka terhasillah post ini.


Oh ya, sis dah mula dengan kursus ..... nanti sis cerita ya. Tak boleh cerita sekarang sebab masih terlalu awal.

Tunggu sis dah habis kursus dan dah dapat sijil apa semua. Sis cerita. Kursus ni di tangguh sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Silakan teka.

Semoga kuat jodoh sis dengan 'kerja jika sis berjaya kursus ni' aminnnnnn...



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^