Angan-angan menjadi freelance tourguide yang tidak kesampaian

By Mierayusof - Sunday, January 10, 2021

Assalamualaikum semua.


Saja sis nak kongsikan.

Masa awal tahun 2020, sis ada lah bercadang untuk berjinak-jinak untuk menjadi tourguide.


Lebih tepat lagi, sis nak buat free walking tour di KL.

Antara 3 objektif utama sis nak jadi tourguide ni adalah:

1. Ingin berkongsi keunikan, sejarah kuala lumpur kepada pelancong luar negara.

2. Ingin memantapkan dan mengasah keupayaan untuk berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

3. Ingin memantapkan kemahiran bercakap bahasa Inggeris.


Sis ada lah buat persediaan sedikit seperti mencari tempat-tempat yang ingin dibawa semasa walking tour, apa info yang ingin dikongsi dan sebagainya.

Tup-tup, PKP pula. Terus terbantut hasrat sis.

Sis juga dah daftar pun untuk jadi tourguide dan masa tu berkobar-kobar sebab tak ramai tau orang kita yang menawarkan servis free walking tour ni di Kuala Lumpur.

Kalau korang pergi ke luar negara terutama Eropah, servis ini adalah servis yang paling menjadi pilihan backpackers dan pelancong berbanding servis tour berbayar.

Kenapa ?

Kerana ia adalah 'percuma'. Maksud percuma disini adalah peserta tidak dikenakan bayaran tetap untuk membayar tourguide. Jumlah bayaran adalah bebas. Jika peserta ingin bayar rm1, silakan. Jika peserta ingin bayar rm1,000 juga silakan. Tourguide perlu menerimanya dengan hati terbuka.


Tetapi, sis masih tidak berputus asa untuk mencapai 3 objektif utama sis tadi.

Maka, sis beralih arah kepada yang lain pula.

Nak tahu apa dia?

Teruskan membaca blog ini. 



  • Share:

You Might Also Like

1 comments

Thank you for your comment ^_^