Beli Ebook Tafsir Ibnu Kathir online

By Mierayusof - Tuesday, January 05, 2021

Assalamualaikum semua.


Sis mulakan dengan cerita dulu ya.

Alkisahnya baru-baru ni sis berbual dengan sahabat sis.

Masa tu kami dalam kereta dan dalam perjalanan dari Perak ke KL.

Sampailah satu ketika ni, dah tak tahu nak borak apa.

Jadi, sis tanyalah sahabat sis ni namanya A(bukan nama sebenar). Oh ya, A ni muda dua tahun dari sis.


Sis tanya 'A layan drama Korea tak?'

A: Tak kak. Saya tak tengok drama atau apa2 cerita.

Sis: Oh, dah tu A suka buat apa?

A: Saya suka membaca je.

Sis: Oh, baca buku macamana?

A: Saya suka baca tafsir, biografi dan sejarah-sejarah dulu.

Masa tu, sis rasa macam Allah hantar A untuk sedarkan sis yang sis pun kena berubah ke arah yang lebih baik.

Sejujurnya sis memang tak pernah baca Tafsir ni melainkan terjemahan dalam Al-Quran.

A cadangkan sis kalau nak mula baca tafsir, bacalah Tafsir Ibnu Kathir.

Sis pernah dengar pasal Tafsir tu tapi tak pernah ambil tahu.

Masa belajar dulu jarang-jarang juga pergi kuliah agama.

Sis terus cari harga tafsir tersebut.

Sis jumpa di Shopee, mulanya jumpa yang berbentuk buku, satu set tu ada 8 jilid RM400+ tak silap.

Kemudian sis cari lagi, ada terjumpa Ebook, mulanya sis jumpa yang jual RM24+, eh beza betul Ebook dengan buku. Ya kalau buku tu sis faham lah kenapa harganya begitu sebab kos bahan dan kos pos.

Tetapi Ebooknya berbeza sungguh harga, ada yang jual dengan harga serendah 90sen sahaja untuk kesemua jilid.


Sis pun cubalah beli yang 90sen tersebut.




Selepas membuat pembayaran, terus sis dapat emel yang berisi Ebook tersebut.




Doakan sis 'melekat' dengan tafsir ni. Sis memang suka tengok drama Korea bila ada masa lapang.

Tapi entahlah, sejak bulan 12 2020 tahun lepas, tiba-tiba sis rasa hilang minat dengan drama Korea ni dan ingin mencari sesuatu yang lebih bermanfaat.

Oh ya, drama Korea ni walaupun ia lagha tapi ada juga ilmu dan mesej yang disampaikan lagi-lagi kalau drama mengenai medikal. Jadi, jangan pukul rata ye mengenai drama Korea ni. Yang pasti, drama Korea lebih berkualiti berbanding drama Melayu. hehe.

Kembali mengenai Ebook Ibnu Tafsir, sis cuba juga untuk cari kotlah ada yang beri Ebook ni secara percuma.

Rupanya ada!

Rasanya kalian boleh je search nanti keluarlah pasal Ebook ni.

Tu je. Anda ada apa2 komen tak mengenai ni? Jika ada, sila utarakan.

Disclaimer: Sis bukan pelajar jurusan agama tetapi pernah bersekolah di sekolah menengah agama. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^