BEZA MFG DAN EXP

By Mierayusof - Thursday, January 14, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni sis nak kongsikan mengenai beza MFG dan EXP.

Kedua-dua perkataan ini anda akan dapati pada semua jenis produk.




Apa itu MFG?

MFG adalah singkatan kepada manufactured iaitu tarikh produk tersebut dibuat.

Contohnya produk A, MFG 080121 , maksudnya produk A dibuat pada tarikh 8 Januari 2021.


Apa itu EXP?

EXP adalah singkatan kepada expired iaitu tarikh luput produk tersebut.

Contohnya produk A EXP 080123, maksudnya produk A akan tamat tempoh pada tarikh 8 Januari 2023.


Benda senang je nak faham, apa masalah sebenarnya?


Masalahnya ramai orang kita tertukar antara dua ni.

Sebab sis tengok di Shopee, ada yang bagi 1-3 bintang kat seller sebab cakap seller jual barang dah expired. Siap tunjuk gambar lagi.

Lepas tu gambar tu, tulis 0920 tanpa EXP dan MFG kat depan, maksudnya September 2020 secara umum. Dia nak cakap yang seller tu jual produk yang dah expired September 2020 lepas. 


Aduhai sayangku,kalau takde tulis EXP kat depan tarikh tu, maksudnya itu tarikh manufacturing.


Sis, harap lebih ramai yang sedar pasal benda ni. 

EXP ni biasa ada pada produk makanan. 

MFG ni biasanya ada pada semua produk.

Ada juga ye produk yang takde label dua-dua ni. Kalau boleh elakkan.


Sekian perkongsian ringkas. Semoga bermanfaat


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^