MASAK LEMAK DAUN SALANG

By Mierayusof - Wednesday, January 06, 2021

Assalamualaikum semua.


Pernahkah kalian dengar mengenai daun salang?

Sis ni pertama kali dengar mengenai daun salang ni ketika menyertai kem di Perak baru-baru ni.

Inilah dia daun salang yang telah dipetik. 



Menariknya daun salang ni, ia terkenal dan mudah didapati di negeri Perak. Di negeri lain mungkin ada tapi sis tak pasti dimana. 

Memang padan pun sis tak kenal pasal pokok . Sebabnya sis ni memang peminat sayuran hijau. 99% sayuran hijau sis suka. 

Info menarik mengenai Daun Salang:

1. Nama saintifik : Claoxylon longifolium

2. Ketinggian: Boleh mencapai 3-5 meter

3. Daun: Boleh mencapai 15cm lebar dan 40cm panjang

4. Buah: Berbentuk kapsul, berpangsa tiga, semasa muda ia berwarna hijau, apabila telah masak, warnanya bertukar perang dan kulitnya terbuka sendiri.

5. Cara tanaman: Semaian biji benih atau keratan batang

6. Cara dimasak: Untuk buat ulam, dicelur sehingga layu untuk mudah dimakan. Juga sesuai dibuat masak lemak santan atau tumis air.


Jadi, sis pun bawa balik daun salang ni ke rumah sebab ada lebih dan nak bagi mak sis rasa. 

Sis buat masak lemak daun salang. Dibawah adalah hasilnya. 




Dimakan pula bersama ikan pekasam, sedapnya!




Sedap daun ni sebab dia ada rasanya sendiri dan paling best daun ni tak pahit pun. Kalau makan macam tu je ada la rasa pahit tapi tak ketara.

Warna santan tu pon bertukar kehijauan.

Anda pernah makan daun ni? Apa kata anda? 





  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^