RESEPI ASAM PEDAS JOHOR SIMPLE SEDAP

By Mierayusof - Saturday, January 16, 2021

Assalamualaikum semua.


Semalam sis nak masak asam pedas, lepas tu tiba-tiba rasa macam nak cuba masak asam pedas Johor.

Seingat sis, sis tak pernah lagi makan asam pedas Johor ni.

Asam pedas Melaka pernah lah sebab kakak ipar sis orang Melaka dan sis pun pernah makan asam pedas Melaka di Melaka.

BEZA ASAM PEDAS MELAKA DAN ASAM PEDAS JOHOR.

Tentulah namanya!

Ok sis gurau sahaja!

Sudah tentulah yang membezakannya adalah RESEPINYA.


Resepi asam pedas Melaka sis kurang pasti kerana sis tak pernah masak asam pedas Melaka.

Yang pasti sekarang ni sis nak kongsikan asam pedas Johor yang sis ikut daripada blog kak Azie. 

Kalau anda pernah masak asam pedas, anda mesti tahu item wajib ada untuk buat asam pedas iaitu:

-CILI GILING
- BAWANG KISAR
- DAUN KESUM
- BUNGA KANTAN
-ASAM JAWA

Diatas ni adalah bahan wajib. Jika ada kesemua bahan di atas ni, maka jadilah ia asam pedas yang sedap!

Tambahan untuk asam pedas johor,

bahan kisar tu anda kena tambah bawang putih, sedikit belacan (jangan banyak nanti kuat rasa belacan), sesudu kunyit dan halia. 

Dan anda boleh masak asam pedas macam biasa!


Ini hasil sis masak semalam. Rasanya sis lupa nak tumis sampai pecah minyak sebab tak sabar nak makan. hehe.

Biasanya orang masak asam pedas ni guna:

-ikan pari
-ikan mayong
-ikan parang

Kalau guna ikan pari atau ikan mayong, letak sedikit lada hitam yang ditumbuk. kuah ikan parang sedikit cari berbanding yang lain.

Kalau nak guna telur ikan mayong, pastikan telur tesebut direbus terlebih dahulu untuk mengelakkannya hancur atau pecah apabila dimasukkan kedalam kuah asam pedas. 


Anda orang Johor? Anda orang Melaka? Anda bukan orang Johor dan Melaka?

Anda rasa asam pedas yang mana sedap?

Oh ya, sedap tu subjektif bukan? 


Akhir kata, selamat mencuba!!! 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^