REVIEW LAPTOP SKIN MURAH BERKUALITI DARI SHOPEE

By Mierayusof - Friday, January 08, 2021

Assalamualaikum semua.



Hari ni sis nak review Skin laptop yang sis beli di Shopee.

Sis sebenarnya dah lama sangat berhajat nak pasang sticker kat laptop ni. Sebelum ni sis tampal sticker yang sis dapat masa beli buku di Pesta buku je.

Lama-lama tengok rasa macam nak upgrade plak.


Cari punya cari, sis jumpa satu kedai ni yang jual custom laptop skin dan sticker tu merangkumi 3 bahagian iaitu

1. Depan laptop yang ada logo tu
2. Skrin
3. Keyboard

Dan harganya RM20+ je. S

Barang ni dipos dari China. Ia mengambil masa lebih kurang seminggu je untuk sampai.

p/s: baca sampai habis tau, kat bawah sis ada letak link kalau anda nak beli dari kedai ni. 


Inilah parcelnya. Teruja tau masa dapat parcel ni. Rasa tak sabar-sabar nak pasang. 

 
Tapi sebelum pasang, kena lah bersihkan dulu laptop. Tengoklah laptopku yang diselimuti gam.

Takdelah susah sangat nak buang gam yang melekat ni, guna tangan je. Hanya perlu geserkan jari kemudian gam tersebut akan tertanggal kerana geseran haba yang diberikan. 



Mujur adik sis rajin tolong sis bersihkan jadi lebih cepat kita boleh pasang sticker ni. Yeay! 




Setelah laptop selesai dibersihkan. Kan cantik 

Ini adalah sticker yang dibuat khas mengikut jenama model laptop sis.


Mula-mula sis pasang bahagian depan dulu. yang ni adik sis tolong pasangkan sebab dia lagi cermat dari sis. 






Kemudian, sis pasang bahagian papan kekunci pula. Tak susah sangat pun. Alhamdulillah ngam. 


Inilah hasilnya. Comelkan doraemon tu? Sebenarnya kan, sis nak laptop sis corak pink tu, tapi seller tu tersalah bagi design. Redha je lah. Benda dah dapat. takkan nak refund plak kan. 



Ini pertama kali sis letak sticker kat keyboard. Sebelum ni sis letak alas jer. Sis rasa lebih best menulis tanpa alas. Hehe 




Akhir sekali, kat bawah ni sis kongsikan nama kedai yang sis beli dan harganya.

harga 1 set tu sangat murah bagi sis, RM26.70 sahaja.

Kalau anda nak beli skin untuk depan sahaja pun ada, serendah RM9.60 tak silap. 

KLIK SINI kalau anda nak beli untuk diri anda juga. 




Terima kasih kerana membaca.

Laptop anda ada skin juga ke? Corak apa? kongsikan. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^