SABUN SERBUK EKONOMI TERBAIK DI MALAYSIA

By Mierayusof - Monday, January 11, 2021

Assalamualaikum semua.


 

Hari ni sis cuma nak kongsikan mengenai hal remeh ini.


Iaitu mengenai sabun serbuk untuk membasuh baju dengan harga rakyat marhein dan kualiti yang bagus.


Jika anda adalah seorang pengguna sabun cecair, pos ini mungkin tidak sesuai untuk anda.


Tetapi jika anda ingin teruskan juga membaca. Sis mengalu-alukannya.

Alkisahnya, sis ni sejak sekolah asrama tingkatan satu lagi guna sabun serbuk untuk basuh baju. Kalau rasa nak berjimat, sis guna la sabun buku. Yang tu super jimat kalau guna.


Sampailah masuk universiti pun, sis guna sabun serbuk sebab harga sabun serbuk ni lebih murah. Ada la juga sis tukar angin guna sabun cecair.


Masa sis guna sabun serbuk tu kan, sis ni suka betul cuba pelbagai jenama sabun serbuk. Cakap je jenama sabun serbuk yang ada di Malaysia ni, 90% sis dah pernah guna kalau sabun tu ada di kedai runcit berhampiran.


Dalam banyak-banyak sabun serbuk yang sis pernah guna, ada satu sabun serbuk ni yang menarik perhatian sis dan berjaya buat sis jatuh hati.


Sabun serbuk tersebut adalah jenama BOOM.







Sabun ni harganya antara yang termurah berbanding yang lain.

Baunya juga agak kuat dan boleh dihidu dari luar.

Kenapa sis suka sabun ni?

Kerana:

1. BAU TAHAN LAMA/TAK HAPAK - kalau korang pernah basuh baju guna tangan dan guna sabun, dan kalau korang sidai baju bersama baju2 lain lagi2 di asrama, dan kalau korang biarkan baju tu berhari-hari, ditambah pula baju tu terkena tempias hujan, bila korang angkat baju tu, baju tu dah hilang dah bau wangi sabun.

TAPI,

dengan sabun BOOM ni, bau tu masih ada! dan baju tu still wangi tak hapak!


2. TAK PANAS - kalau korang pernah letak sabun serbuk tu dalam baldi kemudian letakkan air, korang akan dapat rasakan kepanasan sabun tu buat seketika. Tetapi, sabun BOOM ni, sabun ni tak panas pun bila kena air. Sis tak pasti konsep kimia disebalik tragedi ini tetapi itulah yang sis cuba sampaikan.


3. HARGA PALING EKONOMI - kalau korang bandingkan betul-betul harga sabun BOOM ni dengan sabun jenama lain, sabun BOOM ni antara yang termurah tau. Tak percaya? Pergi lah bandingkan.


4. BAU WANGI - point pertama tadi bau tahan lama, point ini agak sama tetapi berbeza iaitu bau sabun ni amat wangi. Bukankah matlamat anda untuk meletakkan sabun di dalam cucian untuk mewangikan pakaian disamping untuk membersihkan pakaian tersebut?

Rasanya cukuplah 4 sebab kenapa sis sangat menggalakkan sabun BOOM ni untuk diguna oleh anda-anda yang ingin mencapai 4 sebab di atas.



Adakah anda rasa pendapat sis ini auta? Itu hak anda. Ini adalah pendapat sis dan sis tidak disponsor oleh BOOM.

Sis cuma nak nyatakan kebahagiaan sis bila guna sabun BOOM sebab mak sis tak berapa suka sabun BOOM ni. hehe so bila mak sis beli sabun, mak sis akan beli sabun jenama lain. Tapi bila sis yang beli sabun untuk diri sis atau untuk rumah, sudah tentulah sabun BOOM menjadi pilihan utama sis.


Asal usul mengenai sabun BOOM ni tidaklah sis ketahui kerana sis tidak rajin untuk mengambil tahu.

Sekian perkongsian dari sis.

Semoga bermanfaat!

Fuh ape bende aku menulis panjang-panjang pasal sabun ni. Hahahah 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^