SEWA KERETA BULANAN KUANTAN MURAH 2021

By Mierayusof - Sunday, January 17, 2021

Assalamualaikum semua.


Pos ni pendek je. Sis cuma nak tolong sahabat sis ni. Dia minta tolong hebahkan.

Pos ni khas untuk anda yang sedang mencari kereta sewa untuk menyewanya selama sebulan atau lebih.


Jadi, kisahnya macam ni.

Sahabat sis ni, dia ada sebuah kereta. Tetapi kereta tersebut sangat jarang digunakan dan untuk menjualnya juga agak payah kerana ia kereta lama, tak ramai yang berminat. Yang berminat pun ,semuanya bajet terlalu kecil seperti 1-3k sahaja.

Jadi, daripada kereta tersebut dibiarkan tidak bergerak dan berjehek, sahabat sis ni berhajat nak sewakan untuk sesiapa yang tak ada bajet besar untuk sewa kereta.


Biasanya harga sewa kereta sehari RM80-100 kan, itu pon kereta yang kecil seperti AXIA manual je.

Kalau kereta Myvi, lebih mahal harganya, ada yang cecah RM150 sehari. Kalau sebulan dah berapa kan? 


Kereta yang sahabat sis nak sewakan ni KERETA LAMA, AUTO, dan sesuai dipakai untuk ulang alik kerja je. Jalan jauh boleh tapi tak digalakkan, yelah kereta lama.


Kira macamana?

Kawan sis masih berfikir lagi, dia cadang untuk beri harga sewa murah sahaja sebab dia bukanlah buat bisnes sewa kereta. Tapi takkan nak bagi free plak orang guna kereta dia, ANDA SIAPA NAK GUNA SECARA PERCUMA KERETA ORANG LAIN ? hehe.

Buat la amal jariah bagi percuma ke. 

Bagi sewa murah tu pon dah dikira amal jariah juga la sebab memudahkan urusan orang lain kan. 


BERAPA SEWA MINGGUAN DAN BULANAN?

Ok, baca betul-betul ya.

Sewaan mingguan untuk 7 hari adalah RM200 sahaja. Ya, DUA RATUS ringgit sahaja. SANGAT MURAH!!!! 

Dan jika anda ingin sewa bulanan iaitu 30 hari, hanya RM500 sahaja. Jimat RM100.

Sehari jatuh RM17 sahaja kos sewa kereta. Sejam kosnya hanyalah 70sen.

Duit minyak tentulah anda yang bayar kerana anda yang menggunakan kereta tersebut.

Jika terdapat kerosakan yang berpunca dari anda, mestilah anda yang perlu membaikinya.

Surat perjanjian akan disediakan untuk menjaga kedua belah pihak. Deposit juga diperlukan dan akan dipulangkan setelah kereta dipulangkan seperti mana ia diambil. 


Jika anda sedang terdesak untuk menyewa kereta, boleh lah hubungi sahabat sis tersebut.

Tetapi terlebih dahulu anda kena isi GFORM yang sis sediakan dahulu. Sila pm fb page sis.


Terima kasih kerana membaca.

 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^