Tuesday, 23 February 2021

SIKITNYA CIKGU BAHASA MELAYU DI ITALKI.COM

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak kongsikan mengenai platform untuk anda belajar bahasa baru iaitu ITALKI.COM. 

Disini, anda boleh belajar apa sahaja bahasa yang anda inginkan dengan orang tempatan. 

Bahasa melayu pun ada tau di Italki ni.


Ok, kali ni aku saja lah survey nak tengok berapa ramai cikgu-cikgu di Italki ni. Jom kita lihat satu per satu. 


1) CIKGU BAHASA INGGERIS -  3981 ORANG 



2) CIKGU BAHASA THAI -   83 ORANG 




3) CIKGU BAHASA INDONESIA -  64 ORANG 




4) CIKGU BAHASA TAGALOG -  76 ORANG 





5) CIKGU BAHASA TURKI -  147 ORANG 




6) CIKGU BAHASA MELAYU -  12 ORANG 







Angka-angka di atas bukan rekaan ya tetapi di'screenshot' daripada website Italki sendiri.


Cikgu bahasa Melayu 12 orang je sedangkan the only 'MALAY' language kat situ, takde Malay Malaysia, Malay Singapura mahupun Malay Brunei.

Kalau korang rajin, korang godek-godek lagi bahasa yang ada, korang akan jumpa bahasa sunda, jawa, batak, minangkabau dan lain-lain bahasa Indonesia. Tetapi untuk bahasa Melayu, cuma ada yang ini je dan jumlah guru pun ada 12 orang sahaja. Jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain di Nusantara ni, jauh beza angkanya kan.

Amacam? Berminat ke nak mengajar bahasa Melayu? Yuran dalam USD tau.


Jika anda seorang guru profesional, bukan komuniti tutor. Yuran anda mestilah lebih mahal, tidak boleh rendah daripada komuniti tutor.

Paling mahal untuk belajar bahasa melayu ni aku cek, 20USD SEJAM. Perghh boleh buat full time, tapi kena jadi profesional cikgu dulu la.

Kalau cikgu komuniti macam aku ni, tak boleh lah letak mahal-mahal. Tapi aku rasa kalau RM20+ sejam tu pon dah kira murah lah kalau ikut harga USD. Kenapa? Korang pergi lah cek harga untuk kelas bahasa Inggeris, mahai nakhoram. Ada yang 50USD sejam pun ada. hehe.





Friday, 19 February 2021

ALFATIHAH UNTUK MAK KAKAK IPARKU

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak minta rakan-rakan yang baca post ni untuk sedekahkan alfatihah untuk ibu kepada kakak ipar sis yang baru je meninggal dunia jam 1.45am.


Entah kenapa, sis juga terasa kesedihannya kerana sis pernah lah jumpa arwah beberapa kali. Walaupun tidak rapat tetapi seakan terasa pemergiannya.

Kakak ipar sis sudah tentu lebih sedih dengan pemergian ibu tersayang. Siapa je tak sedih kalau ibu yang kita sangat-sangat rapat, tetapi meninggalkan kita selamanya. Tiada lagi doa ibu yang mengiringi kehidupan sehari-hari.

Kadang sis terfikir juga, bagaimanalah nanti kalau sampai giliran sis untuk merasai perasaan itu. Hanya bayangkan je pun dah buat sis berair mata, inikan pula kalau betul-betul berlaku.

Sedangkan masa mak sis masuk hospital sebab nak buang batu karang, padahal takde risiko besar pun. Itupon sis dah menangis macam apa bila tengok mak baring atas katil. Serious hati sis tak kuat!

Kawan sis yang sudah meninggal 3 tahun lalu pon sis boleh berair mata kalau teringatkan arwah.


KISAH KUCINGKU PART 1

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak kongsikan lah mengenai kucing peliharaan aku ni.

Ok, ni kali pertama tau kiteorang bela kucing kat rumah.

Kucing ni kawan adik aku punya. betina dan umur dalam 8 bulan camtu. 

Aku ni boleh kata pencinta kucing juga lah, sebab aku suka main-main dengan kucing jalanan, sebelum bela kucing ni pun, aku memang beli makanan kucing 4-5kg untuk bagi kat kucing jalanan ni. Dan aku beli RC untuk hedgehog aku.

Ok, kucing aku ni kan, entah lah mungkin aku yang tak biasa hadap kucing 24 jam kot.

Kucing aku ni namanya Sarto (bukan nama sebenar). Sarto ni kan rupanya kat rumah dia manja sangat tau.

Lepas tu kan, satu hari ni, dia terlepas dari rumah. Puas lah cari sebab rumah aku ni rumah flat.

Cari punya cari. tak jumpa. Rupanya dia duk lepak dengan 2 ekor jantan dari tingkat 3 kat tingkat 10. Aku tak tahu lah macamana jantan dari tingkat 3 tu boleh ajak dia lepak tingkat 10. Bila aku cari waktu siang, memang tak jumpa. 

SAtu hari ni, aku cuba pergi naik atas tingkat 10 tu waktu pagi, dalam jam 8, kebetulan aku terserempak dengan dia, Sarto ni nampak aku dan phewww dia lari laju giler weh aku tak sempat nak kejar.

So, malam tu, aku ajak adik aku pergi naik tingkat 10 jam 11.30pm sebab aku syak dia ni muncul time takde orang.


KOrang tahu, masa aku dan adik aku ni pergi tingkat 10 tu, aku tengok dia tengah dating dengan 2 ekor jantan kena apit kiri kanan. Eii panas je hati aku ni. Kita ni risau ke dia sebab dia ni pernah kena sawan dua kali. RIsau lah kot pengsan ke ape ke. RUpanya tengah sedap dating. Sabor je lah. Sebaik kucing.

Lepas tu kan, seminggu kemudian dia hilang lagi. Puncanya sebab mak aku buka tingkap dapur, lepas tu dia terjun weh dari tingkat 5! Aku tak tahu dia terjun macamana sebab tak nampak, tup2 hilang dah.

Lepas tu, kiteroang mulakan pencarian di tingkat 10.

Guess what? Dia ada kat tingkat 10 tu !!!! Takkanlah dia terjun sampai ground floor lepas tu dia naik tangga sampai tingkat 10? Tak pun, ape ke bijak sangat kucing ni boleh tekan lift sampai tingkat 10. Nak cakap ada orang lain curi. ENtahlah sebab masa aku jumpa dia pun, dia macam tetiba jadi anti dengan manusia.

NI masa aku tengah menulis ni. dia tengah tidur atas katil sebelah aku.

Aku jaga dia macam anak aku weh. kalau aku free, aku gendong dia, dukung dia, belai2 dia, main2 dengan dia. Adoila aku tak tahulah bila dia takde nanti. Sedangkan hamster aku yang aku jaga 2 tahun pun aku nangis bila mati. Inikan pula kucing! Aku tak kuat!!!!!


Sebenarnya ada kisah lain mengenai kucing aku ni tapi nanti lah pula aku cerita ya, lenguh tangan ni nak menaip sebab tadi aku duk gendong anak sedara aku 9 bulan tu berjam-jam sebab aku tolong jaga dia. Almaklumlah kita ni tak biasa gendong baby. gendong kucing biasa la itupon tak lengoh sebab berat kucing berapa kg jer.


Ok lah. Tq tau baca. Ni aku tulis saja-saja je latih tangan. Aicewahh.

Selamat malam korang! 

Monday, 15 February 2021

KERJA KOSONG SHAH ALAM 2021

Assalamualaikum semua.

Dimusim PKP 2.0 ni masih ramai yang dibuang kerja ke?

Jika anda tercari-cari kerja kosong, cubalah cari di Shah Alam.

Disini terlalu banyak kilang dan terlalu banyak kerja kosong.

Apa yang anda perlu buat adalah meronda di kawasan kilang tersebut dan lihat jika ada kerja kosong.

Ada sesetengah kilang, mereka tak gantung banner tetapi mereka masih perlukan pekerja.

Jika anda betul-betul mahukan kerja, anda perlu berkorban untuk tinggal di Shah Alam. Jangan risau harga bilik sewa kat sini ada je yang murah-murah, untuk rumah sewa je lah susah nak jumpa yang murah walaupun rumah flat. Tapi kalau bilik tu, masih ada yang RM150-RM300 sebilik. Murah lah tu kan. Takkan nak sewa bilik RM50-RM100 plak sebulan. AMboi.

Oh ya, lagi satu jika anda kerja kilang, ada kilang yang sediakan tempat tinggal. Jadi kat situ anda dah jimat masa dan tenaga untuk cari bilik sewa. Pengangukutan juga kadangkala disediakan. Jangan lupa tanya ketika temuduga tu.


Akhir kata, kerja kosong di Shah Alam tak akan pernah habis. Sentiasa ada. Nak dan tak nak je. Kenapa sis cakap macam tu? Sebab rumah sis di kawasan kilang-kilang. Jadi, sis sentiasa nampak banner kerja kosong kilang. Sis nak kerja tapi mak sis tak berapa setuju. 


Kalau sebut gaji pula, gaji basic ada yang RM1,400 tau. tu belum termasuk OT, public, ape smua. OK la tu kan.


Siapa berusaha dia berjaya!

Jika anda ada apa-apa soalan, silakan tanya. 

Sunday, 14 February 2021

CARA HILANGKAN BLACKHEAD DENGAN TIPS 155

Assalamualaikum semua.

Tips ni aku jumpa kat twitter dan aku nak kongsi kat sini untuk rujukan aku masa akan datang.

 

NAMA: TEKNIK 155

TUJUAN: BUANG BLACKHEAD/WHITEHEAD PAINLESS

KELEBIHAN: MURAH, MUDAH, BERKESAN, TAK MEMBESARKAN LAGI PORI

 

Jom cuba!

 

Bahan-bahan diperlukan:

1.      CLEANSING OIL

Non-emulsifiting cleansing oil(PREFERRED) sebab lebih lembut dan kekal lama di wajah

Emulsifying- pastikan muka kering, tangan kering, dan tak berpeluh sebab nak urut ni lama. Nanti berpeluh habis oil tu jadi bersusu dan tak dapatlah nak capai tujuan asal.

2.      AIR SUAM

3.      PENCUCI MUKA

4.      COTTON PAD / KAIN LEMBUT

 

 

 

 

 

CARA-CARA:

 

1.      Urut pada muka yang kering dengan 10-20 minit guna cleansing oil sehingga menghasilkan sedikit haba bleh mencairkan segla minyak, kotoran, membersihkan pori tersumbat dengan baik. Paling elok 15 minit la, sampai anda rasa wajah sedikit suam dan timbul biji2 halus.

2.      Bersihkan tangan. TANGAN SAHAJA.

3.      Ambil air suam, celup tangan dan urut muka. Ulang sampai rasa minyak kat muka dah kurang. Bukan hilang sepenuhnya.

4.      Lap muka guna cotton pad atau kain lembut. Kalau bahagian hidung tu banyak whitehead/blackhead, tekan perlahan. Anda akan dapati blackhead tu sangat mudah keluar dengan banyaknya.

5.      Cuci muka. Gosokkan tapak tangan sehingga berbuih dan urut muka. Bilas dengan air sampai tiada rasa berminyak.

6.      U


CARA NIAGA DI EBAY

Assalamualaikum semua.

Aku akan kongsikan step by step guideline untuk anda yang ingin menceburkan diri dalam bisnes Ebay.

Pertama sekali, anda kena ada mindset, NO RUSHING, BUAT SATU SATU.

 

Untuk Langkah pertama ni, hanya TIGA perkara sahaja yang anda perlu buat iaitu:

-Daftar akaun Ebay

- Daftar akaun Paypal

- Linkkan akaun paypal dengan akaun Ebay.


Dah siap 3 langkah ni. JANGAN LISTING BARANG DULU. Bertenang. Peniaga bijak dia tak listing barang melulu, mereka akan study dulu barang apa yang laku keras di Ebay ni. Di Ebay ada pantang larang, kalau anda tak nak terkena dengan ‘hidden fee’, sila ikut nasihat ini.

 

Jom kita mulakan.

 

1) DAFTAR AKAUN EBAY

Untuk berbisnes di Ebay, anda mestilah ada akaun Ebay, kalau tidak, macamana nak promote kan?

 

Taip EBAY.COM

Klik Register. Isi maklumat yang diminta iaitu first name, last name, emel dan password.

Jangan lupa verity emel.

Dah siap!

 

2) DAFTAR AKAUN PAYPAL

Ebay adalah bisnes antarabangsa. Pelanggan anda nanti kebanyakannya bukan dari Malaysia. Jadi, wajib untuk anda ada payment gateway untuk terima pembayaran dari luar negara.

Dan platform yang mesra Ebay sudah tentulah Paypal.

 

Klik sini>> Sign up Paypal account

 

3) LINK KAN AKAUN PAYPAL DI EBAY

 

4)

QnA

1) Saya baru sign up akaun ebay, tup tup kena suspend? Listing pun belum. Kenapa?

 

 

2) Boleh ke saya buat DUA akaun ebay?

 

3) Pilih business ke personal?

Personal

 

4) Kalau akaun kena suspend, kena daftar akaun baru ke ?

 

 

 

fter dah selesai register, korang boleh dah nak list barang apa yang korang nak jual. As new seller, ada selling limits yang telah ditetapkan 10 barang atau $500 sahaja yang dibenarkan untuk korang list Yang ni selling limit untuk aku

 

 

As new seller juga, maybe ada yang pernah kena suspend/banned macam ni Aku habiskan 3 bulan untuk reinstate akaun ebay aku. Time ni nak give up dah. Tapi masih terlalu awal bukan ?

 

So, apa yang korang perlu buat contact ebay. Macam aku dulu contact through email. So, dorang akan assist and a few documentation yang ebay akan minta 1. Proof of Identity 2. Proof of Address 3. Proof of Merchandise

 

So bagi je documentation yang dorang minta 1. Identity = I/C korang 2. Address = Bil api/air/unifi or etc yang tertera alamat korang 3. Merchandise = Resit or invoice barang yang korang jual tu Make sure scan ya

 

Once dah reinstate korang boleh list macam biasa hehe. Part ni aku explain panjang lebar sikit sebab aku tak nak korang give up kalau kena suspend huhu. So move on to the next one

 

  1. Keyword Untuk bagi item kau laku keras is keyword yang mantap! Kat sini korang kena study sikit few keyword yang selalu orang akan pakai. Sebab search engine optimization (SEO) untuk mostly semua e-commerce guna supaya keyword tu appear dalam list paling atas
  2. Aku ada tengok satu video ni, beberapa keyword yang boleh tarik customer. Experience aku guna keyword yang youtuber ni beri, ada juga ajaibnya dapat 1-2 sale aku dapat lepas tukar keyword sikit

https://www.youtube.com/watch?v=KdMjskLcI9I

 

If item korang still susah nak jual Check and revise item korang every 3 hari. Contohnya, tukar keyword title and description tu. Add some spice words yang boleh tarik customers Selalunya aku letak free shipping or accessories

 

2. Shipment & Pricing Part ni mesti ramai confuse en en. Nak pos pakai apa ? Mahal ke ? Ada untung ke ? Of course la untung kalau korang pandai kira cost hehe

Aku akan explain part Pricing dulu So bila korang nak letak harga. Fikir kos untuk berikut: - Kos barang (Barang dari supplier and so on) - Kos shipping (Kalau barang besar ikut volume metric) - Sales tax (Ebay dan paypal)

 

So bila dah buat kiraan tu, boleh la kau masukkan harga Buy it now price = harga barang Shipping = harga postage korang Tapi aku selalu campurkan harga barang sekali dengan postage. So, aku boleh offer free postage.

 

 

 

Kiraan aku macam ni Kos barang + Kos postage + 13% Sales tax (Ebay+Paypal) + 30% or 50% untung = Harga akan list Take note charges tax & fee dari ebay dan paypal (Based on harga jualan korang) Ebay = 10% Paypal = 3% + 0.30$

 

And korang boleh je guna online ebay fee calculator Nah link untuk calculator so tayah pening pening kan huhu https://finalfeecalc.com

 

Take note 10% fee ebay yang kat atas tu, ebay takkan tarik terus bila korang receive payment dari customer So make sure 10% tu simpan untuk buat pembayaran di hujung bulan Ni contoh invoice monthly aku dari ebay

 

 

Tadaaa ni la logistic company yang aku guna untuk export parcel aku ke luar 1. Poslaju (EMS/Air Parcel) 2. Aramex 3. Flickpost 4 DHL e-commerce (yang ni aku baru dapat proposal buka account) Aku akan tunjuk flat rate price dorang and cara nak isi airway bill

 

Poslaju. Untuk parcel besar, korang guna AirParcel atau EMS EMS = cepat AirParcel = lambat erm International track diorang akan provide https://sendparcel.poslaju.com.my/open/home



 

Aramex. Currently aku banyak pakai Aramex sebab laju and service cun bak bontot bayi Ni dari website EasyParcel. So a few logistic juga dorang offer. Tapi paling murah Aramex la en tu https://easyparcel.com/my/en/

 

Flickpost Aku baru pakai sekali. So far, price not bad and delivery pun ok la https://flickpost.co

 

DHL e-commerce Ok yang ni aku baru dapat flat rate price dorang, tapi aku tak nak expose dulu sebab still under proposal opening account (confidential dia tulis kat situ erm) But once aku dah dapat buka account, aku reveal terus

 

DHL e-commerce offer harga lagi murah dari apa yang aku expected Around 30-50% less dari rate yang korang tengok kat atas Nak register pun a bit hassle la sebab kena ada: 1. SSM 2. A bit documentation kena isi Benda ni boleh request open account https://dhlsme.com.my/?gclid=EAIaIQobChMI8vH_gLKl6QIVFSQrCh3C3QSoEAAYASAAEgJqr_D_BwE

Kalau korang jual small items, just use Flexipack by Pos Malaysia Aku jarang guna ni since aku jual barang besar Ni flat rate untuk Flexipack

 

 

Singpost Yang ni aku tak sure macam mana nak forward barang pada dorang. Sebab aku tengah cari company many as their mediator. If anyone yang tahu, boleh share Rate dia boleh juga orang kata murah la huhu

 

ila nak pos parcel, korang kena sesiap print - Airway bill - Proforma Invoice (ni 2 keping Spend sikit duit beli - flyer (item kecik) - plastik hitam (item besar) - plastik wrap (utk balut item besar - airwaybill pocket

 

4. Supply & Demand So untuk part ni aku just based on theoretical aku la. If siapa yang tak tahu supply & demand. Boleh tengok link aku bagi link



Kat sini korang kena faham and set your mindset on the right path. Lately ni soalan yang sama aku dapat. Jual apa kat ebay ? Aku jual variety of product (except prohibited & vero item)

 

Point aku kat sini. Buka and luaskan pemikiran korang Based on theoretical aku ialah musim Kita kat Malaysia ada 2 musim, which is musim hujan and panas sepanjang tahun kan hahahaha

Kat sana ada 4 musim guys.

 

Contohnya, musim sejuk and dorang perlukan apa ? Baju sejuk, selimut, stoking and so on. Nampak remeh tapi benda ni yang boleh generate sale aku. Tapi sekarang musim tu macam samar samar sebab sekarang musim covid-19 betul tak hm So, tukar view korang ke essential item

 

So erti kata lain yang mudah nak faham. Jual barang yang buyer inginkan, bukan apa yang kita ingin terjual/dijual. So aku akan tutup supply & demand. If ada pertanyaan boleh ajukan

 

 

 

 

SO, AS BEGINNER :

 

1. Register Ebay seller account (personal account bkn business account). Sign up dkt ebay.com.my

 

2. Register PayPal (personal )

🔴verifiy PayPal dgn kad bank (tggu code 1 hari ja) by confirming your bank card

🔴Bank yg terima (maybank, bsn, bank islam, hong leong, rhb, ambank, affin bank)

🔴Link card bank and account no bank

🔴 Utk bank islam kena call bank and mintak code tu

🔴Kalau maybank boleh tengok dkt debit history

 

3. Setup shopmaster.com (dropship tools) Video tutorial ada dkt youtube channel aku. Boleh tengok dkt situ. Guna link ni utk daftar cepat https://www.shopmaster.com/index.

 

4. Register AliExpress (supplier)

 🔴 register AliExpress Dropshipping center (yg ni kena buka dkt SM, tgok dkt bahagian manage supplier)

🔴Utk yg baru nk buat AliExpress tu, boleh tekan kt sni and boleh dapat duit ooo 😘code "IN1MUHKE" to get MYR 103.77 in coupons. Tap to know more: https://a.aliexpress.com/_d9DCwlP

 

5. Zikanalytics RM140 sebulan(marketing tools)

🔴terapeak research

🔴 Both optional

 

6. Untuk yg nak belajar marketing ebay secara advance boleh search Www.Jancocadropshipping.com. Lg bagus utk newbie. Beli 1 kali, guna sampai mati😍

 

Untuk yang baru buat, jgn jual lagi, nnt ebay akan SUSPEND/BAN terus. Recommend jgk beli 1/2 barang dkt ebay

 

7. Try beli barang dkt AliExpress sbb ada yg stuck dkt situ. Guna coupon yg dpt dari kod aku tu. ️Guna desktop ya, pc atau laptop untuk listing barang.

 

8. Untuk newbies, cari barang yg modalnya below 5 usd dulu ya🙏. Jangan rushing tu yg paling penting. Banyakkan membaca dulu sebelum menjual apa apa.

 

9. Access ebay seller hub: www.ebay.com/sh/ovw

 

10. Kalau aku busy boleh ja tanya dlm group ni, nnt orang yg dh lama belajar boleh tolong jawabkan. Kalau aku ada masa, aku free aku tlong bagitau apa yg patut🙏

 

11. For now cari supplier yg provide standard shipping tau. Bkn economy shiping.

Cara nk tau apa tu economy shiping and standard shipping :

🔴Tengok estimated time delivery. Kalau proses shipping atas 35-60 hari - tu economy. Mostly ada perkataan economy.

🔴Kalau below 35 days- tu standard shipping

🔴Kalau dkt supplier tu dia provide shipping via sellers method, yg tu kena pm dia. Tanya how long the handling time and how many days to arrive to US. Then bg sama dgn apa yg kita list dkt ebay tu. Tgok dkt bahagian shipping policy.

 

12. First listing buat manual dkt ebay.com.my(tak guna SM) dlu, masuk dkt ebay cari sell an item. Then after 2/3 hari baru buat guna shop master. Utk account baru jgn listing tiap hari. Bg ada gap sikit dlm 2/3 jari camtu. Kalau account baru buat tak sampai 2 weeks, baik jgn list lagi

🔴Cuba pilih 1 barang yg murah2 and gunakan diskaun yg dapat dari guna code aku tu and cuba beli. Just cuba dkt bahagian shopping cart tu sbb ada yg sangkut last minute sbb customer dia dah order dkt ebay, so dia kena order dkt AE la kan then tak boleh, kena call bank dlu utk aktifkan. Takut nnt jadi lambat. So aku suggest hampa try dlu beli, ada ja barang tk sampai rm1 pon bila dah guna voucher tu. Guna debit card dkt AliExpress. Selamat mencuba. Tujuannya utk elak dr gelabah bewak😊

 

13. Aku ni bukan youtuber or mmg video creator. So tak pandai sgt. Aku buat ni sbb nak ajar orang yg nak blajar ja. Jangan lupa subscribe sekali noh.

 

https://youtu.be/6RkdM1gSCQY

 

14. Boleh search 🔎 ikut perkataan apa yang hampa nak tau kat sini sebab mostly A-Z aku dah cerita kat dalam group ni. Rajin rajin membaca dulu noh.

 

FAQ Suspension

 

2. Reply email ebay.

🔴Bukak ebay » Helps and Contact » Scroll down to Contact Us » Account » Account holds, restrictions and suspensions » Go to My eBay : Messages » Reply je mesej dia dan ikut arahan seterusnya.

                          Or

🔴 Ebay sg -> Help and contact -> account -> restriction -> suspended ebay account -> bawah skali ada tulis "call us"

 

3. Call eBay

Talian bebas tol : 03-7611 1000

Ni sebagai last resort la. Verify thru call je.

 

4. Redho

Kalau still tak boleh hang kena redho dan kalau masih lagi nak ber eBay kena la ikut stealth account. Search je dalam group ni for this particular file.

 

 

Tak perlu buat marketing langsung.

 

Tak sibuk balas wasap.

 

Tak ada orang tanya.

 

Korang cuma buat iklan dan tinggal.

 

Sementara tunggu barang yg diiklankan orang beli, boleh kerja macam biasa.

 

Tau-tau duit masuk je baru proses barang dan pergi pos ke customer.

 

Free trafik.

 

Free marketing.

 

Teknik newbie buat jualan.

 

Di eBay ni senang berniaga, semua pelanggan kita straight forward, xder dah nak copypaste skrip macam selalu orang guna utk close sales kat wasap,

 

 

 

Senarai bank yang pernah digunakan untuk membuat akaun ebay dan paypal adalah :

 

1. Maybank

 

2. Ambank

 

3. RHB

 

4.Public Bank

 

5. Hong Leong Bank

 

ok, ini adalah perkara yang paling asas untuk anda memulakan bisnes di ebay.  banyak lagi yang perlu anda belajar, terutamanya topik :

 

1. Bagaimana nak membuat kajian produk laku di ebay.

 

2. Bagaimana nak membuat iklan di ebay secara optimize.

 

3. dan banyak lagi.

 

 

 



 


RESEPI KEK BISCOFF MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak kongsikan resepi kek biscoff yang mudah dan sedap.

Disclaimer: Resepi ni bukan hak milik sis. Sis tak ingat sis ambil dari mana, yang pasti sis ada simpan di laptop sis. Sebelum sis terpadam di laptop sis maka sis nak kongsikannya disini. 

BAHAN-BAHAN:

base

8 keping biskut lotus biscoff.

1/2 unsalted butter.

 

Bahan creamcheese:

400gm cream cheese

Lotus spread 200gm(botol)- 2 sudu besar untuk adunan cheese dan bakinya untuk topping

 

1 sudu kecil Esen vanilla

125 gm Whipping cream

2 sudu kecil gula

 

CARA PENYEDIAAN :

1.       Ketuk atau hancurkan biksut lotus biscoff. Kalau nak mudah, beli yang crumble siap.

2. Panaskan unsalted butter tu. Kemudian masukkan biskut yang dihancurkan tadi. Tutup api dan Kacau rata. Masukkan dalam mould cake/loyang, padat2 kan dia. Dan sejukkan dalam peti ais sementara kita buat adunan creamcheese.

3. Putar cream cheese sampai kembang. Masukkan dua sudu lotus biscoff spread dalam adunan cheese tu. Dan putar lagi sambil masukkan 1 sudu kecil essen vanilla. Dah siap adunan creamcheese. Letak tepi.

4. Putar pulak 125gm whipping cream dan 2 sudu gula ising dalam bekas lain. Sampai kental. Kental tu maksudnya bila kita angkat whipping cream tu, dia tak jatuh atau cair.

5. Sekarang. Satukan adunan creamcheese dan whipping cream tadi. Kaup balikkan aje sampai sebati.

Keluarkan mould cake yang ada base tadi, letakkan adunan cheese ni. Ratakan dan chillkan  selama lebih kurang 4 jam.

6. Ok. Beralih ke topping dia pulak. Ini paling mudah baki spread dalam botol tadi, cairkan atas dapur. Bila adunan dah sejuk sikit, boleh tuangkan spread ni dalam mould cake tu.

7. Kat sini kena hati2 sebab kita tuangkan aje spread tu. Nanti ratakan dia dengan cara pegang dan goyangkan mould cake tu ke kiri atau kanan bagi rata semua tempat. Jangan sesekali sentuh dengan sudu or apa2. Untuk ratakan tu untuk dapat effect cun hehe.

8. Kalau ada bubble, boleh cucuk dengan lidi. Ala, dia macam nak tuang choc ganache atas cheesecake tu. Nak smooth kan so jangan sentuh dia dengan apa2 baru nampak licin topping tu.

9. Sejukkan kembali dalam peti ais. Ada orang sejukkan kek ni semalaman. Saya buat tengahari tadi. Malam dah potong hehe.

 

10. Keluarkan cheesecake, nak hias tu saya guna sudu. Dan ambil 6 keping biscoff biskut untuk dihancurkan dan tabur keliling guna sudu.

11. Cara potong pulak, rendam pisau dalam air panas baru potong. Setiap kali nak potong, cuci pisau dan rendam semula dalam air panas. Buat camtu sampai siap.


Thursday, 11 February 2021

RESEPI AYRAN HOMEMADE, AIR YOOGURT TURKI

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak kongsikan resepi yang amatlah mudah. Hanya 3 bahan diperlukan iaitu yogurt, air dan garam.

Eh nak buat apa pula letak garam dalam air ni?

Haa, nak buat air ayran.

Apa pula ayran tu? Nama orang ke?

Bukan, ayran tu adalah air yogurt Turki.

Kalau korang ke Turki, korang mesti selalu jumpa air ni.

Sis dulu sebelum ke Turki, memang sis dah mula jinakkan diri dengan yogurt ni.

Lepas tu bila sampai sana, sis cuba pula minum ayran ni.

Mula-mula memang rasa macam ermm ... lama2 suka plak.
  

Sis paling suka ayran di Isparta yang botol hijau tu. Enak!


Sebenarnya nak buat air yogurt turki ni teramatlah mudah.

Bahan-bahannya
1. YOGURT asli/original mana-mana jenama- sis suka guna greek yogurt.
2. Secubit garam . boleh tambah or kurangkan ikut selera anda.
3. Secawan air(kalau bancuh dalam air)


Langkah untuk membuatnya pun teramatlah mudah.

1. Dua sudu makan yogurt. Kalau nak pekat lagi boleh letak 3-4 sudu. Ikut selera anda. Untuk kali pertama, letak dua sudu dulu ok.

2. Letak garam halus secubit. Kang sis cakap agak-agak, anda letak satu sudu pula. Risau pula sis. So, ketak secubit dulu, ada orang suka yang lagi masin.

3. Tambahkan air sampai penuh cawan tu, ni kalau guna standard cawan. Kalau guna cawan besar tu, tak perlu isi air sampai penuh. Agak-agak je.

4. Kacau sehingga yogurt tu sebati dengan air.

Dah siap!


Cuba minum. Apa rasanya?

Ya apa yang anda rasa, itulah rasa ayran. Lepas ni kalau anda ke Turki, anda tidak akan rasa pelik dengan rasa ayran tu.

Selamat mencuba! 

Wednesday, 10 February 2021

DAPAT SAMPLE PERCUMA DARI NESTLE LAGI

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak kongsikan lah berita gembira untuk sis ni, pagi tadi sis dapat SMS dari GDeX. Rasa pelik juga sebab tak ada pun beli barang online. Tiba-tiba dapat SMS yang barang dah OTW.

Bila fikir semula, ni lain tak bukan mesti free sample ni. Rasanya ni kali ke 6 ke 7 dapat dari Nestle.

Alhamdulillah. Tq nestle. Nanti sis update yer gambarnya. 

Sunday, 7 February 2021

CIRI-CIRI MINYAK WANGI PERFUME PALSU

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak kongsikan mengenai cara mudah untuk tahu penjual tu jual minyak wangi palsu atau fake.

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawasanya penjual yang menjual perfume palsu ni, mereka TIDAK SEKALI-KALI guna perkataan 'FAKE'  apatah lagi mengaku yang mereka jual perfume palsu. Gila ke apa nak bagitahu orang yang kita jual perfume palsu kan.

Friday, 5 February 2021

LOKASI WEDDING CANTIK DAN MURAH DI KUANTAN

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak kongsikan tempat menarik untuk dijadikan lokasi wedding anda di Kuantan, Pahang.

Jangan lupa tanya apa yang disediakan dan apa yang tidak disediakan ya terutama part-part yang kita rasa macam dia tak sediakan tapi rupanya mereka sediakan seperti pelamin, kek, bayaran etc. 



3) KIMSTONE HALL

4) CMI HALL, MEGAMALL

5) VILLA KU CHINTA, KAMPUNG CHEROK PALOH

6) MUTIARA BAY

7) DUMOH HUTAN

8) COLONY GUEST HOUSE

9) RUMAKAYU

10) LAMAN HASNAHBASRI


Jika anda ada cadangan, sila komen ya. 

Thursday, 4 February 2021

SENARAI AIR STARBUCKS YANG SEDAP

Assalamualaikum semua.

Siapa tak pernah minum air Starbucks? Tahniah sis ucapkan. Untuk anda yang ingin pecah rekod 'pertama kali minum Starbucks masa umur 20an-30an', mesti tak tahu nak pesan air apa kan?

Jadi, hadirnya sis disini untuk membantu anda.

Starbucks ni sangat sinonim dengan golongan M40 dan T20. Kerana harganya yang level premium, 1 cawan tu paling murah RM15. Sanggup ke nak laburkan duit untuk secawan air?


Sekali sekala reward diri apa salahnya kan. Tapi walaupun anda berduit, sis harap janganlah selalu minum air ni sebab ianya manis potong kaki lagi2 dengan menu yang sis nak bagi ni. 


Kat bawah ni sis nak listkan senarai air yang anda boleh cuba jika anda pertama kali nak order. atau jemu dengan menu yang ada di papan menu tu.  Kalau anda rasa nama air tu terlalu panjang, anda screenshot dan tunjuk je kat cashier tu, jangan susahkan diri anda untuk hafal ok. 


Disclaimer: Sedap ni subjektif. Air ini boleh jadi sedap untuk anda dan tidak sedap untuk orang lain. Dan boleh jadi tidak sedap bagi anda, dan sedap bagi orang lain.

1. Caramel Frappucino, chocolate chips, alffogato shots

2.  Ferroro Roche Frappucino Java Chip 2 pump of mocha syrup, 2 pump of hazelnut syrup, whipped cream drizzle on top. 

3. Green tea frappucino 1 shot, chocolate drizzed upside down.

4. Ice shaken passion lemon tea + 2 pumps dolce sauce + vanilla cold foam [sour +sweet}

5. Ice caramel machhiato + extra caramel drizzed upside down + vanilla syrup 2-5pumps

6. Ice vanilla latte + sweet cream foam + caramel drizzle 

7. Asian Dolce Latte + Almond Milk

8. Nitro cold blue

9. COld foam ice espresso

10. Ice shaken lemon zen tea + 1 scoop green tea + lemon slices

11. Classic chocolate + 4 pump dolce + chocolate whip cream + chocolate drizzle on top

12. Ice caramel machiato +caramel drizzle upside down + cream on top

13. Soy greentea latte + vanila foam top +caramel

14. Classic mocha frappe

15. Chocolate cream chip

16. Green tea latte + vanilla cold foam + Hazelnut syrup


Nanti sis tambah lagi. Anda dah cuba yang mana? Sedap tak? Ada nak cadang tak? kalau ada silakan komen. 


Wednesday, 3 February 2021

BULAN PERTAMA MENGAJAR BAHASA MELAYU

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak kongsikan berita gembira kat sini.

Hari tu sis ada kongsikan yang sis baru je kerja sendiri secara part time mengajar bahasa Melayu.

Yang lain dari lainnya, sis bukan mengajar budak sekolah tetapi orang dewasa!

Eh takkan dah dewasa pun tak reti cakap melayu?

Ya, sudah tentulah tidak reti kalau mereka bukan orang Malaysia.

Jadi, setakat 31 Januari 2021 ni.

Sis sudah ada 9 orang pelajar. Mereka ini dari China, Taiwan, Singapura, Filipina, Jepun, Afrika Selatan, Korea dan Amerika Syarikat.

Sis berjaya capai target untuk buat 28 kelas bulan Januari ni.


Untuk bulan Februari, sis target untuk buat sekurangnya 36 kelas.

Nanti sis cerita lagi. 

Monday, 1 February 2021

1 FEBRUARI 2021

Assalamualaikum semua.


Pejam celik pejam celik dah masuk 1 Februari dah. Rasa macam baru je masuk tahun 2020. Sekarang dah 2021.