TIP

CIRI-CIRI MINYAK WANGI PERFUME PALSU

By Mierayusof - Sunday, February 07, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni sis nak kongsikan mengenai cara mudah untuk tahu penjual tu jual minyak wangi palsu atau fake.

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawasanya penjual yang menjual perfume palsu ni, mereka TIDAK SEKALI-KALI guna perkataan 'FAKE'  apatah lagi mengaku yang mereka jual perfume palsu. Gila ke apa nak bagitahu orang yang kita jual perfume palsu kan.

Alasan yang digunakan oleh fake seller ni boleh dikatakan alasan sama je. 

Tetapi ramai juga terpedaya dengan penjual ni. Mereka menjaja nama original tetapi harga murah.

Tanpa berlengah, jom ambil tahu ciri-ciri seller yang jual perfume PALSU. 

Sis tahu seller perfume fake ni mesti shaking baca post sis ni dan nak bash. Sabar dulu ye, apa yang sis kongsikan ni adalah tips yang sis dapat.  sis cuma kongsikan tips ni daripada Encik Ausmecshi yang dikongsikan di Twitter beliau. 

Disclaimer: Sis bukan penjual perfume fake mahupon original. Sis pun jarang pakai perfume, kalau pakai pun, sis pakai yang ada kat watson, guardian je. tak layan yang berjenama apetahlagi yang fake. 



1.  HARGA PERFUME NICHE

Perfume terkenal/niche yang harganya RIBUAN ringgit, tetapi mereka boleh jual dengan harga RM100-300 sebotol atas alasan perfume ni 'rosak' sikit, box damage.

Contoh - Aventus Creed. Harga pasaran RM1,500, tetapi FAKE dijual dengan harga RM170.

Menangis owner kalau dia tahu perfume 'reject' dia ni dijual dengan harga RM170. Macam tu sis pun nak beli lah lepas tu jual lah balik RM500, dapat untung boleh pergi umrah. eh. #gurauje.

2. HARGA FLAT RATE

Eh, boleh pula kesemua perfume designer yang mereka jual semuanya SAMA HARGA.RM160 jer. Wow mur-mur je dia jual, yelah fake kan. 

Jom lihat contoh dibawah, semua niche dan designer perfume RM250 sahaja, tiada diskriminasi langsung!

NANTI DULU, ada je perfume ORIGINAL yang harganya RM200 jer TAPI kena tengok pula berapa ML. Yang ori ni, RM200 tu, dapat yang bawah 50ml je tau.


3. HARGA COMBO

Eh, dah lah harga tadi takde diskriminasi, niche ke designer ke harga sama(flat rate), lepas tu ada'buy more save more' pula.

Wau banyaknya buyer dapat jimat! Padahal seller fake ni dah terkekek ketawa kat buyer yang terpedaya beli perfume fake dorang.

Contoh harga kombo seller fake:

1 botol RM100
2 botol RM150
3 botol RM220
FREE POS FREE POS FREE POS.

Sudahnya pembeli dapat jimat RM80 kalau beli 3 botol! Wow, seller pula ada untung ke jual murah macam tu? Modal penjual pula berapa? Mestilah murah daripada tu kan.

4) PERKATAAN / AYAT

Bila anda nampak penjual perfume ni tulis perkataan dibawah:

- Dubai
-Reject
-Gred AAA
- Defect
-Direct Kilang
- Factory reject
-Tester perfume

PENTING!!!! Penjual perfume fake ni dorang mesti akan selitkan perkataan ORIGINAL di semua perkataan di atas. Maka, jadilah seperti dibawah:

- Original Dubai
- Original rejected
-Original Defect
- Original Direct kilang
- Original factory reject
-Original tester perfume 

Teruslah larikan diri dari seller tu walaupun beribu testimoni dia tayang yang cakap bau macam yang ori dan bla bla bla. 

Dan tolonglah jangan gatal tangan pergi pm seller tu tanya, betul ke ori? Sebab seller tu takkan la dia nak mengaku tu fake. Betul ke betul?

Anda yang pernah kerja bahagian QA/QC pun mestilah tahu kan barang-barang mahal bebenor ni takkanlah banyak bebenor defectnya. Kalau iye pun defect, takkanlah pihak kilang nak edar kat so called yang ambil stok defect ni. Tak ke menjatuhkan air muka syarikat tu kalau ia betul-betul berlaku.

5) BATCH CODE - paling ramai terpedaya.

Benda ni antara yang paling kuat untuk yakinkan pembeli yang perfume mereka jual tu fake. 

Kenapa? Seller perfume fake ni, mereka akan kabor yang Batch code inilah sebenarnya yang menentukan ori ke tak. Dah sah2 perfume fake mereka ada batch code. Dan itulah 'ori' kata mereka.

Yang fake tiada batch code - kata seller fake.

Apa itu BATCH CODE?

Batch code ini digunakan untuk menyemak bila 'Manufacturing Date' SAHAJA. Bukannya untuk semak original ke tak.

Ha lagi satu, seller tu mesti suruh semak code tu di Check Fresh, TAK SALAH PUN.

Cuma nak ingatkan yang Check Fresh ni THIRD PARTY ye, bukannya agent atau orang yang berhubung langsung dengan jenama tersebut.

Tak ke pelik nak semak dengan third party untuk tentukan benda tu original ke tak.

Kalau benda tu original, mestilah semak terus dengan laman web jenama tersebut. Tak perlu third party pun lagi-lagi kalau perfume tu harga asalnya beribu-ribu. 

Bijakkan seller perfume fake ni? 

6) NO FUSSY BUYER / NO REFUND / NO EXCHANGE

Inilah perkataan paling terkenal di kalangan penjual perfume fake. 

Bila fikir balik, kita as customer ni salah ke jadi fussy? 

kadang kita jadi fussy bersebab tau, antaranya sebab original dan fake ni lah. Nak original tapi nak murah. Lepas tu bila tahu perfume yang beli tu rupanya fake, mula la meroyan padahal salah buyer tu sebab tak baca post ni awal-awal. hehe. 


Lagipun, perfume yang beli tu kan harga asalnya beratus malah beribu, takkan lah nak redha jer.


Rasanya itu jer. Kalau anda nak tahu lebih lanjut cara bezakan perfume original dan fake ni. Sis bukanlah orang terbaik untuk dirujuk tetapi tengoklah Youtube bro Aus Meshi ni. Klik SINI

Jika ada point yang nak ditambah, dialu-alukan. 















  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^