KERJA KOSONG SHAH ALAM 2021

By Mierayusof - Monday, February 15, 2021

Assalamualaikum semua.


Dimusim PKP 2.0 ni masih ramai yang dibuang kerja ke?

Jika anda tercari-cari kerja kosong, cubalah cari di Shah Alam.

Disini terlalu banyak kilang dan terlalu banyak kerja kosong.

Apa yang anda perlu buat adalah meronda di kawasan kilang tersebut dan lihat jika ada kerja kosong.

Ada sesetengah kilang, mereka tak gantung banner tetapi mereka masih perlukan pekerja.

Jika anda betul-betul mahukan kerja, anda perlu berkorban untuk tinggal di Shah Alam. Jangan risau harga bilik sewa kat sini ada je yang murah-murah, untuk rumah sewa je lah susah nak jumpa yang murah walaupun rumah flat. Tapi kalau bilik tu, masih ada yang RM150-RM300 sebilik. Murah lah tu kan. Takkan nak sewa bilik RM50-RM100 plak sebulan. AMboi.

Oh ya, lagi satu jika anda kerja kilang, ada kilang yang sediakan tempat tinggal. Jadi kat situ anda dah jimat masa dan tenaga untuk cari bilik sewa. Pengangukutan juga kadangkala disediakan. Jangan lupa tanya ketika temuduga tu.


Akhir kata, kerja kosong di Shah Alam tak akan pernah habis. Sentiasa ada. Nak dan tak nak je. Kenapa sis cakap macam tu? Sebab rumah sis di kawasan kilang-kilang. Jadi, sis sentiasa nampak banner kerja kosong kilang. Sis nak kerja tapi mak sis tak berapa setuju. 


Kalau sebut gaji pula, gaji basic ada yang RM1,400 tau. tu belum termasuk OT, public, ape smua. OK la tu kan.


Siapa berusaha dia berjaya!

Jika anda ada apa-apa soalan, silakan tanya. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^