KISAH KUCINGKU PART 1

By Mierayusof - Friday, February 19, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni aku nak kongsikan lah mengenai kucing peliharaan aku ni.

Ok, ni kali pertama tau kiteorang bela kucing kat rumah.

Kucing ni kawan adik aku punya. betina dan umur dalam 8 bulan camtu. 

Aku ni boleh kata pencinta kucing juga lah, sebab aku suka main-main dengan kucing jalanan, sebelum bela kucing ni pun, aku memang beli makanan kucing 4-5kg untuk bagi kat kucing jalanan ni. Dan aku beli RC untuk hedgehog aku.

Ok, kucing aku ni kan, entah lah mungkin aku yang tak biasa hadap kucing 24 jam kot.

Kucing aku ni namanya Sarto (bukan nama sebenar). Sarto ni kan rupanya kat rumah dia manja sangat tau.

Lepas tu kan, satu hari ni, dia terlepas dari rumah. Puas lah cari sebab rumah aku ni rumah flat.

Cari punya cari. tak jumpa. Rupanya dia duk lepak dengan 2 ekor jantan dari tingkat 3 kat tingkat 10. Aku tak tahu lah macamana jantan dari tingkat 3 tu boleh ajak dia lepak tingkat 10. Bila aku cari waktu siang, memang tak jumpa. 

SAtu hari ni, aku cuba pergi naik atas tingkat 10 tu waktu pagi, dalam jam 8, kebetulan aku terserempak dengan dia, Sarto ni nampak aku dan phewww dia lari laju giler weh aku tak sempat nak kejar.

So, malam tu, aku ajak adik aku pergi naik tingkat 10 jam 11.30pm sebab aku syak dia ni muncul time takde orang.


KOrang tahu, masa aku dan adik aku ni pergi tingkat 10 tu, aku tengok dia tengah dating dengan 2 ekor jantan kena apit kiri kanan. Eii panas je hati aku ni. Kita ni risau ke dia sebab dia ni pernah kena sawan dua kali. RIsau lah kot pengsan ke ape ke. RUpanya tengah sedap dating. Sabor je lah. Sebaik kucing.

Lepas tu kan, seminggu kemudian dia hilang lagi. Puncanya sebab mak aku buka tingkap dapur, lepas tu dia terjun weh dari tingkat 5! Aku tak tahu dia terjun macamana sebab tak nampak, tup2 hilang dah.

Lepas tu, kiteroang mulakan pencarian di tingkat 10.

Guess what? Dia ada kat tingkat 10 tu !!!! Takkanlah dia terjun sampai ground floor lepas tu dia naik tangga sampai tingkat 10? Tak pun, ape ke bijak sangat kucing ni boleh tekan lift sampai tingkat 10. Nak cakap ada orang lain curi. ENtahlah sebab masa aku jumpa dia pun, dia macam tetiba jadi anti dengan manusia.

NI masa aku tengah menulis ni. dia tengah tidur atas katil sebelah aku.

Aku jaga dia macam anak aku weh. kalau aku free, aku gendong dia, dukung dia, belai2 dia, main2 dengan dia. Adoila aku tak tahulah bila dia takde nanti. Sedangkan hamster aku yang aku jaga 2 tahun pun aku nangis bila mati. Inikan pula kucing! Aku tak kuat!!!!!


Sebenarnya ada kisah lain mengenai kucing aku ni tapi nanti lah pula aku cerita ya, lenguh tangan ni nak menaip sebab tadi aku duk gendong anak sedara aku 9 bulan tu berjam-jam sebab aku tolong jaga dia. Almaklumlah kita ni tak biasa gendong baby. gendong kucing biasa la itupon tak lengoh sebab berat kucing berapa kg jer.


Ok lah. Tq tau baca. Ni aku tulis saja-saja je latih tangan. Aicewahh.

Selamat malam korang! 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^