RESEPI KEK BISCOFF MUDAH DAN SEDAP

By Mierayusof - Sunday, February 14, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni sis nak kongsikan resepi kek biscoff yang mudah dan sedap.

Disclaimer: Resepi ni bukan hak milik sis. Sis tak ingat sis ambil dari mana, yang pasti sis ada simpan di laptop sis. Sebelum sis terpadam di laptop sis maka sis nak kongsikannya disini. 

BAHAN-BAHAN:

base

8 keping biskut lotus biscoff.

1/2 unsalted butter.

 

Bahan creamcheese:

400gm cream cheese

Lotus spread 200gm(botol)- 2 sudu besar untuk adunan cheese dan bakinya untuk topping

 

1 sudu kecil Esen vanilla

125 gm Whipping cream

2 sudu kecil gula

 

CARA PENYEDIAAN :

1.       Ketuk atau hancurkan biksut lotus biscoff. Kalau nak mudah, beli yang crumble siap.

2. Panaskan unsalted butter tu. Kemudian masukkan biskut yang dihancurkan tadi. Tutup api dan Kacau rata. Masukkan dalam mould cake/loyang, padat2 kan dia. Dan sejukkan dalam peti ais sementara kita buat adunan creamcheese.

3. Putar cream cheese sampai kembang. Masukkan dua sudu lotus biscoff spread dalam adunan cheese tu. Dan putar lagi sambil masukkan 1 sudu kecil essen vanilla. Dah siap adunan creamcheese. Letak tepi.

4. Putar pulak 125gm whipping cream dan 2 sudu gula ising dalam bekas lain. Sampai kental. Kental tu maksudnya bila kita angkat whipping cream tu, dia tak jatuh atau cair.

5. Sekarang. Satukan adunan creamcheese dan whipping cream tadi. Kaup balikkan aje sampai sebati.

Keluarkan mould cake yang ada base tadi, letakkan adunan cheese ni. Ratakan dan chillkan  selama lebih kurang 4 jam.

6. Ok. Beralih ke topping dia pulak. Ini paling mudah baki spread dalam botol tadi, cairkan atas dapur. Bila adunan dah sejuk sikit, boleh tuangkan spread ni dalam mould cake tu.

7. Kat sini kena hati2 sebab kita tuangkan aje spread tu. Nanti ratakan dia dengan cara pegang dan goyangkan mould cake tu ke kiri atau kanan bagi rata semua tempat. Jangan sesekali sentuh dengan sudu or apa2. Untuk ratakan tu untuk dapat effect cun hehe.

8. Kalau ada bubble, boleh cucuk dengan lidi. Ala, dia macam nak tuang choc ganache atas cheesecake tu. Nak smooth kan so jangan sentuh dia dengan apa2 baru nampak licin topping tu.

9. Sejukkan kembali dalam peti ais. Ada orang sejukkan kek ni semalaman. Saya buat tengahari tadi. Malam dah potong hehe.

 

10. Keluarkan cheesecake, nak hias tu saya guna sudu. Dan ambil 6 keping biscoff biskut untuk dihancurkan dan tabur keliling guna sudu.

11. Cara potong pulak, rendam pisau dalam air panas baru potong. Setiap kali nak potong, cuci pisau dan rendam semula dalam air panas. Buat camtu sampai siap.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^