SIKITNYA CIKGU BAHASA MELAYU DI ITALKI.COM

By Mierayusof - Tuesday, February 23, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni sis nak kongsikan mengenai platform untuk anda belajar bahasa baru iaitu ITALKI.COM. 

Disini, anda boleh belajar apa sahaja bahasa yang anda inginkan dengan orang tempatan. 

Bahasa melayu pun ada tau di Italki ni.


Ok, kali ni aku saja lah survey nak tengok berapa ramai cikgu-cikgu di Italki ni. Jom kita lihat satu per satu. 


1) CIKGU BAHASA INGGERIS -  3981 ORANG 



2) CIKGU BAHASA THAI -   83 ORANG 




3) CIKGU BAHASA INDONESIA -  64 ORANG 




4) CIKGU BAHASA TAGALOG -  76 ORANG 





5) CIKGU BAHASA TURKI -  147 ORANG 




6) CIKGU BAHASA MELAYU -  12 ORANG 







Angka-angka di atas bukan rekaan ya tetapi di'screenshot' daripada website Italki sendiri.


Cikgu bahasa Melayu 12 orang je sedangkan the only 'MALAY' language kat situ, takde Malay Malaysia, Malay Singapura mahupun Malay Brunei.

Kalau korang rajin, korang godek-godek lagi bahasa yang ada, korang akan jumpa bahasa sunda, jawa, batak, minangkabau dan lain-lain bahasa Indonesia. Tetapi untuk bahasa Melayu, cuma ada yang ini je dan jumlah guru pun ada 12 orang sahaja. Jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain di Nusantara ni, jauh beza angkanya kan.

Amacam? Berminat ke nak mengajar bahasa Melayu? Yuran dalam USD tau.


Jika anda seorang guru profesional, bukan komuniti tutor. Yuran anda mestilah lebih mahal, tidak boleh rendah daripada komuniti tutor.

Paling mahal untuk belajar bahasa melayu ni aku cek, 20USD SEJAM. Perghh boleh buat full time, tapi kena jadi profesional cikgu dulu la.

Kalau cikgu komuniti macam aku ni, tak boleh lah letak mahal-mahal. Tapi aku rasa kalau RM20+ sejam tu pon dah kira murah lah kalau ikut harga USD. Kenapa? Korang pergi lah cek harga untuk kelas bahasa Inggeris, mahai nakhoram. Ada yang 50USD sejam pun ada. hehe.





  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^