Monday, 22 March 2021

CARA SEMAK TARIKH LUPUT LESEN MEMANDU L KERETA DAN MOTOR

Assalamualaikum semua.

Ni aku nak kongsikan cara untuk menyemak tarikh luput lesen memandu L anda. 

Senang je. KLIK SINI.

Masukkan no ic dan kod sekuriti.

Nanti terus keluar. Dah siap. Senang ke senang? 

Saturday, 20 March 2021

BERAPA HARGA ESP SHAKLEE 2021?

Assalamualaikum semua.

Siapa je tak kenal dengan produk hot selling Shaklee ni iaitu ESP.

Harga runcit ESP Shaklee RM161.25.

Nanti dulu!!!!


Itu harga RUNCIT dan untuk bukan ahli sahaja.


Jika anda ingin cuba konsisten minum ESP ni, mira cadangkan untuk daftar je ahli.

Kalau tak nak daftar ahli pun takpe, mira boleh tolong belikan untuk anda,  dan anda akan dapat harga ahli iaitu RM129 sahaja. 

PM MIRA UNTUK BELI. 

TERHAD UNTUK 30 ORANG PERTAMA SAHAJA. 




Tuesday, 2 March 2021

KURSUS SAFETY HEALTH OFFICER SHO ONLINE 2021

Pejam celik pejam celik.

Alhamdulillah, tamat sudah kursus pegawai keselamatan, dan kesihatan atau lebih dikenali sebagai Safety, Health, Officer (SHO) yang berlangsung selama 44 hari berturut-turut* secara atas talian.

Kursus ini sepatutnya dijalankan pada bulan Oktober 2020 yang lalu, tetapi kerana pandemik COVID ini, ia telah dilanjutkan dan akhirnya dilakukan secara atas talian sahaja bermula 18 Januari sehingga 2 Mac 2021 pada jam 9pagi sehingga 1 tengahari.

Terlalu banyak ilmu yang dikongsikan oleh para pengajar yang berpengalaman. Terima kasih atas ilmu dan tips yang dicurahkan. Saya sangat hargai.

Bulan empat ini kami akan menduduki peperiksaan kertas satu, kertas dua dan kertas tiga. Kami pohon doa anda semua semoga kami lulus peperiksaan ini.

Saya amat mengalu-alukan nasihat, tips dan tunjuk anda daripada anda yang lebih berpengalaman.

Jika anda tahu mana-mana peluang pekerjaan dalam bidang SHO ini kepada mereka yang masih belum kompeten seperti saya, bolehlah menguar-uarkannya disini.

Akhir sekali, terima kasih kepada pensyarah saya yang perkenalkan saya dengan dunia SHO ni. Saya harap 'jodoh' saya dan bidang ini berpanjangan.


#SHO #safetyhealthofficer
#SetiapYangBerlakuPastiAdaHikmahnya

* kecuali hari Thaipusan dan tahun baru cina.