SHO

KURSUS SAFETY HEALTH OFFICER SHO ONLINE 2021

By Mierayusof - Tuesday, March 02, 2021

Pejam celik pejam celik.

Alhamdulillah, tamat sudah kursus pegawai keselamatan, dan kesihatan atau lebih dikenali sebagai Safety, Health, Officer (SHO) yang berlangsung selama 44 hari berturut-turut* secara atas talian.

Kursus ini sepatutnya dijalankan pada bulan Oktober 2020 yang lalu, tetapi kerana pandemik COVID ini, ia telah dilanjutkan dan akhirnya dilakukan secara atas talian sahaja bermula 18 Januari sehingga 2 Mac 2021 pada jam 9pagi sehingga 1 tengahari.

Terlalu banyak ilmu yang dikongsikan oleh para pengajar yang berpengalaman. Terima kasih atas ilmu dan tips yang dicurahkan. Saya sangat hargai.

Bulan empat ini kami akan menduduki peperiksaan kertas satu, kertas dua dan kertas tiga. Kami pohon doa anda semua semoga kami lulus peperiksaan ini.

Saya amat mengalu-alukan nasihat, tips dan tunjuk anda daripada anda yang lebih berpengalaman.

Jika anda tahu mana-mana peluang pekerjaan dalam bidang SHO ini kepada mereka yang masih belum kompeten seperti saya, bolehlah menguar-uarkannya disini.

Akhir sekali, terima kasih kepada pensyarah saya yang perkenalkan saya dengan dunia SHO ni. Saya harap 'jodoh' saya dan bidang ini berpanjangan.


#SHO #safetyhealthofficer
#SetiapYangBerlakuPastiAdaHikmahnya

* kecuali hari Thaipusan dan tahun baru cina.





  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^