Friday, 30 April 2021

KELAS BAHASA MELAYU UNTUK WARGA ASING

Hai semua,

Adakah anda sedang mencari cikgu bahasa melayu untuk mengajar warga asing? Atau untuk kawan anda yang bukan penutur natif?

Tidak perlu cari jauh-jauh, ni ha pemilik blog ni sendiri yang mengajar bahasa Melayu.

Ya, saya mengajar bahasa melayu untuk warga asing.

Ada  3 tahap iaitu beginner, intermediate dan conversation.

Saya ada modul sendiri yang saya buat. Untuk lima kelas pertama, biasanya saya fokus kepada mengajar. Kelas seterusnya akan banyak latihan bercakap. Latihan menulis tidak ada sangat sebab fokus kelas ni untuk membolehkan anda yang bukan penutur natif ni mampu bercakap basic BM.


Platform: Online sahaja iaitu Zoom, atau Skype.
Bayaran: Sangat mampu milik untuk PRIVATE class ONE TO ONE. 

Saya sudah mengajar 25 orang pelajar dan total class pula setakat ni 100+.

Saya mengajar ni as PART TIME iaitu dimasa lapang je. Jadinya jadual kelas saya biasanya pada waktu malam sebab siang saya kerja. Weekend biasanya saya free.

Kat bawah ni plak ORIGINAL feedback oleh pelajar saya.









Jika berminat, boleh menempah kelas percubaan selama 30 minit, KLIK SINI 


Saya tunggu anda di kelas ! 

Sunday, 25 April 2021

100+ LESSON DALAM MASA 4 BULAN

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak kongsikan detik bersejarah ni. Sejak aku menjadi cikgu freelancer di Italki. Dah 100 lessons aku ajar kat pelajar aku.

Friday, 16 April 2021

RESEPI LONGAN LIMAU GULA MELAKA KHAIRULAMING STYLE

Hai, 

Aku nak kongsikan resepi berbuka puasa oleh Bro Malaya kita iaitu Khairul Amin.

RESEPI PENGAT LABU KHAIRULAMING STYLE

Hai, 

Aku nak kongsikan resepi berbuka puasa oleh Bro Malaya kita iaitu Khairul Amin.

RESEPI PUDING GULA HANGUS KHAIRULAMING STYLE

Hai, 

Aku nak kongsikan resepi berbuka puasa oleh Bro Malaya kita iaitu Khairul Amin.

RESEPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU KHAIRULAMING STYLE

Hai, 

Aku nak kongsikan resepi berbuka puasa oleh Bro Malaya kita iaitu Khairul Amin.

RESEPI SIRAP BANDUNG FLOAT KHAIRUL AMING STYLE

Hai, 

Aku nak kongsikan resepi berbuka puasa oleh Bro Malaya kita iaitu Khairul Amin.

Dihujung post ni aku sertakan link untuk korang tengok videonya. 

RESEPI SIRAP BANDUNG FLOAT KHAIRULAMING STYLE 

RESEPI AIR KELAPA GULA MELAKA KHAIRUL AMING STYLE

Hai, 

Aku nak kongsikan resepi berbuka puasa oleh Bro Malaya kita iaitu Khairul Amin.

Dihujung post ni aku sertakan link untuk korang tengok videonya. 

RESEPI MANGGA SUSU KHAIRULAMING STYLE

Hai, 

Aku nak kongsikan resepi berbuka puasa oleh Bro Malaya kita iaitu Khairul Amin.

Dihujung posst ni aku sertakan link untuk korang tengok videonya. 

RESEPI AIR CHA BANG ANG KHAIRUL AMING STYLE

Assalamualaikum semua.

Aku nak kongsikan resepi berbuka yang dikongsi oleh Khairul Amin. Kredit resepi dan gambar sepenuhnya daripada video Khairul Amin. Sis minta izin kongsikan disini ya. 

CARA ORDER AIR STARBUCKS COLD BUTTERBEER FRAPPUCINO

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak kongsikan apa yang korang perlu katakan pada cashier aka barista untuk order air COLD BUTTERBEER FRAPPUCINO.

Friday, 9 April 2021

TIPS JAWAB EXAM SHO

Assalamualaikum semua.

Baca sampai habis untuk dapatkan soalan 'past year' exam SHO. 
 
Alhamdulillah 5-6 April 2021 yang lalu aku telah selamat menduduki peperiksaan kertas 1,2 dan 3 Safety Health Officer.

Persediaan yang aku lakukan untuk menghadapi peperiksaan ini adalah 30 hari a.k.a satu bulan. Tapi takde lah setiap hari aku study sebab aku ada kelas mengajar dan sebagainya. 

Hari terakhir aku tamat kelas SHO pada 3 Mac 2021 secara online. Lepas tu memang aku pulun study sebab belum kerja lagi. Banyak wei nak kena study untuk 3 kertas ni sebab kena study semua modul.

Aku bukanlah seorang yang pantas menghafal almaklumlah umur dah senja remaja.

Tambah plak aku takde pengalaman kerja in safety lagi, jadi sudah tentu aku tak familiar sangat dengan apa2 terms safety. So nak baca semua pun nanti mesti masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. 

Jadi ape yang aku buat? Mungkin yang takde pengalaman kerja in safety boleh contohi aku setakat yang praktik. 

Ni aku nak kongsikan, 

Masa kelas haritu, cikgu aku ada sebut seksyen-seksyen yang penting dalam OSHA so aku memang take note dan baca yang tu je untuk modul 2, yang lain-lain tu aku study based on latihan yang aku buat. Aku rasa yang dah ada experience in safety mesti familiar dan hafal kebanyakan seksyen penting ni. Betul kan?

Aku akan kongsikan tips-tip seterusnya dibawah. teruskan membaca. 

Friday, 2 April 2021

CARA BUAT CUSTOM URL PROFILE DI LINKED-IN


Perasan tak jika kita lihat pada profil kita atau 'connections' kita, di hujung link tersebut ada nombor-nombor di belakang tu.


Sebenarnya kita boleh edit link tersebut sama seperti kita edit link profil di media sosial yang lain.


Hasilnya nanti akan jadi seperti dibawah:

link website linkedin-nama profil anda.




Mungkin ada kawan-kawan yang masih tidak tahu, jadi saya ingin kongsikan disini.


Ikuti 5 langkah mudah dibawah.


1. Pergi ke Account > Setting & Privacy

2. Klik 'Visibility'

3. Klik no 3 dari atas iaitu 'Edit your public profile'

4. Lihat sebelah kanan atas, anda akan jumpa 'Edit your custom URL', klik logo pensil utk edit nama profil anda.

5. Dah siap edit, klik 'SAVE'.


Lepas ni mudah lah anda nak kongsikan link LindkedIn anda.


Semoga bermanfaat! ^_^

Thursday, 1 April 2021

3 PENGALAMAN PRICELESS SEMASA PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR MEVLANA 2018

Assalamualaikum semua.

Dah 3 tahun berlalu baru aku nak cerita, alkisahnya kan, ramaila tanya lepas aku balik dari exchange study tu. 'belajar apa kat sana?, pergi jalan-jalan je ke? best ke? kena cakap Turki ke kat sana? 

Punyalah best aku pergi exchange tu sampai tak tahu yang mana satu best dan yang mana paling best.

Setelah difikir-fikir, ada 3 benda yang bagi aku, hanya di Turki je aku akan dapat pengalaman tu.

Ok sebenarnya ada banyak tapi kali ni aku nak kongsikan 3 je dulu.

20 SENARAI PUSAT PENGAJAR KURSUS SHO YANG DIIKTIRAF JKKP MALAYSIA 2021

Assalamualaikum semua.

Ada yang ingin buat kursus SHO?

Sekarang kursus SHO boleh dibuat secara online tau, tapi make sure consultant tu diiktiraf oleh JKKP Malaysia.

Kat bawah ni senarai pusat pengajar program SHO 2021.


Ada LIMA je pusat yang buat secara ONLINE dan offline iaitu:

1. Consist Centre Sdn. Bhd
2. Skill solution Sdn. Bhd
3. Shenviro Hall Sdn. Bhd - aku ambil kursus SHO dengan dia ni la. CEO dia one of the trainer.
4. Intesh Synergy Sdn. Bhd
5. Segi (M) Akademi Sdn. Bhd. 


klik sini untuk senarai lengkap yang mengajar online dan offline. Sumber dari website JKKP Malaysia sendiri. 

Jika ada apa-apa perubahan, aku akan update. 

SEKSYEN YANG PENTING DALAM OSHA UNTUK EXAM PAPER 1

Hai semua, hari ni mood rajin aku datang menjengah. Jadinya, aku nak kongsikan seksyen-seksyen yang penting didalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau lebih dikenali sebagai OSHA (Occupational Safety and Health Act).

Dibawah ni aku telah mudahkan daripada yang tertulis didalam buku akta tu supaya korang pun senang nak ingat. Aku pon terbelit otak nak ingat masa mula-mula tu.

Lepas baca tu kongsikanlah dengan kawan-kawan yang lain ye. Jangan simpan sorang-sorang. 

PENTING!
Semua dibawah ni aku taip sendiri, Jadi jika ada yang aku tulis tu salah, sila maklumkan ye. 

Sebelum tu korang kena tahu dalam OSHA ada berapa seksyen, regulation dan order

OSHA
Section : 67
Regulation: 8
Order : 2
Schedule : 3

FMA
Section : 59
Regulation : 13
Order : 3

Jom kita mulakan.


SEKSYEN 2 - UNDANG-UNDANG YANG MENGATASI
Jika ada percanggahan atau tak konsisten, OSHA hendaklah dirujuk kerana ia mengatasi undang-undang lain.

Ada 3 contoh seksyen yang guna seksyen 2 ni,

a) Pengawasan perubatan (Medical surveillance)
OSHA- kena buat 1x setahun
FMA - kena buat setiap 2 tahun

b) Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan (SHC)
OSHA - bila jumlah pekerja 40 orang dan lebih
FMA - bila jumlah pekerja 50 orang dan lebih

c) PEMAKLUMAN KEMALANGAN (NADOPOD)
OSHA - majikan kena maklumkan sebarang kemalangan yang berlaku atau MUNGKIN berlaku di tempat kerja
FMA - majikan perlu maklumkan jika kemalangan itu menyebabkan pekerja itu tidak hadir bekerja lebih dari 4 hari.


SEKSYEN 3 - MAKSUD SETAKAT YANG PRAKTIK

Maksud 'practicable' dengan mengambil kira:

a) Keterukan (Severity) risiko yang terlibat 
b) Info mengenai risiko & cara nak hapus/kurangkan risiko
c) Keberkesanan cara untuk hapus/kurangkan risiko tu
d) Kos untuk hapus/kurangkan risiko tu.

Nak mudah, aku ingat macam ni, severity - info & cara hapus - effectiveness utk hapus - cost utk hapus.

SEKSYEN 4 - OBJEKTIF OSHA
p/s: ni part paling super duper pentingg weh, kena lekat kat dalam kepala otak korang tu.

a) Untuk PASTIKAN SHW pekerja ditempat kerja
b) Untuk LINDUNG orang di tempat kerja selain orang yang bekerja di tempat kerja. Pergh macam pening je nak faham. sebenarnya dia nak kabo LINDUNGI ORANG LUAR DI TEMPAT KERJA. tu je. 
c) Menggalakkan persekitaran kerja yang sesuai dengan fisiologi dan psikologi.
d) Adakan OSHL (perundangan) utk kekalkan atau baiki standard SH. 

SEKSYEN 15 - TANGGUNGJAWAB MAJIKAN


kalau korang rujuk buku OSHA ni, setiap poin ada tulis as far as practicable - ni aku akronimkan sebagai AFAP. Yang kedua adalah safe without risk to health, akronimnya SWORTH. 

AFAP - as far as practicable
SWORTH - safe without risk to health

15(1) Majikan memastikan SHW setakat yang praktik (AFAP)

a) Selenggara loji & sistem kerja, AFAP dan SWORTH.
b) Membuat perkiraan SH berkaitan penggunaan, pengangkutan, penyusunan, dan pengkendalian  untuk loji dan bahan.
c) Mengadakan penyeliaan, maklumat, latihan dan siasatan SITI (supervision, information, training, inspection). 
d) Adakan dan selenggara akses keluar masuk di tempat kerja.
e) Selenggara persekitaran tempat kerja

Untuk poin B tu, aku buat akronim untuk ingat 4 perkara tu iaitu GAKS - guna- angkut-kendali-susun.dari akronim tu korang tambahlah sendiri imbuan pen___ an. 

Point a, d, & e tu sama iaitu selenggara _______. So, korang boleh set dalam kepala ada 3 benda yg kena selenggara loji& sistem kerja, akses keluar masuk dan persekitaran tempat kerja. Faham tak? Kalau tak faham abaikan je ayat ni k. 


SEKSYEN 16 - KEWAJIPAN UNTUK BENTUK OSH POLICY

Setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri perlu menyediakan pernyataan dasar bertulis (Written statement) tentang SH.
Polisi tersebut perlu dikaji semula sekerap mungkin dari segi perkiraan langkah yang dibuat untuk menjalanakan polisi tersebut.

Dalam seksyen 16 ni ada pengecualian ya. Boleh rujuk dasar pengecualian am, m/s 55

2. Pengecualian 
Seksyen 16 perlu dilakkan oleh semua majikan KECUALI yang ada KURANG DARIPADA 5 PEKERJA. 


SEKSYEN 17 - KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG YG BEKERJA SENDIRI KEPADA ORANG-ORANG SELAIN PEKERJA MEREKA

Senang cerita, tanggungjawab majikan kepada orang luar

17 (1) Majikan wajib memastikan orang luar (selain pekerjanya) tidak terdedah dengan risiko SH.
17(2) Majikan wajib beritahu orang luar mengenai maklumat tentang SH perusahannya.


SEKSYEN 18 - KEWAJIPAN PENGHUNI TEMPAT KERJA (OCCUPIER) TERHADAP ORANG LAIN SELAIN PEKERJANYA.

Senang cerita, tanggungjawab occupier terhadap org luar.

18(1) Occupier boleh guna loji & bahan untuk kegunaan, AFAP untuk pastikan SWORTH(maksud sila rujuk atas).
18(2) Seseorang yang ada kontrak wajib:
a) Selenggara dan baiki tempat kerja
b) Pencegahan SH yang mungkin timbul dari mana2 penggunaan loji & bahan. (prevention of risk) 

SEKSYEN 19 - PENALTI UNTUK SEKSYEN 15, 16, 17, 18.

Denda - RM50,000
Penjara - tak lebih dari 2 tahun.

SEKSYEN 20 - TANGGUNGJAWAB AM PEREKA BENTUK, PENGILANG PEMBEKAL 

tips nak ingat 3 pe-pe kat atas tu, aku buat akronim DE-MA-S or DEMAS.

DE-designer, MA- manufacturer, dan S- supplier.

20(1) Tanggungjawab DEMAS untuk :
(a) Pastikan loji yg direka bentuk SWORTH bila diguna.
(b) Buat ujian/pemeriksaaan utk penuhi 20 (1)(a)
(c) Adakan maklumat bagi menjamin ianya SWORTH 

20(2) Menjalankan penyelidikan untuk kenalpasti cara hapus/kurangkan risiko SH yg mungkin ada pada rekabentuk loji.

20(3) Memastikan loji yang dibina dan dipasang tidak berbahaya dan SWORTH.

Seksyen 20 - pasal loji
Seksyen 21 - pasal bahan, isi sama je dengan seksyen 20, just tukar je loji kat seksyen 20 tu kepada bahan maka jadilah seksyen 21. 


SEKSYEN 24 - TANGGUNGJAWAB AM PEKERJA (TAP)

kata kunci untuk ingat poin penting : PKPP - perhatian, kerjasama, PPE, patuhi polisi

24 (1) Menjadi tanggungjawab pekerja semasa bekerja untuk :

(a) : Beri perhatian tentang S&H diri sendiri & orang lain yang mungkin terkesan akibat kerja yang dilakukannya

(b) : Beri kerjasama dengan majikan dalam pematuhan peraturan & akta S&H.

(c) : Pakai PPE yang disediakan oleh majikan dalam usaha mencegah risiko S&H.

(d) : Patuhi arahan tentang S&H yang dinyatakan oleh majikan atau orang lain.


SEKSYEN 25 - KEWAJIPAN UNTUK TIDAK SALAH GUNA BENDA YANG ADA

Seseorang yang dengan SENGAJA, CUAI dan MELULU (SMC) menganggu atau merosakkan apa yang ada untuk SHW akan didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.


SEKSYEN 26-  KEWAJIPAN UNTUK TIDAK KENAKAN CAS KAT PEKERJA ATAS APA2 BENDA YANG DISEDIAKAN UNTUK SHW

Tiada majikan boleh melevi pekerja atas peralatan yang disediakan untuk SHW.


SEKSYEN 27 - LARANGAN DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA

Majikan tidak boleh memecat atau menurunkan jawatan mana-mana pekerjanya yang:

a) Membuat aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat/risiko
b) Anggota SHC yang ditubuhkan mengikut akta
c) Menjalankan tugas sebagai SHC
d) Tiada kesatuan sekerja boleh ambil apa2 tindakan kearas mana2 pekerja.


SEKSYEN 28- PENGAWASAN PERUBATAN 

Jika mana-mana industri didapati:

a) kes penyakit terjadi disebabkan kerja
b) Perubahan dalam mana-mana proses kerja yang mungkin membawa risiko kesihatan
c) Pekerja yg berumur kurang 16 tahun diambil kerja yg boleh sebabkan risiko kecederaan
d) Mungkin ada risiko kecederaan kpd orang yg diambil kerja dalam jadual 3


JADUAL 3 (SCHEDULE 3)

Pekerjaan yang melibatkan risiko kepada kesihatan

1. Mana-mana pekerjaan yang melibatkan penggunaan atau pendedahan kepada 'dust, fumes, asbestos, taw cotton dust, lead, mercury, arsenic, phosphorus, carbon bisulphide, benzene, organic-phosphate, nitrous fumes, cadmium, beryllium, or pesticides.

2. Mana-mana pekerjaan yang melibatkan penggunaan atau pendedahan kepada tar, pitch, butimen, mineral oil termasuklah araffin, chromate acid, chromate or bichromate of ammonium, potassium, zinc atau sodium.

3. Mana-mana pekerjaan yang melibatkan pendedahan kepada X-ray, ionizing particles, radium atau mana-mana bahan radioaktif atau bahan lain melibatkan tenaga radian.

4. Mana-mana pekerjaan atau proses yang dijalankan dalam udara yang termampat (compressed air). 


SEKSYEN 29 - SAFETY HEALTH OFFICER 

1) Terpakai bagi kelas industri yang telah ditentukan
Boleh rujuk SHO Order 1997, m/s 139, seksyen 3) Kelas industri yg memerlukan melantik SHO
a) Operasi binaan kos lebih RM20juta
b) Construction kos lebih  RM20 juta
c) Pembuatan kapal pada masa puncak lebih 100 orang.
d) Aktiviti pemprosesas gas atau petrochemical industri lebih 100 pekerja.
e) Industri kimia lebih 100 pekerja
f) Aktiviti pembuatan boiler dan pressure vessel lebih 100 pekerja
g)Industri besi(metal) yang ada can/stam/blank/shear/bend operasi dan lebih 100 pekerja
h) Industri kayu yang ada potong/gergaji/planning/moulding/sandling/peeling lebih 100 pekerja
i) Aktiviti pembuatan simen lebih 100 pekerja
j) Aktiviti pembuatan lain selain f-i yang lebih 500 pekerja.  

2) SHO adalah orang yang kompeten
3) SHO diambil kerja semata-mata untuk menjamin pematuhan akta dan peraturan SH yang dibuat
4) SHO ada kelayakan atau latihan yang telah dibuat\


SEKSYEN 30 - PENUBUHAN SAFETY HEALTH COMMITTEE (SHC)

1) SHC perlu ditubuhkan bila:
a) Bilangan pekerja >40 orang
b) Atas arahan ketua pengarah DOSH

2) Pemilihan SHC adalah seperti yang ditetapkan

3) Majikan & SHC bekerjasama untuk membuat perkiraan tentang SH dan ukur keberkesanan.

4) Denda - tak lebih RM5,000
    Penjara - tak lebih 6 bulan
atau keda-duanya

SHC regulation 1996.

Antara point penting:

5) (1)SHC perlu terdiri daripada chairman, secretary(biasanya SHO), wakil majikan dan wakil pekerja.

5(2) Klau ada <100 pekerja, tak boleh kurang dari 2 wakil majikan dan SHC. kalau >100 pekerja, tak boleh kurang dari 4 wakil majikan dan SHC.

10. SHC boleh remove member kalau jika:
a) tak hadir meeting 3x berturut-turut
b) Disahkan unsound mind
c) Bankrup
d) Dah tak kerja
e) Disabitkan salah sama ada: i) froud, dishonesty ii) offence under OSH iii) other criminal offence
f) Tak mampu (incapable) utk menjalankan tugas as SHC>. 


SEKSYEN 31 - FUNGSI SHC

a) Review tindakan yang diambil untuk pastikan SH pekerja di tempat kerja
b) Siasat apa2 perkara ditempat kerja yg i) pekerja tu rasa tak selamat dan risiko
c) Selesaikan masalah di B, jika tak boleh selesaikan, panggil DOSH utk siasat
d) Fungsi-fungsi lain (rujuk SHC Order1996), iaitu ada sentuh pasal 12) Siasatan di tempat kerja  13) Penyiasatan accident 14) Aksi yg perlu dibuat keatas report dan cadangan komiti. 16) siasatan aduan 17) penyelesaian aduan 18) bantuan dalam mana2 event/agihan pasal SH. 

Lain-lain point penting dalam SHC Order 1996,
21) kekerapan meeting - Sekali dalam 3 bulan or 3 bulan sekali
24) Korum meeting - tak kurang separuh daripada members
27) Minute meeting - kena bgi kat stiap SHC member dalam masa 2 minggu  selepas meeting.
32) Penalti - Denda : < RM5,000 atau Penjara < 6 bulan atau kedua-duanya